Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Wednesday, 14 October 2015

PETANDA HARUS BERBUKA PUASA BAGI IBU HAMIL

Hamil adalah satu perkara yang dinantikan bagi wanita yang sudah berkahwin. Indah dunia tidak terkata. Terhamil dibulan puasa, buatkan ibu akan rasa risau dan khuatir akan apa akan jadi pada bayi dalam kandungan. 

Ada beberapa tanda yang menggesa ibu untuk segera berbuka supaya tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kandungan dan juga diri sendiri.



Antaranya:

1. MUNTAH
Jika ibu muntah lebih dari 4 kali, cepat cepat lah berbuka untuk mengelak dari diri dehidrasi. Kalau ibu berkerasa nak meneruskan puasa, tubuh badan kita akan mengambil tenaga dari lemak dibadan dan membolehkan darah berasid. Ini akan membuatkan organ organ dalaman kita alami kerosakkan dan bayi akan kekurangan nutrisi.

2. CIRIT BIRIT
Bila cirit birit dan disulami perut yang memulas, segerakan berbuka dengan air yang banyak. Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi yang boleh memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandunngan.

3. HIDUNG BERDARAH
Hidung berdarah mungkin disebabkan keadaan cuaca yang panas dan tubuh badan ibu yang tidak stabil. Mungkin kerana kurang air dan sebagainya. Jika ini berlaku, segera dapatkan rawatan doktor.



 4. HIPOGLIKEMIA 
Hipoglikemia adalah sesuatu yang membimbangkan. Jika ibu terus berpuasa walaupun sudah ada tanda tanda seperti pening kepala dengan tiba tiba, berpeluh tanpa sebab ataupun berdebar debar, akan mempengaruhi keadaan bayi dalam kandungan serta ibu juga.

5. MATA BERPINAR
Ini biasa berlaku bila ibu mengalami kadar gula yang rendah dalam darah. Jika ini berlaku, segeralah ibu berbuka dengan minum air yang boleh memberi tenaga dan makan sesuatu. Lalu rehat lah secukupnya.



Moga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.  Jika mahu bertanya tentang vitamin atau produk Shaklee bole hubungi 0172505401 ya.

Salam Mesra, 
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 

Monday, 7 September 2015

KULIT CANTIK DENGAN ESP SHAKLEE

Siapa ada masalah kulit? Aku pernah ada masalah kulit yang teruk. Kusam, berminyak dan lubang kawah yang besar. Banyak produk pernah aku gunakan. Dari yang memutihkan kulit hinggalah yang memedihkan kulit.

Hinggalah aku menggunakan Loreal. Nampak okla. Cuma minyak dimuka je tak berkurangan. Kena tepek bedak selalu atau tekap dengan kertas minyak.

Hinggalah aku jumpa dengan ESP atau Energizing Soy Protein ni. Pada awalnya minum untuk galakkan susu badan dan pekatkan susu badan. Lama juga minum sampai lah kakak sendiri tegur muka nampak lain. Oh lain ke? Dia kata tak macam dulu berminyak.

Weehuuu...suka la aku. Masa tu aku makan Alfalfa dan ESP je. Sesekali Vitamin C. Hihihi. Sebab nak maintainkan susu badan so kena la makan Alfalfa dan ESP hari hari.

Alhamdulillah sangat. Susu badan maintain sampai anak lepas 2 tahun dan kawah kat muka mengecil.




Berbaloi sangat beli. Alangkah bestnya kalau jumpa lebih awal dengan Shaklee. Next N3 aku share efek aku dengan Shaklee pulak. 

Ada kawan kawan nak cuba boleh hubungi 017 250 5401 atau PM kat facebook pun bole.

Salam Mesra,
Breastfeeding-holic
☆ isyah ☆

Wednesday, 2 September 2015

PROMOSI SEPTEMBER 2015



Pejam celik dah September 2015. Kejap sangat feelingnya. Bulan ni Shaklee murah hati lagi seperti selalu buat Promosi produk ohsem!! Kenapa aku kata produk ohsem? Sebabnya promosi Energizing Soy Protin. Haa..kan senyum kan! Senyum sebab tau banyak khasit ESP ni. Sedap lagi menyihatkan! Sapa tak nak benda baik kan..



Macam biasalah kan..Shaklee kalau buat promosi memang kaw kaw!
Bulan ni beli 6 tong ESP korang dapat 7 tong. See..how generousnye Shaklee. Selain tu jika beli yang promosi ni, korang akan dapat :

a) jadi ahli secara PERCUMA!!
b) VITALEA berharga rm94 sebotol PERCUMA 
c) CASH rebate pada bulan Oktober
d) 20% JIMAT dari harga pasaran
e) PENJIMATAN hampir rm200


Selain dari beli 6 dapat 7 ni juga korang juga bole beli KOMBO dengan extra 5% diskaun! Wow!!! Berganda ganda jimat!


Macam mana nak beli yang promosi ni?
 Cepat PM aku atau direct text 0172505401 atau email aishah.ali81@gmail.com

Jangan ketinggalan okeh!

Energizing Soy Protin

Salam Mesra,
Aishah
Rakan Nutrisi Anda
Breastfeeding-holic

Monday, 31 August 2015

UNTUK SIAPA OMEGA GUARD?

Di N3 sebelum sebelum ni..aku ada kongsi tentang kebaikkan omega guard ni. Dan kali ni nak kongsi tentang siapa yang perlu Omega Guard ni pulak.

Tak yah cerita banyak... Siapa yang memerlukan Omega Guard?

(1) Ibu Hamil

° Membantu perkembangan sel otak bayi semasa dalam kandungan
° Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
° Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
° Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu Menyusu

° Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
° Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-Kanak

° Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
° Yang sering demam, selsema, batuk, asthma, eczema
° Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami berat berlebihan

(5) Mereka yang mengalami masalah kesihatan

° Batuk berkahak, selesema yang berterusan
° Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
° Sakit strok
° Masalah sendi
° Masalah jantung
° Gout



Jadi, kalau ada dalam golongan yang aku kongsikan ni, jangan takut nak mencuba Omega Guard. Kita usaha untuk upgrade kesihatan kita sebaiknya. Allah yang menentukan.

Jika ada yang berminat nak mencuba dan nak bertanya, boleh hubungi 017.250 5401

Salam Mesra,
Aishah
Rakan Nutrisi Anda
Breastfeeding-holic

Thursday, 27 August 2015

KEPERLUAN ZINC KEPADA BADAN KITA

ZINC adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan tak kira sama ada lelaki ataupun perempuan. Keperluannya adalah untuk tubuh badan yang sihat. Bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan zinc, adalah perlu untuk mereka mendapatkan makanan tambahan ini. 

Makanan tambahan Shaklee ni dari zinc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrisi semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh badan kita.  

Zinc shaklee
zinc shaklee
Antara khasiat ZINC kepada badan kita:

1. Membantu mengeringkan luka dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak memakannya.
2. Meningkatkan sistem imun badan. Iaitu dengan membantu pengeluaran kalenjar thymus yang menentang kanser dan infeksi penyakit.
3. Diperlukan untuk kesuburan seorang wanita.
4. Melindungi kesihatan prostat.
5. Membantu pengeluaran insulin, fungsi insulin dan seterusnya mengurangkan masalah diabetis.
6. Juga membantu pembentukkan kolagen dan protin.

Oleh kerana itu, ZINC ni amat perlu. Nampak remeh tapi ramai tak sedar keperluannya. Wanita hamil perlukan zinc untuk kesihatan dan tumbesaran janin yang sihat. Zinc juga diperlukan bagi membantu masalah tekanan darah rendah bagi sesetengah orang. Dan zinc adalah salah satu makanan tambahan yang baik untuk menguatkan akar rambut.


Ada banyak makanan yang mengandungi Zinc ni. Jangan memilih, makan je dengan baik. Tak suka bayam, bole makan bijiran. Tak suka bijirin, bole makan kekacang. Pilih la nak makan yang mana. Berpada pada sudah naa...


Nampak tak kepentingannya? 

Eh.. ada kawan kawan yang preggy tak? Boleh check kat sini  apa yang best untuk mak mak preggy makan ok. Atau bole share dengan mereaka yang preggy. 

Semoga beri manfaat kepada semua.

xoxo,
aishah
Rakan Nutrisi Anda

Saturday, 22 August 2015

MAKANAN KETIKA HAMIL



Pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan bagi memastikan ibu dan kandungan sihat dan selamat. Ibu perlulah mendapatkan diet yang seimbang, kaya dengan protien dan perlu mengambil makanan yang kaya asid folik.

Pada masa yang sama ibu hamil juga perlu mengambil makanan tambahan yang mempunyai vitamin dan susu yang baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

BERIKUT ADALAH MAKANAN TAMBAHAN YANG DIMAKSUDKAN:-

1. Asid Folik

Ia adalah satu vitamin tambahan yang amat penting. Asid Folik merupakan sejenis vitamin B yang larut air dan digalakkan untuk mengambilnya seawal 3 bulan sebelum hamil atau merancang untuk hamil dan dimakan sehingga 12 minggu kehamilan bagi mencegah masalah spina bifida iaitu kelemahan tiub saraf yang biasa berlaku dimana bahagian bawah saraf tunjang gagal mengecut.

2. Kalsium Dan Vitamin D

Kalsium penting untuk fungsi sistem peredaran, otot dan saraf. Selain itu, ia membantu membina tulang dan gigi yang kuat semasa pembesaran janin. Dan dos yang disyorkan adalah sekurang kurangnya 1000mg kalsium semasa hamil.
Vitamin D pula penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium. Sumber kalsium sangat mudah didapati sepeeti daripada produk tenusu, sayuran berkaitan seperti brokoli.

3. Zat Besi

Ianya merupakan unsur penting dalam pembentukan haemoglobin dan peredaran oksiden. Simpanan zat besi boleh menurun semasa hamil kerana dikongsi dengan janin. Jadi, adalah perlu memantau paras zat besi supaya sentiasa mencukupi bagi mengelakkan anemia selain memastikan bayi juga mendapat khasiat yang sama. Kekurangan zat besi berkait rapat dengan bayi yang kekurangan berat dan juga meningkatkan risiko pendarahan semasa bersalin.

4. Karbohidrat

Ia menyerap melalui uri sebagai glukosa dan penting untuk meningkatkan tenaga.

5. Lemak

Asid lemak menyerap melalui uri untuk memberi tenaga kepada badan. Asid lemak merupakan komponen struktur bagi semua tisu dan dianggap pembina semua jenis sel.

6. Protein

Protein dibawa melalui uri sebagai asid amino dan merupakan komponen kepada struktur dan fungsi utama semua sel dalam badan. Ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

7. Vitamin A

Vitamin A ini penting untuk perkembangan mata, tulang, kuliy dan paru paru bayi. Bagaimana pun, pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan kecacatan kepada janin. Sebaiknya elakkan penggunaan produk yang mengandungi vitamin A yang tinggi.

8. Vitamin C

Ia meningkatkan penyerapan zat besi dalam usus untuk memperkuatkan daya ketahanan badan. Jadi, ibu hamil perlu mengambil vitamin C setiap hari. Ia sangat mudah didapati seperti dalam kebanyakkan buah buahan.

9. Magnesium

Selain ia penting dalam pembentukkan gigi dan tulang, magnesium juga penting untuk sistem enzim dan pengucupan otot.



So para ibu hamil, makanan tambahan ini nampak mac remeh tapi pengambilannya setiap hari dalam dos yang sesuai semasa hamil adalah untuk membantu ibu mendapat nutrisi yang cukup.



xoxo,
Aìshàh
Rakan Nutrisi Anda
0172505401

Sunday, 14 June 2015

Petua Hilangkan Urat Timbul



Ibu-ibu hamil sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Ada petua tradisional yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini.

1. Ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Anda juga boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan 
minyak urut.

2. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa dicampur dengan bahan lain. Rebus sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Insya'Allah, urat betis anda kembali semula seperti normal.



Selamat mencuba.

❤ aishah ❤
Breastfeeding-Holic
Rakan Nutrisi Anda

Friday, 27 March 2015

MENJARAKKAN KEHAMILAN DENGAN PENYUSUAN



Kebanyakan pasangan suami isteri cenderung untuk menjarakkan kelahiran anak-anak mereka antara anak pertama dengan anak kedua dan seterusnya supaya tidak terlalu rapat. Jika anda dan suami berhati-hati sekalipun dengan kaedah perancangan sem ula jadi, kadang kala ia tetap tidak berhasil dan anda akhirnya mengandung walaupun anak yang sedia ada masih terlalu kecil.

Cara semula jadi yang lebih berkesan dalam soal perancangan anak adalah kedah menyusukan anak secara eksklusif sejak dia lahir lagi. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah ini tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bukti yang nyata tanpa ragu-ragu.

Menurut kajian yang dilakukan terhadap ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, masa ovulasinya akan menjadi jauh lebih lambat daripada ketika ibu yang tidak menyusukan bayinya secara eksklusif. Dengan melambatkan masa ovulasi, kemungkinan untuk ibu hamil adalah terlalu kecil. Oleh itu jika anda tidak mahu kehamilan yang terlalu cepat selepas kelahiran anak, amalkan cara ini ya.

Kaedah ini lebih efektif dan semula jadi berbanding kaedah perancangan moden yang menggunakan ubat-ubatan dan suntikan yang pasti mengandungi bahan kimia yang dibimbangi boleh berkumpul dalam badan dan berisiko kepada wanita yang mengambilnya.


Salam Mesra,
aishah
Breastfeeding-holic
0172505401

Thursday, 12 March 2015

ENERGIZING SOY PROTEIN

Salam semua.
Ramai dah tahu keistimewaan ESP Shaklee ni. Tapi saja saya nak kongsi lagi dengan kalian semua.

KEISTIMEWAAN ESP Shaklee

√Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
√Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
√Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
√Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
√Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
√Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum i
aitu (1gm).
√Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
√Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
√Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
√ sumber kalsium dan zat besi yang baik






Ini baru KESITIMEWAAN ESP ni. Baru baca. Belum rasa (,")
Ramai yang dah rasa dan ramai yang dah jatuh cinta. Enak diminum kosong atau mix dengan jus atau air kegemaran. Insya'allah, dengan izin-Nya setiap bulan order.

Nak cuba, boleh hubungi saya. Kita kasi free rasa gitu.

With ♡,
Aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda

Wednesday, 5 November 2014

10 Tips Untuk Kesuburan

Tips ni perkongsian dari sebuah buku yang sangat menarik dan berbaloi di baca, Allah Doktorku, oleh Mukhlas Asy Syarakani Al Falah.



Ok. Tak nak buang masa korang baca tips yang saya kongsi kan ni ok. Moga beri manfaat kepada semua para isteri dan para suami.

10 Tips Untuk meningkatkan kesuburan:-

1. Fahami Process Kehamilan
√ memahami bagaimana sistem pembiakan berfungsi untuk menjadikan pasangan suami isteri lebih peka kepada faktor kesuburan.

2. Jumpa Doktor
√ bagi memastikan diri dan pasangan bebas dari masalah kesuburan dan untuk segera dapatkan rawatan.

3. Berat Badan Yang Ideal
√ berat badan berlebihan atau berkurangan juga menyumbang kepada kesukaran untuk hamil.

4. Ketahui Waktu Subur
√ hari subur seorang wanita tak lama, sekitar 4-5,hari sebulan dan dengan tahu dengan tepat hari subur meninggikan lagi peluang untuk hamil.




5. Kesuburan Suami
√ mengamalkan cara hidup yang sihat dapat mengekalkan kesihatan reproduktif sang suami pada kadar yang optimum

6. Multivitamin
√ wanita disarankan untuk mengambil vitamin termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan pada janin dan suplemen zink kepada suami untuk meningkatkan pengeluaran sperma.



7. Bersenam
√ bersenam secara konsisten adalah perlu untuk persediaan bagi menghadapi tekanan semasa hamil dan bersalin.

8. Makanan yang seimbang
√ menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang penuh nutrisi dan yang menyumbang kepada kesuburan seperti kacang pea yang kaya dengan asid folik dan tiram yang kaya
 dengan zink.



9. Kurangkan Tekanan
√ terlalu tertekan bole menyebabkan badan letih dan minda tidak fokus. Jadi lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan dan haruslah sentiasa positif sebaiknya.

10. Jauhi Dadah, Rokok dan Minuman Keras
√ rokok, dadah dan minuman keras bukan sahaja memberi kesan buruk pada kehidupan malah turut menjejaskan kesuburan dan boleh meningkatkan risiko keguguran atau kompilasi lain semasa hamil.





Tips yang kalau baca nampak remeh tapi sebenarnya semua tu adalah fakta yang mesti ditangani dengan baik. Dengan kemajuan dan ketinggian teknologi, kalau tak dijaga badan dengan baik, bukan sahaja mengundang masalah kesuburan malah pelbagai masalah kesihatan lain.

Apapun..nasihat say pada kaum hawa yang punya masalah period tak sekata, period sehari dua sahaja, pcos, cyst, fibroid, terlalu berat dan terlalu ringan, jangan ambil mudah.

Moga apa yang saya kongsi beri manfaat kepada semua.

Salam sayang,
Aishah
Breastfeeding-Holic
0172505401

posted from Bloggeroid

Thursday, 9 October 2014

KEISTIMEWAAN ESP SHAKLEE

Semua orang dah tau apa itu ESP. Yeah... Energizing Soy Protin. Sumber protin yang berasaskan soya dan sedap ok.

ESP ni istimewa. Sebab dibuat dari kacang soya yang tidak diubah genetiknya masa process penanaman. Tidak dibasuh atau rendam dengan alkohol. Hanya guna air semata mata.

Siapa yang perlu ESP Shaklee ni? Lelaki dan Perempuan BOLEH minum ESP ni.

1) Ibu yang sedang hamil
2) Ibu yang sedang menyusukan anak
3) yang NAK mengurangkan berat badan
4) yang sentiasa NAK kulit yang cantik
5) yang baru lepas menjalani pembedahan
6) yang NAK kesihatan optimum
7) yang ada masalah kesuburan
8) mereka menginginkan taraf kesihatan yang lebih baik
9) pesakit kencing manis
10) mereka yang alami berat berkurangan
11) mereka yang alami tekanan darah rendah




Keistimewaan ESP Shaklee yang MESTI TAHU.

√Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
√Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
√Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
√Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
√Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
√Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm).
√Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
√Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
√Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
√ sumber kalsium dan zat besi yang baik




Nanti sya cite pulak kesan yang bole dapat dengan minum ESP Shaklee ni.

Salam ceria,

posted from Bloggeroid

Saturday, 6 September 2014

Untuk Ibu Ibu Yang Hamil

Selamat Hari Kemerdekaan Buat Semua. 
Well.. it is not too late to wish :)

Siapa pregnant? :) Tahniah you... Selepas berkahwin, seorang isteri akan lebih bahagia bila dapat tau diri hamil. Betul tak? Betulkan saya kalau silap.

Ok.. tak mau la cerita banyak... Entry hari ni nak share beberapa tips untuk Ibu Ibu hamil di luar sana.. 

  • bila sampai masa tidur, tidurlah dibahagian sebelah kiri badan untuk mengelakkan sekatan vena kava. Vena Kava  ni urat yang mengawal peredaran darah daripada bahagian bawah badan ke jantung.
  • elakkan berdiri dengan lama. 
  • untuk Ibu Ibu yang bekerja, masa rehat tu bole la baring sekejap.. atau sampai dirumah rehat kan badan dulu
  • masa tidur, naikkan kaki sedikit. Alas 2-3 biji bantal bantal letak bawah betis
  • pakai kasut yang sesuai dan selesa untuk bekerja atau jalan jalan
  • baju seluar jangan ketat. Pakaian biar selesa, longgar dan menyerap peluh.

  • minum air secukupnya ; ambil buah buahan berserat dan sayuran hijau

Simple Tips tapi sangat baik untuk ibu ibu hamil. 

Salam mesra,
rakan shaklee anda
0172505401
www.facebook.com/isyahsabela


Tuesday, 6 May 2014

Detik 170214

Alhamdulillah...
Tanggal 170214, lahirlah seorang puteri yang diberi nama CAHAYA SARAH AZZALEA. Dengan berat 3.5 kg, lahirnya memeriahkan lagi suasana yang sememang nya meriah. 

15.02.14....
Kisahnya jatuh tergelincir.... dan sedar sepanjang hari, baby tak bergerak! Hati berdebar, risau hanya Allah yang tahu. Once encik suami abis kerja, terus kami ke hospital.

Mak aiiiiiiihhhh, punya la ramai orang nak beranak. Tu lah Hospital Sungai Buloh. Masa bersalin kan Muhammad Rayyan Rizq, lengang je..... Then... doktor cek, bukaan dah 2cm. Perut digoncang, tak ada respond. Bila scan, no kicking no movement. Alhamdulillah, heartbeat ada! Ai lega....

16.02.14
Doktor tahan semalam. Dah mula rindu kan Rayyan. Ingat rayyan, nangis! Huhuhu.... esok nya doktor lain pulak check. Maklumlah, diorang tukar syif. Benda yang sama dibuat, scan goncang..... ada respond tapi perlahan. Doktor advise untuk induce sebab kita tak tau apa yang sedang berlaku kat dalam. Ok... ai call encik suami, then decided untuk Induce. Tunggu la turn untuk naik ward. Special sikit gitu.... Whole day ai tunggu, masih tak dapat katil. 

Then... sekitar jam 6 lebih...selepas dinner. Nama dipanggil. BAwak semua barang. Dah macam pindah dorm. Was funny..... saya dan ada lagi 3 orang ibu yang lain masa tu. Best dapat tido katil. Kesian ibu ibu yang menunggu kat bawah, hanya duduk atas kerusi dan lepak lepak kat katil kosong je. Sekitar jam 8 malam. Doktor datang untuk cek bukaan. Taraaa... dah 4cm. And i was like.. yeah tak payah induce eh doktor? Hihih... she just smiled. Contraction bermula. Tapi tak kerap. Kerap kencing je lah.

I buat senaman SQUAD di toilet, setiap kali masuk toilet. Best kan.... Uols, tak berani, jangan buat. Ai takut nak induce, sebab lebih sakit dipaksa ni. Then jam 10 malam, doktor datang and masih 4cm. Ai jalan jalan.... terasa sakit! Memang kontraksi. Dipendekkan cerita, ai dikejutkan sekitar jam 4 pagi. Bersiap untuk masuk ke LR (labour room). Tapii, asyik hold hold hold. barang dah abis packing. ESP dah abis diminum. Takut lapar!

17.02.14
Jam 11 pagi ai ditolak ke bilik bersalin. Jantung bedebar. Dalam duk bersembang dengan misi, air ketuban pecah. Nebes ya Allah, nebes! Lama jugak la nak rasa kontraksi yang 5 minit tu..... dalam keadaan sakit, masih mampu senyum dan melawak dengan misi misi, budak praktikal...... then, tiba tiba.... terasa seperti ada benda nak terkeluar! Ya allah.... meneran ai! Bila cek baru 8cm. No, belum boleh teran kata Doktor. Tak bole.. tak bole... encik suami di panggil. And it is time to push!

Allahu Allah.... dugaan! Ai tak berdaya nak meneran. Ai lapar. Sarapan kuey tiow jek. ESP (energizing soy protin) terakhir dah abis minum masa memula kejut nak beranak. Encik suami suh ingat Rayyan. Menangis ingat Rayyan. Zikir memang tak lepas dari mulut. Sister suruh rasa kepala baby.

Actually kepala baby dah nampak, tapi bila ai lepas napas je, dia termasuk semula. Ai tekad. Pushhhhh...... senafas! Alhamdulillah, jam 3.01 petang.... CAHAY SARAH AZZALEA lahir. Sister suruh cek jantina, yeah it is a girl! Encik suami nangis tu sebelah ai hihihi...

Alhamdulillah... segalanya mudah bagi ku!
TQ sayang kerana ada bersama ai
TQ mak and adik beradik semua yang sudi jaga Rayyan....

And... ini lah dia! Budak kecik tu ....




Love,
isyah
0172505401
shaklee independent distributor
ID 888805