KAWAN MAYA

Saturday, 22 August 2015

MAKANAN KETIKA HAMIL



Pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan bagi memastikan ibu dan kandungan sihat dan selamat. Ibu perlulah mendapatkan diet yang seimbang, kaya dengan protien dan perlu mengambil makanan yang kaya asid folik.

Pada masa yang sama ibu hamil juga perlu mengambil makanan tambahan yang mempunyai vitamin dan susu yang baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

BERIKUT ADALAH MAKANAN TAMBAHAN YANG DIMAKSUDKAN:-

1. Asid Folik

Ia adalah satu vitamin tambahan yang amat penting. Asid Folik merupakan sejenis vitamin B yang larut air dan digalakkan untuk mengambilnya seawal 3 bulan sebelum hamil atau merancang untuk hamil dan dimakan sehingga 12 minggu kehamilan bagi mencegah masalah spina bifida iaitu kelemahan tiub saraf yang biasa berlaku dimana bahagian bawah saraf tunjang gagal mengecut.

2. Kalsium Dan Vitamin D

Kalsium penting untuk fungsi sistem peredaran, otot dan saraf. Selain itu, ia membantu membina tulang dan gigi yang kuat semasa pembesaran janin. Dan dos yang disyorkan adalah sekurang kurangnya 1000mg kalsium semasa hamil.
Vitamin D pula penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium. Sumber kalsium sangat mudah didapati sepeeti daripada produk tenusu, sayuran berkaitan seperti brokoli.

3. Zat Besi

Ianya merupakan unsur penting dalam pembentukan haemoglobin dan peredaran oksiden. Simpanan zat besi boleh menurun semasa hamil kerana dikongsi dengan janin. Jadi, adalah perlu memantau paras zat besi supaya sentiasa mencukupi bagi mengelakkan anemia selain memastikan bayi juga mendapat khasiat yang sama. Kekurangan zat besi berkait rapat dengan bayi yang kekurangan berat dan juga meningkatkan risiko pendarahan semasa bersalin.

4. Karbohidrat

Ia menyerap melalui uri sebagai glukosa dan penting untuk meningkatkan tenaga.

5. Lemak

Asid lemak menyerap melalui uri untuk memberi tenaga kepada badan. Asid lemak merupakan komponen struktur bagi semua tisu dan dianggap pembina semua jenis sel.

6. Protein

Protein dibawa melalui uri sebagai asid amino dan merupakan komponen kepada struktur dan fungsi utama semua sel dalam badan. Ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

7. Vitamin A

Vitamin A ini penting untuk perkembangan mata, tulang, kuliy dan paru paru bayi. Bagaimana pun, pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan kecacatan kepada janin. Sebaiknya elakkan penggunaan produk yang mengandungi vitamin A yang tinggi.

8. Vitamin C

Ia meningkatkan penyerapan zat besi dalam usus untuk memperkuatkan daya ketahanan badan. Jadi, ibu hamil perlu mengambil vitamin C setiap hari. Ia sangat mudah didapati seperti dalam kebanyakkan buah buahan.

9. Magnesium

Selain ia penting dalam pembentukkan gigi dan tulang, magnesium juga penting untuk sistem enzim dan pengucupan otot.



So para ibu hamil, makanan tambahan ini nampak mac remeh tapi pengambilannya setiap hari dalam dos yang sesuai semasa hamil adalah untuk membantu ibu mendapat nutrisi yang cukup.



xoxo,
Aìshàh
Rakan Nutrisi Anda
0172505401