KAWAN MAYA

Friday, 8 August 2014

BUAH BUAHAN YANG BAIK UNTUK KANAK-KANAK

Sebut pasal buah... rayyan memang sangat suka kan buah-buahan. Buah Durian je la kot dia tak berapa nak lalu telan hahaha.

Ok.. bukan hanya kita yang dewasa ni perlu makan buah buahan, malah kanak kanak pun kena makan buah. Bergantung la pada umur, selera makan dan tahap keaktifan diorang. 


Kita buat yang mudah untuk kanak kanak ni...

1. pilih buah yang warna warni
2. pilih yang anak anak kita suka
3. kita tunjuk bakat masa hidangkan buah pada anak kita.. buat la bentuk rusa ke, gajah ke..mesti kanak kanak ni teruja nak sentuh dan makan
4. setiap waktu makan dengan keluarga, MESTIKAN ada buah buahan
5. buat smoothies bagi kepada anak anak
6. buat bekalan anak anak ke sekolah
7. siap siapkan yang dah berpotong dalam peti ais, so bila anak anak buka, mereka tertarik

Ada banyak buah buahan yang baik untuk kanak kanak ni. Antaranya ........

EPAL
- epal kaya dengan serat dan bersifat anti oksidan
- epal mampu mencegah demensia atau dementia
- membantu mengawal kenaikkan berat badan
- menurunkan kolestrol
- menentang kanser

"an apple a day keep the doctor away"


OREN
- kebanyakkan kanak kanak sukakan buah oren ( so is rayyan)
- kaya dengan vitamin sihat
- mengandungi vitamin  C yang penting dalam penyerapan zat besi
- kulit buah oren kaya dengan Vitamin A
- mampu meningkatkan sistem imun
- dapat melawan jangkitan seperti demam dan selesema



PISANG
- buah pisang ni juga antara yang POPULAR di kalangan kanak kanak.. termasuk la rayyan
- pisang merupakan sumber tenaga segera
- kandungan mineral dalam buah pisang membantu tidur yang baik
- mampu mengawal tekanan darah
- meningkatkan daya fokus
- menjaga kesihatan jantung
- kurangkan risiko kanser
- melegakan sembelit dan cirit birit juge



BETIK
- sejenis buah yang kaya dengan serat dan protin
- kaya dengan vitamin C
- berkesan merawat buasir  ( i makan set buasir shaklee)
- betik terkenal dengan buah yang melawaskan



ANGGUR
- anggur hijau atau hitam masing-masing istimewa
- anggur KAYA anti oksidan
- anggur mengandungi potassium, vitamin C dan pectin
- dapat mengurangkan risiko kanser, strok, antipenuaan
- menentang penyakit gusi


Tetiba rasa nak makan buah hehehe... Kanak kanak biasanya akan berulang kali mencuba buah buahan yang diberi sebelum diorang betul betul menikmatinya. Fakta ni. 

Well.. ibu ibu jangan la stress kalau anak tak nak makan buah buahan. Jangan dipaksa. Perlahan lahan. Bersabar dan kena la rajin psiko anak dengan kebaikkan buah buahan yang dihidang untuk mereka. 

[sumber: pa&ma]

salam ceria,
isyah
rakan shaklee anda
0172505401