Wednesday 6 August 2014

SUSU IBU - PENUH MAGIS

Susu ibu adalah sejenis cecair yang tiada bandingan dengan jenis cecair lain.
 Susu ibu sangat unik. Ia berubah mengikut masa, suhu dan keperluan nutrisi si manja. Sebaik selepas bersalin, payudara ibu akan menghasilkan kolostrum atau juga biasa diberi jolokan "cecair emas" oleh sesetengah ibu.
Kolostrum ini mengandungi antibodi-antibodi yang bole melawan penyakit, karbohidrat, protin dan mineral penting termasuklah Vitamin B, E, zinc dan beta karotena. Cecair emas ini mengandungi kandungan lemak yang rendah dan ini membolehkan si manja menghadam dengan mudah. Memberi susu awal, iaitu kolostrum ini juga dapat menyegerakan rembesan mekonium iaitu najis pertama bayi. Sekaligus boleh mengurangkan bilirubin yang berlebihan dan merendahkan kadar sakit kuning si manja.


Selepas tiga empat hari, kolostrum ini akan digantikan dengan susu peralihan yang mana lebih cerah warnanya dan lebih cair. Ini adalah untuk mengelak si manja dari mengalami dehidrasi. Dan biasanya antara seminggu ke atas, si ibu akan menghasilkan susu badan yang lebih matang. Dan kira kira sebulan kemudian struktur susu ibu ini akan berubah dari segi kandungan kalori, karbohidrat. Manakala, kandungan lemak akan meningkat serta paras protin akan menirus. Dan apabila, si manja sudah mula diperkenalkan dengan makanan pejal, paras protien dalam susu ibu sekali lagi akan menurun. 


Tahu tak ibu ibu?
 Sebenarnya susu ibu berubah dalam satu penyusuan. Maksudnya, di minit awal penyusuan susu awal terhasil, di mana susu awal ini mengandungi cecair yang lebih. Susu akhir pula lebih pekat dengan kandungan lemak dimanakan ia memberikan kalori kalori yang diperlukan bagi tumbesaran serta perkembangan otak si manja.


Menyusu dengan kerap pada minggu minggu awal kelahiran si manja dapat menjana keperluan susu ibu yang secukupnya bagi si manja. 

Jadi, ibu ibu.... usah dinafikan naluri keibuan ibu ibu, penyusuan susu ibu merupakan satu moment yang sangat indah. Lakukan nya dengan minda yang lapang dan positif. 



Salam mesra,
Rakan Shaklee Anda
0172505401

No comments:

Post a Comment