Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Saturday, 18 April 2015

3 HURUF AJAIB

Morning .....
 duk scroll FB, terbaca sharing dari kawan sekolah saya tentang majlis ilmu dengan Ustazah Norbayah. Berkenaan dengan 3 huruf ajaib. Sangat tertarik dengan apa yang dikongsi sebab 3 huruf itu memang ajaib.

D.O.A ini la 3 huruf yang ajaib tu.

3 huruf ajaib iaitu D.O.A

Doa memberi manfaat untuk yg telah berlaku dan akan berlaku.

7 KEAJAIBAN DOA

1. Doa adalah IBADAH
2. Doa adalah saripati ibadah, ibadah tanpa doa seperti pohon tidak berbuah
3. Tidak ada yang lebih MULIA di sisi Allah melainkan doa
4. Tiada yang dapat takdir buruk selain berdoa kepada Allah
5. Doa membawa MANFAAT bg org yg memohon
6. Allah sendiri mengajar doa dalam Al-Quran dan yg diamalkan oleh Rasulullah
7. Doa adalah senjata yang sangat ampuh bagi org yang beriman

Jika allah belum makbulkan DOA kita....jangan putus asa....teruskan berdoa dengan YAKIN....ALLAH SIMPANKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA.

Semoga beri manfaat buat kita semua!

■ sha ■
Breastfeeding-Holic
Rakan Nutrisi Anda

Wednesday, 10 December 2014

KHASIAT KURMA UNTUK SI MANJA

Kurma oh Kurma!

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Saintis Mesir, kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C dan E.

Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolestrol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan Gula dalam kurma ialah sebanyak 50-70 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan.

Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

Oleh itu, mengambil sebiji kurma setiap hari adalah cukup memberikan tenaga kepada kanak kanak yang sedang membesar.

Stok Semasa

P/s: kurma ni bagus juga dimakan oleh ibu menyusu, hamil dan berpantang.

❤ salam ceria ❤
Aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda