Wednesday 1 April 2015

MENYUSU DI PUBLIC



Jika dulu ibu menyusu anak dengan susu ibu masih lagi dibelenggu perasaan malu untuk menyusukan anak di khalayak. Selalunya ibu kelam kabut mencari lokasi paling selamat ketika si kecil menangis mahu menyusu. Akibatnya ibu dan bayi menjadi tidak selesa kerana terpaksa 'mencuri-curi' menyusukan anak di khalayak.

Namun kini situasi tersebut semakin berkurangan ekoran kebanyakan ibu menyusu sudah semakin berkeyakinan dan bangga untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun di tempat awam. Apa pun ibu masih tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak walaupun sedang menyusukan bayi. Dengan pelbagai kemudahan aksesori menyusu yang dicipta khusus untuk ibu tugas menyusukan anak di khalayak menjadi semakin mudah tanpa masalah.

Bagi ibu baharu yang masih kekok, jadikan TIPS berikut sebagai pembakar semangat untuk korang terus menyusukan susu anak di mana-mana pada bila-bila masa.

1. Yakin diri
Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik kepada bayi.

2. Fokus
Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3. Lokasi
Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk menyusu. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4. Pakaian khusus
Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi.

5. Bantuan
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak.

Ok mommies! 
Jadikan penyusuan susu ibu ni satu journey yang menyeronokkan sebab kebagusan dia sangat sangat bnyak. Salah satunya hubungan antara ibu dan anak akan jadi lebih rapat.



With ♥
Aishah
Breastfeeding-holic/Rakan Shaklee Anda

No comments:

Post a Comment