Monday 6 April 2015

SENARAI SEMAK PERSIAPAN PENYUSUAN SUSU IBU

Seperti yang semua tau...susu ibu mengandungi sejuta khasiat dan manfaat untuk simanja yang semakin membesar. Dalam enam bulan pertama selepas kelahiran, ibu sangat digalakkan untuk menyusukan bayi secara eksklusif, iaitu 100% susu ibu. Dan digalakkan untuk mneruskan penyusuan sehingga sekurang kurangnya 2 tahun.

Untuk itu, banyak perkara yang perlu ibu dan ayah ambik tahu mengenai penyusuan ini termasuk la kelengkapan asas dan peralatan sokongan dalam usaha murni bagi menjayakan penyusuan susu ibu.

Jom kita tengok apa ya senarai semaknya..

..:: Pam
Tidak kira manual atau menggunakan bateri & elektrik, pakar laktasi mengesyorkan agar ibu ibu sebaiknya menggunakan pam yang bole mengepam susu secara serentak.

Jenis dan jenama terpulang kepada apa yang ibu percaya dan juga mengikut kemampuan ekonomi masing masing.

Jangan terus beli tetapi sebaiknya buat survey dulu ya ibu.

..:: Botol
Sekarang ni banyak botol yang bebas BPA. Sebaiknya guna botol yang bersaiz 5oz untuk kegunaan sewaktu memerah susu. Ia lebih mudaj dikendalikan, mudah dipegang.

..:: Beg Pendingin @ Beg Penyejuk
Tidak kira saiznya besar, sederhana atau kecil,anda perlu memastikan ia mempunyai kualiti agar berupaya untuk menempatkan susu perahan ibu sepanjang dipejabat sebelum dipindah masuk ke peti sejuk di rumah.

..:: Pek Ais
Bila ada beg pendingin atau beg penyejuk, jangan lupa pek ais. Pek ais yang mencukupi diperlukan untuk memastikan susu perahan dapat disimpan dalam tempoh yang lama, sekurang kurangnya 8 jam.

..:: Poncho Menyusu @ Nursing Cover
Sangat diperlukan bagi menutupi bahagian yang tidak bole dilihat oleh orang lain sewaktu ibu menyusu di kawasan awam. Dengan adanya design dan corak yang pelbagai di masa kini, menyusu di kawasan awam adalah mudah dan selesa.

..:: Pakaian Menyusu
Pakaian menyusu yang sesuai adalah untuk keselesaan ibu dan anak.

..:: Pad Payudara
Ini PERLU! Tujuannya membolehkan lelehan susu ibu diserap ke pad dan tidak membasahi coli ibu dan pakaian.

..:: Coli Menyusu
Sepanjang ibu menyusukan anak, pastikan ibu ada coli menyusu yang sesuai untuk digunakan. Cari yang ada daya sokongan sebaiknya, selesa dan mudah dicuci.

Antara aksesori lain yang bole dimasukkan dalam senarai semak ni adalah;
》 sapu tangan untuk mengelap susu selepas penyusuan
》 berus botol berspan untuk mencuci botol dan pam
》 bekas pengering botol dan pam atau beg berjaring

Semua kelengkapan ini ibu bole dapati di kedai kedai yang menjual barangan untuk ibu dan bayi.

Moga apa yang saya kongsi ni beri manfaat dan bole dijadikan rujukan buat ibu yang baru dan semua ibu.

I ♥ Breastfeeding.

Rakan Penyusuan Anda
Aishah
+60172505401 [whatsapp & Telegram]

" Kepakaran saya adalah membantu ibu menyusu kekal bertenaga disamping baby mendapat nutrisi yang cukup melalui susu ibu yang berkualiti"

No comments:

Post a Comment