Tuesday 13 May 2014

Cara Lama Atasi Ruam

Salam semua... cuaca cantik hari ni. Panas sedang elok je. Kering baju bajan saya.

Hari ni nak share sedikit tips untuk masalah ruam pada anak anak... Cara tradisional yang sangat sangat mudah.

Bila baby atau anak kecil kena ruam, well yang jelas mereka jadi tak selesa. Mereka akan merengek, rimas dan mintak kita garu. Ohh... pengalaman anak kena ruam..asyik mintak tolong garu.

Bila anak anak mula meragam, saya percaya mama papa pun akan terjejas, turut rasa tak selesa. Mama papa mula la plan nak ke klinik, google tips dan macam macam lagi.

Masalah ruam di kalangan bayi adalah masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh menyebabkan kesihatan si kecil terjejas. Kulit bayi yang bersih dan mulus menjadi kemerah-merahan akibat alergi dengan banyak perkara termasuk susu, mandian, bedak dan persekitaran.

Bila ke klinik, biasa akan diberi cream untuk atasi masalah ruam. Tapi sayang la kan kulit baby yang masih mulus tu disapu cream cream tu semua.. ye tak?...  Sekarang parents bijak bijak semua dag...jadi tidak salah mencuba petua orang tua-tua untuk mengurangkan masalah ruam ini.

Mama & papa semua... boleh la cuba tips ni... mudah dan menjimatkan.

1. Masak nasi sehingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan ia (atau guna airnya sahaja) pada bahagian yang mengalami ruam.

2. Selain dari itu boleh juga mencuba cara lain iaitu tumbuk hancur ragi bersaiz sederhana. Selepas itu diayak, kemudian campurkan dengan sedikit bedak dan sapukan pada kulit bayi.

3. Sapukan tepung ubi di kawasan yang terkena masalah ruam selepas memandikan bayi anda. Selepas beberapa hari mencuba Insya'allah ruam akan beransur hilang dan si manja boleh tersenyum riang.

Selamat mencuba!

Sumber info: pa&ma

Salam ceria,
Isyah
Pengedar sah shaklee
Id 888805
Fb: www.facebook.com/isyahsabela
Hp: 0172505401

No comments:

Post a Comment