KAWAN MAYA

Friday, 7 November 2014

Donut Simple Special Without Telur

Dalam cuaca sejuk perut kriuk kriuk lapar. Anak duk ngendeng nak makan. Nak makan nasi? Mungkin tak la. Nak makan mee goreng? Bole juga...tapi bahan tak ada. Hahaha...

Tapi....tepung, yis, majerin semua ada. Apa lagi...jom mendonut. Tapi specialnya saya tak letak susu tepung macam sesetengah resepi. Tapi saya letak MEAL SHAKE SHAKLEE. Ahaks....berdonut vanila kita.

Ok...jom kite tengok bahan bahan dia:-

~tepung gandum 2 cawan (ikut la korang nak berapa cawan)
~ majerin 1 sudu (saya guna jenama Planta je)
~ garam sikit
~ gula sikit
~ 2 sudu makan Meal Shake yang sedap itu
~ mauripan sepeket
~ minyak masak untuk menggoreng (saya guna Alif)

Sebelum mula menggaul semua bahan, bancuh la mauripan tu dengan air suam. Dah nampak berbuih bole la mengadun. Gaul semua bahan rata sekata. Sampai dah tak melekit.









Dah uli cantik..rasa puas hati. Bole la ready untuk bentuk kan donut. Tak kisah la nak guna kreativiti sendiri atau guna cetak yg sedia ada jual.





Saya guna papan pemotong bulat ni khas untuk saya lenyek adunan kuih muih. So..saya tekan tekan sikit doh atas papa ni..then saya cetak. (>y<)



Taraaaa..... Dah siap cetak. Ready untuk menggoreng. Panaskan minyak. Ikut la banyak mana minyak korang nak guna. Sekejap je goreng donut ni. Tapi sebab anak dara kecik tu bangun dari tidur, jadi gorengan donut pun terlebih kaler. Hihihi





Lembut. Sedap. Garing di luar. Muhammad makan mac perrhhh sedap bangeett. Air tangan mak memang sedap weii...Happy trying ye semua.

Takde meal shake bole order dari saya tau (●´∀`●)

Salam ceria,
Aishah
www.facebook.com/isyahsabela
posted from Bloggeroid