KAWAN MAYA

Wednesday, 26 August 2015

KESAN 10 SAAT PELUKAN



Ubat paling mudah dan mujarab dala mengeratkan hubungan kekeluargaan adalah PELUKAN. 
.Untuk meredakan anak yang sedang mengamuk pun kita boleh redakan dengan memeluk. 

Kata Ustazah Noor Laila Aniza, 
"Pelukan adalah perlakuan Rasulullah s.a.w. yang menzahirkan rasa kasih terhadap 
isteri, anak anak dan para sahabat".

 Untuk kaum suami, kena ambik tahu hal pelukan ni. Seorang isteri suka dengan kata pujian, kata manis dari suami, sentuhan dan pelukan. Dengan pelukan rasa marah pasangan bole menjadi reda dan kalau ditambah dengan kata kata yang lembut susunanya, terus hilang marah. 

Kata Perunding Keibubapaan, Encik Zaid Mohamad,
"Pelukan secara konsisten adalah 3 kali sehari - bangun dari tidur, bersiap keluar dari rumah atau nak pergi kerja atau nak hantar anak ke sekolah dan sebelum tidur. Suami yang peluk isteri selalu dikatakan punya hayat 2 tahun lebih lama. Manakala kajian mendapati anak anak yang selalu dipeluk dengan kasih sayang lebih yakin dan punya daya ingatan yang lebih baik. 

Pelukan juga adalah tanda penghargaan segera. Contoh, bila pasangan bagi hadiah ke, anak tunjuk perkembangan yang baik, kita hadiahkan diaorang pelukan. 

Bagi seorang bayi, bila ibu memeluknya dia terus akan lena tidur. Elok menangis jadi diam. Resah jadi tenang. 


 Ini aku akui... bila aku bagi hug kat mr syuben, dia nampak tenang lebih dari biasa. Kalau aku peluk Cahaya dan Rayan pulak mereka jadi aduhhhh manja terlebih dan jelas sangat happy. Seronok kan? 
10 saat je sehari. 3 kali! Free lagi..

budak cantik

budak bijak

  Oh lupa... ni nak peluk, peluk mereka yang sah dan keluarga je ye. Korang jangan macam mana :)

 xoxo,
isyah
Rakan Nutrisi Anda
~ i heart shaklee ~