Friday 1 January 2016

Tahun 2016

Pejam celik dah setahun berlalu. Selamat tahun baru 2016. Tahun yang dikatakan mencabar. Apa pun, jaga kesihatan sebaiknya dan juga ahli keluarga tercinta.



Salam Mesra,
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 

Saturday 31 October 2015

RAGAM ANAK 4 TAHUN

Bersembang dengan anak usia 4 tahun memang akan dapat banyak soalan dari jawapan.

Rimas? Stress? Nak marah? Ok... mmg ada perasaan itu. Dan selalu ada sesal selepas termarah si anak. Kadang kadang saya lupa, di peringkat ini akan banyak soalan dari si anak. Soalan bertubi tubi...dan biasanya soalan yang sama ditanya berulang kali.


Cuba jawab sebaiknya. Walaupun tak pasti apa jawapan yang patut diberi. Oh well..tengok pada soalan dia jugak. Kadang kadang terasa sel otak kurang active. Blur. Berkerut kening pun ada. Cuba bayangkan dapat soalan "kenapa raksasa tu mcm tu".. agak agak apa nak jawab?

Dalam process mendidik jiwa untuk lebih bersabar dan berubah. Bak kata ateh, berubah itu sesuatu yang susah. Tapi kalau tak cuba dan tak teruskan mencuba mana tahu berubah atau tidak.

Esok dah masuk sekolah lagi banyak soalan. Jadi, mama kena makan juga Omega Guard nak bagi sel otak active. Makan Vitalea untuk upgrade kesihatan dan makan b complex untuk nyah pra hipertensi... kita sama sama makan shaklee..

Untuk lebih sihat lebih cergas dan barulah lebih cantik.

Salam Mesra,
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 

Tuesday 27 October 2015

DARI KULIAH USTAZAH NORHAFIZAH MUSA

Perkongsian ini aku dapat dari seorang teman yang tak pernah lokek dan jemu ingat mengingati kawan kawanya. Zura! Amat bertuah dan bersyukur ada kenalan seperti dia. Jarang bersua muka, jarang duduk sama bercerita tapi dia aku tau baik orangnya.

Dikongsi dari kuliah bersama Ustazah Norhafizah Musa mengenai niat semasa membaca al quran. Semoga memberi manfaat kepada aku dan semua yang membaca.

NIAT SEMASA MEMBACA AL QURAN

Imam Ibnu Kathir mengatakan "Niat lebih gagah/lebih hebat dari amal itu sendiri".  Untuk dapat kehebatan amal, niat mesti  hebat. Sebelum baca Quran halusi niat dan mohon mendapatkan apa yg kita niatkan. Ia akan memberi kesan kepada kehidupan kita secara maknawi atas ganjaran dari Allah AW.

1. Mohon untuk mendapat syafa'at al-Quran (al-Quran menjadi teman kita, memberi kebaikan dan membantu kita di hari yang kita susah nanti, insyaAllah).

“Bacalah al-Qur’an kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada para ahlinya.” (HR. Muslim)

2. Mohon ditambah kebaikan. Dapat dirasai selagi kita baca al-Quran, ibaratnya terasa btambah curahan kebaikan/kekayaan/pahala kepada kita sehingga membuatkan kita tidak terasa untuk berhenti & kita akan membacanya dlm kudrat kemampuan kita.

 “Siapa saja membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan 10 kali lipatnya.” (HR. At-Tirmidzi).

3. Mohon selamat dr api neraka.
 "Kalau adalah terkumpul Quran dalam hati-hati manusia, maka ia tidak akan dibakar api neraka"

4. Memakmurkan hati kerana membaca al-Quran menjadi "basuhan", menghidupkan hati dari menjadi busuk, usang dan menjadi tempat benda-benda yang merbahaya.
“Sesungguhnya barang siapa yang dalam dirinya tiada bacaan Al Quran maka ia seperti halnya rumah yang usang”

5. Mohon untuk diamalkan setiap yang kita baca. Baca al- Quran sebaiknya dengan elok2, tenang dan tartil. Kedudukan kita/darjat kita ditentukan dgn kedudukan ayat/bacaan kita yang terakhir kita baca  di dunia ini. Contohnya jika ayat terakhir yang dibaca itu berkenaan jihad, maka kedudukan berjihadlah  pembacanya kelak walaupun pembacanya tidak meninggal semasa berjihad.

Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat2 syurga) dan bacalah dengan tartil sbagaimana engkau membacanya dengan tartil didunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.” (HR. Ahmad).

6. Jadikan Al- Quran sebagai syifa/ubat/ kepada hati-hati yang berpenyakit dan kelemahan tubuh badan kita.
"Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ....."
(Al Isra' 17:82)

7. Mohon ia menenangkan hati yang gundah gulanah bila mbaca Al-Quran dengan tartil. Nafsu dan hati yang liar/bergolak hanya dapat ditenangkan dengan rawatan kembali kepada Al-Quran dan membacanya dengan tartil.

Bacalah sehingga tenang.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dgn zikrullah". Ketahuilah dgn "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" (Ar-Ra'd 13:28)

8. Mohon supaya hati hidup, bercahaya dan hilang kesedihan digantikan dengan yang baik.

9. Mohon menjadi penyebab mendapat hidayah yang sempurna."Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" (Al Baqarah 2:2)

10. Mohon hidup tidak terlerai dari al-Quran dn kita dibangkitkn kelak dengan syafa'at Al-Quran.
Kata Imam  Ibnu Kathir: "Sesiapa hidup atas sesuatu (meng hambakan diri)  biasanya dia akan mati disebabkan sesuatu itu dan dia dibangkitkan dgn sesuatu itu"

"Apakah orang2 yg membuat kejahatan itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solleh, iaitu sama ant kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah sangkaan mereka.

Sama sama kita berubah ke arah yang lebih baik.

Salam Mesra,
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 

Wednesday 14 October 2015

PETANDA HARUS BERBUKA PUASA BAGI IBU HAMIL

Hamil adalah satu perkara yang dinantikan bagi wanita yang sudah berkahwin. Indah dunia tidak terkata. Terhamil dibulan puasa, buatkan ibu akan rasa risau dan khuatir akan apa akan jadi pada bayi dalam kandungan. 

Ada beberapa tanda yang menggesa ibu untuk segera berbuka supaya tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kandungan dan juga diri sendiri.



Antaranya:

1. MUNTAH
Jika ibu muntah lebih dari 4 kali, cepat cepat lah berbuka untuk mengelak dari diri dehidrasi. Kalau ibu berkerasa nak meneruskan puasa, tubuh badan kita akan mengambil tenaga dari lemak dibadan dan membolehkan darah berasid. Ini akan membuatkan organ organ dalaman kita alami kerosakkan dan bayi akan kekurangan nutrisi.

2. CIRIT BIRIT
Bila cirit birit dan disulami perut yang memulas, segerakan berbuka dengan air yang banyak. Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi yang boleh memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandunngan.

3. HIDUNG BERDARAH
Hidung berdarah mungkin disebabkan keadaan cuaca yang panas dan tubuh badan ibu yang tidak stabil. Mungkin kerana kurang air dan sebagainya. Jika ini berlaku, segera dapatkan rawatan doktor.



 4. HIPOGLIKEMIA 
Hipoglikemia adalah sesuatu yang membimbangkan. Jika ibu terus berpuasa walaupun sudah ada tanda tanda seperti pening kepala dengan tiba tiba, berpeluh tanpa sebab ataupun berdebar debar, akan mempengaruhi keadaan bayi dalam kandungan serta ibu juga.

5. MATA BERPINAR
Ini biasa berlaku bila ibu mengalami kadar gula yang rendah dalam darah. Jika ini berlaku, segeralah ibu berbuka dengan minum air yang boleh memberi tenaga dan makan sesuatu. Lalu rehat lah secukupnya.



Moga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.  Jika mahu bertanya tentang vitamin atau produk Shaklee bole hubungi 0172505401 ya.

Salam Mesra, 
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda