Wednesday 5 November 2014

10 Tips Untuk Kesuburan

Tips ni perkongsian dari sebuah buku yang sangat menarik dan berbaloi di baca, Allah Doktorku, oleh Mukhlas Asy Syarakani Al Falah.



Ok. Tak nak buang masa korang baca tips yang saya kongsi kan ni ok. Moga beri manfaat kepada semua para isteri dan para suami.

10 Tips Untuk meningkatkan kesuburan:-

1. Fahami Process Kehamilan
√ memahami bagaimana sistem pembiakan berfungsi untuk menjadikan pasangan suami isteri lebih peka kepada faktor kesuburan.

2. Jumpa Doktor
√ bagi memastikan diri dan pasangan bebas dari masalah kesuburan dan untuk segera dapatkan rawatan.

3. Berat Badan Yang Ideal
√ berat badan berlebihan atau berkurangan juga menyumbang kepada kesukaran untuk hamil.

4. Ketahui Waktu Subur
√ hari subur seorang wanita tak lama, sekitar 4-5,hari sebulan dan dengan tahu dengan tepat hari subur meninggikan lagi peluang untuk hamil.




5. Kesuburan Suami
√ mengamalkan cara hidup yang sihat dapat mengekalkan kesihatan reproduktif sang suami pada kadar yang optimum

6. Multivitamin
√ wanita disarankan untuk mengambil vitamin termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan pada janin dan suplemen zink kepada suami untuk meningkatkan pengeluaran sperma.



7. Bersenam
√ bersenam secara konsisten adalah perlu untuk persediaan bagi menghadapi tekanan semasa hamil dan bersalin.

8. Makanan yang seimbang
√ menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang penuh nutrisi dan yang menyumbang kepada kesuburan seperti kacang pea yang kaya dengan asid folik dan tiram yang kaya
 dengan zink.



9. Kurangkan Tekanan
√ terlalu tertekan bole menyebabkan badan letih dan minda tidak fokus. Jadi lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan dan haruslah sentiasa positif sebaiknya.

10. Jauhi Dadah, Rokok dan Minuman Keras
√ rokok, dadah dan minuman keras bukan sahaja memberi kesan buruk pada kehidupan malah turut menjejaskan kesuburan dan boleh meningkatkan risiko keguguran atau kompilasi lain semasa hamil.





Tips yang kalau baca nampak remeh tapi sebenarnya semua tu adalah fakta yang mesti ditangani dengan baik. Dengan kemajuan dan ketinggian teknologi, kalau tak dijaga badan dengan baik, bukan sahaja mengundang masalah kesuburan malah pelbagai masalah kesihatan lain.

Apapun..nasihat say pada kaum hawa yang punya masalah period tak sekata, period sehari dua sahaja, pcos, cyst, fibroid, terlalu berat dan terlalu ringan, jangan ambil mudah.

Moga apa yang saya kongsi beri manfaat kepada semua.

Salam sayang,
Aishah
Breastfeeding-Holic
0172505401

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment