Tuesday, 15 September 2015

WANITA

Wanita..dicipta Allah dari tulang rusuk kiri sang lelaki. Dicipatnya wanita untuk dikasihi dan dihormati. Tetapi, bahana nafsu yang menjadi raja dalam diri, ramai wanita menjadi mangsa kepada lelaki. Kepada keadaan. 

Mengapa? 
Tidak kah ada belas dan simpati?
Apakah yang menyebabkan wanita dizalimi? Disakiti? Dikhianati?

Argh..
Mungkinkah kerana wanita itu sendiri? Mungkin! Siapa tahu.. di zaman berteknologi ini, semua orang mahu segala macam benda. Jika tidak boleh dengan cara yang betul, akan dicuba dengan cara yang singkat. Singkat bagaimana? Sesingkat yang bole membawa kemudaratan, kerosakkan kepada diri, akal dan fikiran. 

Wanita..lembutnya adakala disalah erti. 
Wanita..toleransinya adakala diambil mudah.
Wanita..lantang bicaranya adakala dikata mahu menunjuk pandai.

Kini...berapa ramai wanita yang menderita kerana lelaki? Kerana salah langkah? Kerana salah sendiri? Kerana keluarga?

Fikirkan lah! 

Salam Mesra, 
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 

No comments:

Post a Comment