Sunday, 6 September 2015

BAHAYA TIDUR YANG TIDAK CUKUP

Bila kita kurang tidur, secara tak sedar kita sudah mengundang masalah kesihatan seperti stress dan sistem imun badan jadi lemah.

Bila kita dah stress, susah nak fokus. Apa kerja pun tak boleh nak siap.

Kalau kita sibuk macam mana pun, sebaiknya kita cuba untuk dapatkan tidur yang cukup. Minum segelas susu atau pada yang tidak suka dengan susu boleh saje gantikan dengan Ostematrix sebelum tidur.

Tidur yang cukup biasanya antara 6 hingga ke 8 jam. Dan tidur yang cukup ini sebenarnya membantu badan dan organ kita berehat. Dapat memulihkan tenaga selepas seharian bekera dan membantu membina sel baru.

Sedikit info aku dapat dari berita harian. Moga beri manfaat dan lepas ni mesti tidur cukup;

1. Sistem imun anda akan menjadi lemah. Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun

2. Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin

3. Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat

4. Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.

5. Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara

6. Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut

7. Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jika anda kurang tidur, anda akan lebih cepat kelihatan tua

8. Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.

9. Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks

Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal

Sumber infoharian.com



Ok dah dah. Off gadget korang semua. Off lampu. Pegi tidur sana. Jangan lupa makan herb lax. Dan jangan lupa baca doa tidur ok.

Salam Mesra,
Breastfeeding-Holic
★ isyah★

No comments:

Post a Comment