Friday, 11 September 2015

DONUT TANPA TELUR

Salam Jumaat semua. Macam mana hari ni? Panas kan? Kat Sungau Buloh ni pun panas. Apa resepi hari ni? Tak kisah la resepi apa pun yang korang plan. Resepi masakan ke, resepi hiburkan anak anak ke, resepi pikat suami ke, resepi kehidupan ke... 

Banyak kan jenis resepi. Kita pilih je la nak yang mana. Aku sebenarnya buntu nak tulis apa tentang "resepi" ni. Yela.. geng geng lain pulun resepi hebat hebat. 

Sebab tak nak pening pening kan kepala, apa kata korang layan resepi donut tanpa telur. Haa... semalam aku buat. Dapat dekat 30 biji. Alhamdulillah. Dapat bagi Kak Usha, jiran sebelah kiri dan Asma jiran sebelah kanan. 

Bebuih campuran mauripan, gula dan susu pekat


Korang cuba buat ye. Bahan-bahanya mudah je.

Tepung 4 cawan
Mentega 1 1/2 sudu makan
Gula 2 sudu makan
Mauripan 1 pek
Air
Susu pekat 1 1/2 sudu makan
Minyak untuk menggoreng
Gula halus (nak buat topping nanti)
Air suam 1 1/2 cawan (untuk kembangkan mauripan)

Cara-caranyaa pulak;

Rendam mauripan + gula + susu pekat hingga berbuih.
Lepas tu gaulkan tepung dan mentega sehingga sebati.
Dah tu masukkan campuran tadi lalu diuli hingga sebati. Bila doh dah jadi dan tak melekit tungu sekejap bagi dia naik. 
Kemudian, bulatkan kecil kecil dan ikut la nak guna cetak ikut acuan yang dh sedia tu atau nak guna alatan bebas. Hihihi.

Sesudah digoreng..rangup dan lembut hasilnya


Selamat mencuba!

Salam Mesra, 
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 

No comments:

Post a Comment