Monday, 28 September 2015

BAHAYA KEPUTIHAN PATALOGIK

Masalah keputihan atau lelehan lendi berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj wanita antara masalah yang swring dihadapi kebanyakkan wanita di seluruh dunia.

Statistik menunjukkan hampir 75 peratus wanita yang sudah berkahwin menghadapi masalah keputihan berikutan aktiviti seksual.

Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya masalah keputihan, malah menganggap ia satu petanda lazim sebelum kitaran haid.


Keputihan yang bersifat fisiologi biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit, namun berbeza dengan keputihan patologik yang lebih kronik kerana ia berlaku disebabkan jangkitan yang perlu dirawat.


Jadi wahai wanita..tidak kira bujang atau sudah  berkahwin, jika ada masalah keputihan ini, segera dapatkan rawatan. Jangan biar memudaratkan diri. 

Salam Mesra,
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
   

Tuesday, 15 September 2015

WANITA

Wanita..dicipta Allah dari tulang rusuk kiri sang lelaki. Dicipatnya wanita untuk dikasihi dan dihormati. Tetapi, bahana nafsu yang menjadi raja dalam diri, ramai wanita menjadi mangsa kepada lelaki. Kepada keadaan. 

Mengapa? 
Tidak kah ada belas dan simpati?
Apakah yang menyebabkan wanita dizalimi? Disakiti? Dikhianati?

Argh..
Mungkinkah kerana wanita itu sendiri? Mungkin! Siapa tahu.. di zaman berteknologi ini, semua orang mahu segala macam benda. Jika tidak boleh dengan cara yang betul, akan dicuba dengan cara yang singkat. Singkat bagaimana? Sesingkat yang bole membawa kemudaratan, kerosakkan kepada diri, akal dan fikiran. 

Wanita..lembutnya adakala disalah erti. 
Wanita..toleransinya adakala diambil mudah.
Wanita..lantang bicaranya adakala dikata mahu menunjuk pandai.

Kini...berapa ramai wanita yang menderita kerana lelaki? Kerana salah langkah? Kerana salah sendiri? Kerana keluarga?

Fikirkan lah! 

Salam Mesra, 
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 

Saturday, 12 September 2015

CANTIK DENGAN VITAMIN

Selamat pagi semua. Dah minum ESP? Kalau belum dan masih tak ada cepat order ye. Ada promosi ni. So jangan lepaskan peluang kerana promosi hanya sebulan.

Aku suka minum serbuk soya shaklee ni. Sebab apa? Banyak sebab. Salah satunya kacang soya yang shaklee guna tak diubah genetik. Maksdunya tak ditambah baja atau bahan yang membantu tumbesaran kacan soya tu. So ia bebas dari bahan yang boleh membahayakan tubuh badan kita. Selain tu, kalau korang ada baca la kan, 1 hidangan soya shaklee ni bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tak ada kolestrol, tak ada asid uric dan senang menyerap dalam tubuh badan kita.

Jadi sesuai sangat kepada mereka yang nak kurus, yang vegeterian, pesakit kencing manis, gout, jantung, darah tinggi.

Tahu tak yang ESP ni mampu meremajakan kulit? Haa...kalau korang nak tahu, ia merangsang pembentukan kulit dan otot, kurangkan kedutan kurangkan kesan parut. Itulah keperluan protin. Bukan sahaja untuk sihat malah untuk kecantikkan.

Kalau dimakan dengan vitamin lain pulak seperti vitamin B complex, juga sangat best. Semua tahukan vitamin B ni membantu pembentukkan sel darah merah, membantu elakkan korang murung, stress yang mana bole membawa kepada kemudaratan. 

Kalau kurang darah, muka pucat je. Kalau asyik stress, murung dan tak cukup tidur muka pulak kusam je. Nak kerja pun rasa tak seronok. 

Pilihan ditangan masing masing. Tapi dengan Shaklee korang pasti akan berpuas hati. Syaratnye simple je, makan dengan konsisten dan jaga nafsu makan. Hihihi.

Pasangan Comel pilihan untuk CANTIK

Susah nak order? Jangan pening. Boleh PM aku atau contact 017.250 5401. 


Salam Mesra, 
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 

Friday, 11 September 2015

DONUT TANPA TELUR

Salam Jumaat semua. Macam mana hari ni? Panas kan? Kat Sungau Buloh ni pun panas. Apa resepi hari ni? Tak kisah la resepi apa pun yang korang plan. Resepi masakan ke, resepi hiburkan anak anak ke, resepi pikat suami ke, resepi kehidupan ke... 

Banyak kan jenis resepi. Kita pilih je la nak yang mana. Aku sebenarnya buntu nak tulis apa tentang "resepi" ni. Yela.. geng geng lain pulun resepi hebat hebat. 

Sebab tak nak pening pening kan kepala, apa kata korang layan resepi donut tanpa telur. Haa... semalam aku buat. Dapat dekat 30 biji. Alhamdulillah. Dapat bagi Kak Usha, jiran sebelah kiri dan Asma jiran sebelah kanan. 

Bebuih campuran mauripan, gula dan susu pekat


Korang cuba buat ye. Bahan-bahanya mudah je.

Tepung 4 cawan
Mentega 1 1/2 sudu makan
Gula 2 sudu makan
Mauripan 1 pek
Air
Susu pekat 1 1/2 sudu makan
Minyak untuk menggoreng
Gula halus (nak buat topping nanti)
Air suam 1 1/2 cawan (untuk kembangkan mauripan)

Cara-caranyaa pulak;

Rendam mauripan + gula + susu pekat hingga berbuih.
Lepas tu gaulkan tepung dan mentega sehingga sebati.
Dah tu masukkan campuran tadi lalu diuli hingga sebati. Bila doh dah jadi dan tak melekit tungu sekejap bagi dia naik. 
Kemudian, bulatkan kecil kecil dan ikut la nak guna cetak ikut acuan yang dh sedia tu atau nak guna alatan bebas. Hihihi.

Sesudah digoreng..rangup dan lembut hasilnya


Selamat mencuba!

Salam Mesra, 
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 

Thursday, 10 September 2015

CABARAN SEPTEMBER

Selamat siang semua. Dah makan? Bulan september ni syok. Ada cabaran dan promosi mengaum dari shaklee.

Feeling wake me up when september end gitu! Bulan September ni Shaklee buat promosi ESP. Beli 6 dapat 7 atau beli 2 extra 5% diskaun. Hebat kan? Memang padan sangat la kalau korang ni pemakan tegar ESP..HARUS BUAT STOK ok!



Next perkara syoknya, menerima cabaran membuat entry berkaitan 20 topik. Pheww! Aku tak la pandai mengarang. Silap haribulan merapu jadinya. Hahaha



Ok. See how naa! Korang jangan terlepas Promosi ESP dari Shaklee ye. Nak harga murah murah boleh contact 017 2505401