Saturday, 29 November 2014

Ekzema & Shaklee #1

Ekzema.
Satu alahan kulit yang dialami anak sya hingga kini. Dulu krim Elomet jadi feveret. Dh tau steroid tinggi stop guna.

Dah lama...baru bagi OMEGA GUARD & sapu HERBAL BLEND sikit2, nipis. Bukan untuk menyembuhkan tapi ia mampu mengawal dari terus merah merah.

Kalau dia berpeluh lebih, muncul la bintik bintik ruam dia. Dan kalau lama dalam "panas" lagi teruk. Tu yang tepung ubi jadi bedak. Bedak botol merah tu pun kena ada.

Apa yang penting terkawal!





Kesian tau tengok anak tergaru garu. Menangis mengadu gatal pedih. Kita usaha, Allah yang menyembuhkan.

xoxo,
Aishah
Rakan Shaklee Anda
0172505401
www.facebook.com/isyahsabela

Tuesday, 18 November 2014

Omega Guard ; Promosi November 2014

Sungguh nak buntang mata kalau ada promosi. Promosi baju, cepat je mak ayah borong. Promosi kasut pun berlari lari nak cari size.

Nah promosi minyak ikan yang sah sah ternyata sangat baik untuk kesihatan mak ayah dan semestinya anak anak. KEBIJAKSANAAN BUKAN DARI GENETIK ATAU SESUATU YANG DIWARISI YE.

Omega 3 sah sah ternyata baik untuk Otak yang bijak. Siapa yang tak nak sentiasa fokus dan bijak kan.

Bulan November ni promosi kaw kaw untuk OMEGA GUARD. Jangan lepaskan peluang!




Salam Mesra,
Aishah
0172505401
www.facebook.com/isyahsabela

Monday, 17 November 2014

SARAPAN SIMPLE SEDAP

Selamat pagi!
Selamat berhujung minggu.
Apa khabar semua? Semoga semua sihat dan ceria... WHAM macam saya ni biasalah. Otak dan badan jalan serentak.

Apa sarap korang? Tanya muhammad nak sarapan apa dia jawab telur. Huhuhu. Dia tak bole nampak telur. Bole habis sepapan dia sorang. Ya..saya tau tak baik untuk kesihatan dia. Back to sarapan.... Saya decide nak buat sarapan sandwich telur je.



Bahan Bahannya;
Roti - ikut la nak banyak mana
Telur
Mayonese
Tomato - dipotong dadu kecil
Lada hitam
Garam - bagi rasa rasa
Perahan Lemon - sikit ja dLM sesudu

Caranya;

1. Mula mula kita rebus telur dan lepas tu lenyek telur tu bagi hancur.
2. Bubuh mayonese dan gaul rata
3. Buh garam ikut suka rasa & lada hitam ikut sedap
4. Tambah kan tomato dan gaul lagi.
5. Peran lemon dan gaul lagi.
6. Akhir sekali..sapu la ataa roti.




Anak suka makan. Perut kenyang hati riang.





Selamat mencuba dan jangan skip sarapan ye.


Salam Mesra,
Aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda

Tuesday, 11 November 2014

PEMAKANAN UNTUK IBU BREASTFEEDING

Pengalaman saya menyusukan anak anak penuh makna. Keduanya dilahirkan di HSB. Saya tak menyusukan diorang ni sejam selepaa dilahirkan tapi lps siap setel pindah naik wad. Mau ambik masa lebih sejam juga.

Ok..nak cite pasal susu ibu. Rata rata payudara ibu belum mengeluarkan susu tapi kolostrum. Kolostrum ni cecair kekuningan yang mengandungi air, protin, gula, vitamin, mineral dan antibodi yang membantu si manja melawan penyakit. Macam perisai la gitu.

Ibu yang menyusukan baby ni perlukan tenaga lebih dari ibu lain. Perlu makan makanan yang kaya dengan nutrisi untuk memastikan badan ibu kekal bertenaga dan sihat untuk penghasilan susu ibu yang mencukupi. Bayangkan ibu menyusu dalam keadaan yang letih lesu, tak bermaya? Yes....ibu akan merasa tertekan dan tekanan bole mengganggu penghasilan susu.

Susu ibu ni adalah makanan sempurna bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Tak perlu dah bagi nestum ka, air kanji apatah lagi susu tepung.



Ibu menyusu memerlukan protin. Protin dalam susu ibu mudah hadam jadi ibu memerlukan protin yang lebih dari orang biasa. Protin ni untuk tumbesaran bayi. Just imagine bila ibu terus diet slps melahirkan...hanya semata mata nak tubuh badan langsinh...si anak yang menjadi mangsa. Tau kan apa kesan kekurangan protin?

Ok..kalau ibu pening nak mencari sumber protin yang lengkap, ibu bole sangat cuba ENERGIZING SOY PROTIN.



Selain dari protin, ibu juga perlukan lemak. Kandu gan lemak dalam susu ibu berubah ubah dan banyak dipengaruhi oleh pemakanan ibu.

Asid Lemak Penting (Essential Fatty Acids) sangat baik dan perlu diambil ibu dari saat mengandung lagi. Sebab itu ibu yang hamil selalu digalakkan untuk makan ikan. Ikan mengandungi asid lemak penting ni yang kita panggil minyak ikan. Minyak ikan ini memainkan peranan dalam perkembangan otak bayi, fungsi saraf dan mata serta pertumbesaran yang sihat.





Apa jua yang dimakan ibu, akan disalur kepada bayi melalui susu ibu. Jadi ibu kena la makan makanan yanh bersesuaian. Ada makanan yang OK dimakan ibu tapi si anak kembung dan sebaliknya. Namun, bagaimana pun sumber utk mendapatkan segala vitamin adalah dari apa yang ibu makan. Setiap apa yang ibu makan, akan mempengaruhi susu ibu.

So, pastikan pemakanan ibu mengandungi bijirin lengkap, kaya dengan nutrisi yang diperlukan, buah buahan dan sayuran pelbagai warna.

I love breastfeeding!

Aishah
0172505401
Rakan Nutrisi Anda

Friday, 7 November 2014

Donut Simple Special Without Telur

Dalam cuaca sejuk perut kriuk kriuk lapar. Anak duk ngendeng nak makan. Nak makan nasi? Mungkin tak la. Nak makan mee goreng? Bole juga...tapi bahan tak ada. Hahaha...

Tapi....tepung, yis, majerin semua ada. Apa lagi...jom mendonut. Tapi specialnya saya tak letak susu tepung macam sesetengah resepi. Tapi saya letak MEAL SHAKE SHAKLEE. Ahaks....berdonut vanila kita.

Ok...jom kite tengok bahan bahan dia:-

~tepung gandum 2 cawan (ikut la korang nak berapa cawan)
~ majerin 1 sudu (saya guna jenama Planta je)
~ garam sikit
~ gula sikit
~ 2 sudu makan Meal Shake yang sedap itu
~ mauripan sepeket
~ minyak masak untuk menggoreng (saya guna Alif)

Sebelum mula menggaul semua bahan, bancuh la mauripan tu dengan air suam. Dah nampak berbuih bole la mengadun. Gaul semua bahan rata sekata. Sampai dah tak melekit.









Dah uli cantik..rasa puas hati. Bole la ready untuk bentuk kan donut. Tak kisah la nak guna kreativiti sendiri atau guna cetak yg sedia ada jual.





Saya guna papan pemotong bulat ni khas untuk saya lenyek adunan kuih muih. So..saya tekan tekan sikit doh atas papa ni..then saya cetak. (>y<)



Taraaaa..... Dah siap cetak. Ready untuk menggoreng. Panaskan minyak. Ikut la banyak mana minyak korang nak guna. Sekejap je goreng donut ni. Tapi sebab anak dara kecik tu bangun dari tidur, jadi gorengan donut pun terlebih kaler. Hihihi





Lembut. Sedap. Garing di luar. Muhammad makan mac perrhhh sedap bangeett. Air tangan mak memang sedap weii...Happy trying ye semua.

Takde meal shake bole order dari saya tau (●´∀`●)

Salam ceria,
Aishah
www.facebook.com/isyahsabela
posted from Bloggeroid