Tuesday, 11 November 2014

PEMAKANAN UNTUK IBU BREASTFEEDING

Pengalaman saya menyusukan anak anak penuh makna. Keduanya dilahirkan di HSB. Saya tak menyusukan diorang ni sejam selepaa dilahirkan tapi lps siap setel pindah naik wad. Mau ambik masa lebih sejam juga.

Ok..nak cite pasal susu ibu. Rata rata payudara ibu belum mengeluarkan susu tapi kolostrum. Kolostrum ni cecair kekuningan yang mengandungi air, protin, gula, vitamin, mineral dan antibodi yang membantu si manja melawan penyakit. Macam perisai la gitu.

Ibu yang menyusukan baby ni perlukan tenaga lebih dari ibu lain. Perlu makan makanan yang kaya dengan nutrisi untuk memastikan badan ibu kekal bertenaga dan sihat untuk penghasilan susu ibu yang mencukupi. Bayangkan ibu menyusu dalam keadaan yang letih lesu, tak bermaya? Yes....ibu akan merasa tertekan dan tekanan bole mengganggu penghasilan susu.

Susu ibu ni adalah makanan sempurna bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Tak perlu dah bagi nestum ka, air kanji apatah lagi susu tepung.



Ibu menyusu memerlukan protin. Protin dalam susu ibu mudah hadam jadi ibu memerlukan protin yang lebih dari orang biasa. Protin ni untuk tumbesaran bayi. Just imagine bila ibu terus diet slps melahirkan...hanya semata mata nak tubuh badan langsinh...si anak yang menjadi mangsa. Tau kan apa kesan kekurangan protin?

Ok..kalau ibu pening nak mencari sumber protin yang lengkap, ibu bole sangat cuba ENERGIZING SOY PROTIN.



Selain dari protin, ibu juga perlukan lemak. Kandu gan lemak dalam susu ibu berubah ubah dan banyak dipengaruhi oleh pemakanan ibu.

Asid Lemak Penting (Essential Fatty Acids) sangat baik dan perlu diambil ibu dari saat mengandung lagi. Sebab itu ibu yang hamil selalu digalakkan untuk makan ikan. Ikan mengandungi asid lemak penting ni yang kita panggil minyak ikan. Minyak ikan ini memainkan peranan dalam perkembangan otak bayi, fungsi saraf dan mata serta pertumbesaran yang sihat.





Apa jua yang dimakan ibu, akan disalur kepada bayi melalui susu ibu. Jadi ibu kena la makan makanan yanh bersesuaian. Ada makanan yang OK dimakan ibu tapi si anak kembung dan sebaliknya. Namun, bagaimana pun sumber utk mendapatkan segala vitamin adalah dari apa yang ibu makan. Setiap apa yang ibu makan, akan mempengaruhi susu ibu.

So, pastikan pemakanan ibu mengandungi bijirin lengkap, kaya dengan nutrisi yang diperlukan, buah buahan dan sayuran pelbagai warna.

I love breastfeeding!

Aishah
0172505401
Rakan Nutrisi Anda

No comments:

Post a Comment