Tuesday, 17 December 2013

Istimewanya Produk Shaklee

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

sumber: http://www.shaklee.com.my/bm/difference.asp


Pengedar Sah Shaklee
ID 888805
0172505401

Friday, 13 December 2013

Omega Guard Shaklee - Minyak Ikan Yang Selamat

Biasa dengar kan DHA....
Selalu iklan susu, disebut sebut DHA ni....

Meh kita story sikit...

DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90 peratus daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu!

Semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibu. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantug kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.
Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pralahir yang mereka ambil.



Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu (susu ibu), dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi.


Kajian menunjukkan pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap perkembangan bayi, dari segi:
~ Penyelarasan mata dengan tangan
~ Kemahiran gerakan bermotor
~ Jangka tumpuan yang lebih panjang
~ Markah IQ yang lebih tinggi

Nota Cinta...::
Pastikan diet yang sihat dan seimbang semasa mengandung dan semasa menyusu adalah amat penting bagi kedua-dua ibu dan bayi. Selain daripada mengambil dos-dos DHA harian, ibu mengandung dan menyusu seharusnya juga mengambil suplemen pra lahir yang mengandungi lebih tinggi kalsium, zat besi dan asid folik untuk menampung keperluan yang sedang meningkat pada saat-saat penting ini, maka dengan itu memberikan bayi anda asas yang baik untuk memulakan hidupnya kelak.


OMEGA GUARD SHAKLEE & Kandungannya



Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

lebih DHA & EPA dari brand lain

sangat membantu anak anak

peranan DHA & EPA untuk otak

omega guard shaklee

antara kebaikkan nya
Selamat untuk ibu hamil dan bayi serta sangat membantu ibu ibu menyusu kerna ia mampu membakar lemak :))


Salam ceria,


0172505401
pengedar sah shaklee

Friday, 6 December 2013

Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting ; Terutamanya Semasa Mengandung?

• Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3  yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
• Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya. 

-------------------
Sedikit info yang sya dapat masa duk google ttg khasiat minyak ikan. Uols please make sure minyak ikan yg uols beli adalah MINYAK IKAN...bukan LEMAK IKAN...
Omega guard shaklee mengandungi 90% minyak ikan lebih dari jenama lain. Cuba check kat sini info lain dan kurus dengan omega guard shaklee

Berminat untuk tahu lebih lagi???
Boleh call saya atau hubungi saya di facebook :)

Sekian ♥
Isyah
Pengedar sah shaklee (id 888805)
www.facebook.com/isyahsabela
Hp: 0172505401

Sunday, 6 October 2013

Perlu Dielak Semasa Hamil

Ketika hamil ada banyak perkara yang bakal mama perlu lupakan seketika. Semuanya demi memastikan janin yang dikandung membesar sihat dan sempurna dalam rahim ibu. 

* Lipstik - Jika anda suka memakai lipstik, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam lipstik jika tertelan boleh membahayakan janin. 

* Krim pemutih - Lupakan seketika krim pemutih. Kandungan bahan kimia dalam krim pemutih boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin. 

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah hamil? Jangan risau, ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon ketika hamil. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Atasi masalah jerawat setelah melahirkan bayi nanti. 

* Pewarna rambut – Anda gemar  bertukar warna rambut? Oh, seeloknya berhenti melakukannya sebaik hamil, terutama pada trimester pertama kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan. 

* Kasut bertumit – Lupakan seketika gaya bertumit tinggi anda. Pertambahan usia kehamilan membuatkan berat badan semakin bertambah. Jadi ia mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

-----------
Masa hamil memang banyak benda agak terbatas untuk seorang wanita itu buat. Tapi bole dilakukan seperti bersenam tapi jangan la yang lasak lasak....
Makanan perlu dijaga... penampilan.. kelakuan serta tutur kata juga kena jaga sebaiknya...

Hamil itu mengujakan
Saat melahirkan mendebarkan
Menyusukan penuh dugaan dan cabaran..
Kita enjoy dengan kesabaran!

Nota chinta: jom kita amalkan kehidupan sihat.. mari kita upgrade dengan suplemen shaklee

Salam sayang,
Isyah
Pengedar sah shaklee
Id 888805
Fb: www.facebook.com/isyahsabela
Hp: 0172505401

10 Pintu Rezeki

Selamat hari ahad semua :)
Kita mulakan hari kita dengan bersyukurbpada allah kerana kita dberi sehari lagi untuk bernafas didunia pinjaman allah. Bersyukur masih berpeluang untuk melihat wajah wajah riang orang orang yang kita sayang...

Saya meng-google pagi2 ni..terjumpa perkongsian yang best ni tntang pintu rezeki.

-----------

1. MEMPERBANYAK ISTIGHFAR.Allah swt berfirman: “Maka Aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Robb mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, membanystak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Qs. Nuh: 10-12)

Al-Qurtubi berkata, “Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahwa istighfar merupakan salah satu cara diturunkan rezeki dan hujan.Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memperbanyak istighfar (memohon ampun pada Allah), nescaya Allah menggantikan setiap kesempitan menjadi jalan keluar, setiap kesedihan menjadi kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” ( Abu Daud)

2. BERTAKWA KEPADA ALLAH
Allah berfirman: “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (Qs. Ath-Thalaq: 2-3).Ibnu Katsir berkata, “Maknanya, barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan Nya dan meninggalkan apa yang dilarang Nya, nescaya Allah akan memberinya jalan keluar, serta rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya.”

3. BERTAWAKAL KEPADA ALLAHNabi Muhammad saw bersabda, “Sungguh, seandainya kalian betawakkal kepada Allah  dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung, mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar, dan pulang  di petang hari dalam keadaan kenyang.” (Ahmad dan Tirmizi)

4. RAJIN BERIBADAH
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam!, beribadahlah sepenuhnya kepada Ku, nescaya Aku penuhi (hatimu) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu. Jika kalian tidak lakukan yang sedemikian, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak aku penuhi keperluanmu (kepada manusia).” ( Tirmizi, Ahmad, dan Ibnu Majah).

5. HAJI DAN UMRAH
Firman Allah swt, “Lakukanlah haji dan umrah, kerana sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagaimana api dapat menghilangkan karat besi, emas, dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur kecuali syurga.” (Ahmad, Tirmizi, dan An-Nasa`i).

6. MENJAGA SILATURAHIM
Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaknya ia menyambung (tali) silaturahim.” (Bukhari).

7. BANYAK BERSEDEKAH
Allah berfirman, “Katakanlah: ‘Sesungguhnya Robb ku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki Nya di antara hamba-hamba Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki Nya)’, dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Qs. Saba`: 39).Rasulullah saw bersabda dalam hadis Qudsi, “Wahai anak Adam, bersedekahlah, nescaya Aku memberi rezeki kepadamu.” (Abu Daud).

8. MEMBANTU PENUNTUT ILMU
Disebutkan sebuah kisah, “Dahulu ada dua orang saudara pada masa Rasulullah saw. Salah seorang daripadanya mendatangi nabi dan (saudaranya) yang lain bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu pada nabi, maka Baginda saw bersabda, “Mudah-mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia.” (Tirmizi, Hakim).

9. MEMBANTU ORANG LEMAH
Rasulullah saw bersabda, “Bantulah orang-orang lemah, kerana kalian diberi rezeki dan ditolong lantaran orang-orang lemah di antara kalian.” (Muslim dan An-Nasa`i).

10. BERHIJRAH
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (Qs. An-Nisa`: 100).Moga kita sama-sama mengambil manfaat dan diberikan kemudahan oleh Allah untuk melakukannya dengan istiqamah.

Sumber: http://notesanom.wordpress.com/2012/09/12/10-pintu-rezeki/

------------------

Semoga kita dapat ilmu dari perkongsian ni dan jom kita sama sama praktiskan k ♡♥♡

Nota chenta: jom bershaklee jom.. badan sihat.. hati riang  ..

Salam sayang,
Isyah
Pengedar sah shaklee
Id 888805
Fb: www.facebook.com/isyahsabela
Hp: 0172505401