Saturday 29 November 2014

Ekzema & Shaklee #1

Ekzema.
Satu alahan kulit yang dialami anak sya hingga kini. Dulu krim Elomet jadi feveret. Dh tau steroid tinggi stop guna.

Dah lama...baru bagi OMEGA GUARD & sapu HERBAL BLEND sikit2, nipis. Bukan untuk menyembuhkan tapi ia mampu mengawal dari terus merah merah.

Kalau dia berpeluh lebih, muncul la bintik bintik ruam dia. Dan kalau lama dalam "panas" lagi teruk. Tu yang tepung ubi jadi bedak. Bedak botol merah tu pun kena ada.

Apa yang penting terkawal!





Kesian tau tengok anak tergaru garu. Menangis mengadu gatal pedih. Kita usaha, Allah yang menyembuhkan.

xoxo,
Aishah
Rakan Shaklee Anda
0172505401
www.facebook.com/isyahsabela

Tuesday 18 November 2014

Omega Guard ; Promosi November 2014

Sungguh nak buntang mata kalau ada promosi. Promosi baju, cepat je mak ayah borong. Promosi kasut pun berlari lari nak cari size.

Nah promosi minyak ikan yang sah sah ternyata sangat baik untuk kesihatan mak ayah dan semestinya anak anak. KEBIJAKSANAAN BUKAN DARI GENETIK ATAU SESUATU YANG DIWARISI YE.

Omega 3 sah sah ternyata baik untuk Otak yang bijak. Siapa yang tak nak sentiasa fokus dan bijak kan.

Bulan November ni promosi kaw kaw untuk OMEGA GUARD. Jangan lepaskan peluang!




Salam Mesra,
Aishah
0172505401
www.facebook.com/isyahsabela

Monday 17 November 2014

SARAPAN SIMPLE SEDAP

Selamat pagi!
Selamat berhujung minggu.
Apa khabar semua? Semoga semua sihat dan ceria... WHAM macam saya ni biasalah. Otak dan badan jalan serentak.

Apa sarap korang? Tanya muhammad nak sarapan apa dia jawab telur. Huhuhu. Dia tak bole nampak telur. Bole habis sepapan dia sorang. Ya..saya tau tak baik untuk kesihatan dia. Back to sarapan.... Saya decide nak buat sarapan sandwich telur je.



Bahan Bahannya;
Roti - ikut la nak banyak mana
Telur
Mayonese
Tomato - dipotong dadu kecil
Lada hitam
Garam - bagi rasa rasa
Perahan Lemon - sikit ja dLM sesudu

Caranya;

1. Mula mula kita rebus telur dan lepas tu lenyek telur tu bagi hancur.
2. Bubuh mayonese dan gaul rata
3. Buh garam ikut suka rasa & lada hitam ikut sedap
4. Tambah kan tomato dan gaul lagi.
5. Peran lemon dan gaul lagi.
6. Akhir sekali..sapu la ataa roti.




Anak suka makan. Perut kenyang hati riang.





Selamat mencuba dan jangan skip sarapan ye.


Salam Mesra,
Aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda

Tuesday 11 November 2014

PEMAKANAN UNTUK IBU BREASTFEEDING

Pengalaman saya menyusukan anak anak penuh makna. Keduanya dilahirkan di HSB. Saya tak menyusukan diorang ni sejam selepaa dilahirkan tapi lps siap setel pindah naik wad. Mau ambik masa lebih sejam juga.

Ok..nak cite pasal susu ibu. Rata rata payudara ibu belum mengeluarkan susu tapi kolostrum. Kolostrum ni cecair kekuningan yang mengandungi air, protin, gula, vitamin, mineral dan antibodi yang membantu si manja melawan penyakit. Macam perisai la gitu.

Ibu yang menyusukan baby ni perlukan tenaga lebih dari ibu lain. Perlu makan makanan yang kaya dengan nutrisi untuk memastikan badan ibu kekal bertenaga dan sihat untuk penghasilan susu ibu yang mencukupi. Bayangkan ibu menyusu dalam keadaan yang letih lesu, tak bermaya? Yes....ibu akan merasa tertekan dan tekanan bole mengganggu penghasilan susu.

Susu ibu ni adalah makanan sempurna bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Tak perlu dah bagi nestum ka, air kanji apatah lagi susu tepung.



Ibu menyusu memerlukan protin. Protin dalam susu ibu mudah hadam jadi ibu memerlukan protin yang lebih dari orang biasa. Protin ni untuk tumbesaran bayi. Just imagine bila ibu terus diet slps melahirkan...hanya semata mata nak tubuh badan langsinh...si anak yang menjadi mangsa. Tau kan apa kesan kekurangan protin?

Ok..kalau ibu pening nak mencari sumber protin yang lengkap, ibu bole sangat cuba ENERGIZING SOY PROTIN.



Selain dari protin, ibu juga perlukan lemak. Kandu gan lemak dalam susu ibu berubah ubah dan banyak dipengaruhi oleh pemakanan ibu.

Asid Lemak Penting (Essential Fatty Acids) sangat baik dan perlu diambil ibu dari saat mengandung lagi. Sebab itu ibu yang hamil selalu digalakkan untuk makan ikan. Ikan mengandungi asid lemak penting ni yang kita panggil minyak ikan. Minyak ikan ini memainkan peranan dalam perkembangan otak bayi, fungsi saraf dan mata serta pertumbesaran yang sihat.





Apa jua yang dimakan ibu, akan disalur kepada bayi melalui susu ibu. Jadi ibu kena la makan makanan yanh bersesuaian. Ada makanan yang OK dimakan ibu tapi si anak kembung dan sebaliknya. Namun, bagaimana pun sumber utk mendapatkan segala vitamin adalah dari apa yang ibu makan. Setiap apa yang ibu makan, akan mempengaruhi susu ibu.

So, pastikan pemakanan ibu mengandungi bijirin lengkap, kaya dengan nutrisi yang diperlukan, buah buahan dan sayuran pelbagai warna.

I love breastfeeding!

Aishah
0172505401
Rakan Nutrisi Anda

Friday 7 November 2014

Donut Simple Special Without Telur

Dalam cuaca sejuk perut kriuk kriuk lapar. Anak duk ngendeng nak makan. Nak makan nasi? Mungkin tak la. Nak makan mee goreng? Bole juga...tapi bahan tak ada. Hahaha...

Tapi....tepung, yis, majerin semua ada. Apa lagi...jom mendonut. Tapi specialnya saya tak letak susu tepung macam sesetengah resepi. Tapi saya letak MEAL SHAKE SHAKLEE. Ahaks....berdonut vanila kita.

Ok...jom kite tengok bahan bahan dia:-

~tepung gandum 2 cawan (ikut la korang nak berapa cawan)
~ majerin 1 sudu (saya guna jenama Planta je)
~ garam sikit
~ gula sikit
~ 2 sudu makan Meal Shake yang sedap itu
~ mauripan sepeket
~ minyak masak untuk menggoreng (saya guna Alif)

Sebelum mula menggaul semua bahan, bancuh la mauripan tu dengan air suam. Dah nampak berbuih bole la mengadun. Gaul semua bahan rata sekata. Sampai dah tak melekit.









Dah uli cantik..rasa puas hati. Bole la ready untuk bentuk kan donut. Tak kisah la nak guna kreativiti sendiri atau guna cetak yg sedia ada jual.





Saya guna papan pemotong bulat ni khas untuk saya lenyek adunan kuih muih. So..saya tekan tekan sikit doh atas papa ni..then saya cetak. (>y<)



Taraaaa..... Dah siap cetak. Ready untuk menggoreng. Panaskan minyak. Ikut la banyak mana minyak korang nak guna. Sekejap je goreng donut ni. Tapi sebab anak dara kecik tu bangun dari tidur, jadi gorengan donut pun terlebih kaler. Hihihi





Lembut. Sedap. Garing di luar. Muhammad makan mac perrhhh sedap bangeett. Air tangan mak memang sedap weii...Happy trying ye semua.

Takde meal shake bole order dari saya tau (●´∀`●)

Salam ceria,
Aishah
www.facebook.com/isyahsabela
posted from Bloggeroid

Istiqamah : Makna dan Kebaikkannya

Sikap istiqamah (tetap) beramal adalah benteng iman yang keempat. Seseorang yang memiliki sikap ini sebenarnya telah mendirikan benteng untuk mengawal imannya daripada gangguan musuh. Sebaliknya, tanpa sikap ini seseorang telah membuka satu pintu kepada musuh-musuhnya untuk masuk ke hati dan merosakkan imannya. Bagaimana ini boleh terjadi?

Telah dikatakan berulang kali bahawa tujuan ibadah serta membersihkan hati itu adalah untuk membuahkan iman dan akhlak. Kalau tidak begitu, ibadah itu tidaklah bererti apa-apa. Amalan yang membuahkan iman dan akhlak itu adalah benteng yang menjaga iman. Maka melaksanakannya secara tetap dan berterusan akan menetapkan iman dan akhlak itu pada hati kita. Sebaliknya, kalau amalan yang berbuah itu dilakukan sekalisekala dan tidak berterusan, maka tentulah iman itu juga tidak terjamin keselamatannya. Di waktu amalan itu kita lakukan, iman akan tinggi tetapi ketika amalan itu ditinggalkan, iman akan menurun atau merosot.

Oleh itu supaya iman sentiasa ada dan stabil, sikap istiqamah beramal adalah penting. Ia akan bertindak sebagai benteng yang dapat memelihara dan menyelamatkan iman daripada serangan musuh terutama nafsu dan syaitan. Sabda Rasulullah SAW: “Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berterusan (berkekalan) walaupun sedikit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang penting dalam beramal ialah mengekalkan amalan itu. Kalau tidak mampu berbuat banyak amalan, cukuplah sedikit, asal dikekalkan (istiqamah), daripada banyak amalan tetapi tidak kekal. Contohnya, membaca Al Quran, cukuplah lima baris sahaja tetapi dibuat tiap-tiap hari daripada lima juz sekali baca tetapi dibuat sebulan sekali. Sembahyang sunat pula, cukuplah dua rakaat tiap-tiap malam daripada seratus rakaat tetapi sebulan sekali. Begitu juga dengan sedekah. Biar hanya 10 sen setiap hari daripada RM10 tetapi setahun sekali.

Kebaikan dari sikap istiqamah ini ialah:

1. Amalan yang dibuat secara istiqamah akan berkesan. Umpama setitik air kalau terus-menerus memukul batu, lama-kelamaan akan melekukkan batu. Sebaliknya kalau banjir sekalipun yang datang tetapi hanya sekali datangnya, tentu tidak berbekas pada batu.

2. Tujuan beramal dan membersihkan hati agar iman dan akhlak subur. Setiap kali kita beramal kita akan merasai nikmat buahnya itu. Jadi kalau sesuatu amalan itu kita kekalkan, maknanya kita akan sentiasa dapat menikmati nikmatnya. Nikmat inilah yang akan memelihara iman kita.

3. Musuh kita terutama nafsu dan syaitan tidak pernah rehat daripada memusuhi kita. Dengan istiqamah, barulah seim-bang pertahanan kita terhadap musuh-musuh itu. Makna-nya kita juga tidak pernah berehat mempertahankan iman dan akhlak kita.

Imam Al Ghazali pernah mengingatkan, “Banyakkanlah olehmu akan amalan yang terasa berbekas di hati.”

Lain orang lain hatinya, maka lain pulalah minat dan kegemaran beramal. Ada orang seronok dengan zikir ‘alhamdulillah’. Maknanya bila sebut ‘alhamdulillah’ terasa di hati lazatnya zikir itu. Maka untuk orang ini banyakkanlah zikir itu. Orang lain pula rasa lazat dengan puasa. Maka banyakkanlah puasa sunat. Begitu juga ada orang yang terasa lazat dengan berfikir. Bila berfikir terasa bertambah iman. Maka banyakkanlah berfikir.

Kebaikan dari sikap ini ialah apabila sesuatu amalan itu dilakukan dengan suka dan rela, ia akan lebih berkesan dan tidak menjemukan. Orang yang beramal kerana terpaksa dan ikut-ikutan atau secara jahil dan tidak faham falsafah ibadah itu, tidak akan memperolehi apa-apa kesan baik. Sebaliknya akan mudah terasa jemu. Orang yang jemu beramal akan putus hati dengan Allah. Bila putus hubungan hati dengan Allah, bermakna orang itu sedang berada dalam kemurkaan Allah. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi: “Hai hamba-Ku, mengapa kamu jemu beramal sedangkan Aku tidak pernah jemu memberi pahala padamu?”

Allah SWT sentiasa bersedia untuk melimpahkan rahmat dan pahala pada kita tetapi mengapa kita tidak mempedulikan-Nya? Untuk mengelak dari sikap itu, kita mesti berhati-hati dalam beramal. Jangan beramal kerana ikut-ikut orang dan kerana terpaksa. Tilik dahulu hati dan minat kita, kemudian pilihlah amalan yang betul-betul sesuai. Barulah dilakukan amalan itu. Kalau tidak, lama-kelamaan penyakit jemu beramal akan menyerang kita.

Bila jemu, banyaklah perkara yang boleh berlaku. Ada yang langsung meninggalkan amalan itu. Ada pula yang langsung benci dengan Islam. Ada yang kadang-kadang buat, kadang-kadang tinggalkan. Sebab itu, banyak berlaku orang lari meninggalkan jemaah Islam, pergi meneruskan hidup yang sesuai dengan kehendak nafsu dan syaitan.

Dalam beramal elok dipraktikkan teori: “Biar sedikit tetapi banyak jenis daripada banyak tetapi satu jenis.”

Mencari keuntungan Akhirat samalah seperti mencari keuntungan di dunia. Di dunia macam-macam yang kita buat seperti berniaga, tanam padi, tanam sayur, tangkap ikan, ternak kambing dan lembu. Kalau satu daripada usaha-usaha itu mengalami kerugian, kita masih boleh bergantung pada usaha-usaha yang lain. Tetapi kalau kerja kita satu jenis sahaja, katakanlah berniaga sahaja, tiba-tiba kita rugi, akan menderitalah kita waktu itu.

Begitulah juga halnya dalam mencari keuntungan hidup di Akhirat. Elok kita beramal banyak jenis selain yang difardhukan seperti sembahyang, puasa, sedekah, zikir, baca Quran, tolongmenolong, berkhidmat, berdakwah dan lain-lain yang dianjurkan oleh syariat. Katalah ada di antara amalan itu tidak diterima oleh Allah, waktu itu masih ada lagi amalan yang lain boleh kita harapkan. Tetapi kalau satu jenis sahaja amalan, tiba-tiba yang satu itu tidak diterima, apalagi yang boleh diharapkan? Oleh itu cuba jangan tumpukan amalan kita pada satu jenis sahaja. Usahakan supaya banyak jenis. Biarlah sedikit asalkan istiqamah.

Sumber: www.usahataqwa.com

posted from Bloggeroid

Wednesday 5 November 2014

10 Tips Untuk Kesuburan

Tips ni perkongsian dari sebuah buku yang sangat menarik dan berbaloi di baca, Allah Doktorku, oleh Mukhlas Asy Syarakani Al Falah.



Ok. Tak nak buang masa korang baca tips yang saya kongsi kan ni ok. Moga beri manfaat kepada semua para isteri dan para suami.

10 Tips Untuk meningkatkan kesuburan:-

1. Fahami Process Kehamilan
√ memahami bagaimana sistem pembiakan berfungsi untuk menjadikan pasangan suami isteri lebih peka kepada faktor kesuburan.

2. Jumpa Doktor
√ bagi memastikan diri dan pasangan bebas dari masalah kesuburan dan untuk segera dapatkan rawatan.

3. Berat Badan Yang Ideal
√ berat badan berlebihan atau berkurangan juga menyumbang kepada kesukaran untuk hamil.

4. Ketahui Waktu Subur
√ hari subur seorang wanita tak lama, sekitar 4-5,hari sebulan dan dengan tahu dengan tepat hari subur meninggikan lagi peluang untuk hamil.




5. Kesuburan Suami
√ mengamalkan cara hidup yang sihat dapat mengekalkan kesihatan reproduktif sang suami pada kadar yang optimum

6. Multivitamin
√ wanita disarankan untuk mengambil vitamin termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan pada janin dan suplemen zink kepada suami untuk meningkatkan pengeluaran sperma.



7. Bersenam
√ bersenam secara konsisten adalah perlu untuk persediaan bagi menghadapi tekanan semasa hamil dan bersalin.

8. Makanan yang seimbang
√ menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang penuh nutrisi dan yang menyumbang kepada kesuburan seperti kacang pea yang kaya dengan asid folik dan tiram yang kaya
 dengan zink.



9. Kurangkan Tekanan
√ terlalu tertekan bole menyebabkan badan letih dan minda tidak fokus. Jadi lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan dan haruslah sentiasa positif sebaiknya.

10. Jauhi Dadah, Rokok dan Minuman Keras
√ rokok, dadah dan minuman keras bukan sahaja memberi kesan buruk pada kehidupan malah turut menjejaskan kesuburan dan boleh meningkatkan risiko keguguran atau kompilasi lain semasa hamil.





Tips yang kalau baca nampak remeh tapi sebenarnya semua tu adalah fakta yang mesti ditangani dengan baik. Dengan kemajuan dan ketinggian teknologi, kalau tak dijaga badan dengan baik, bukan sahaja mengundang masalah kesuburan malah pelbagai masalah kesihatan lain.

Apapun..nasihat say pada kaum hawa yang punya masalah period tak sekata, period sehari dua sahaja, pcos, cyst, fibroid, terlalu berat dan terlalu ringan, jangan ambil mudah.

Moga apa yang saya kongsi beri manfaat kepada semua.

Salam sayang,
Aishah
Breastfeeding-Holic
0172505401

posted from Bloggeroid

Sunday 2 November 2014

Cahaya Sarah #1

Alhamdulillah. Pejam celik dah 8 bulan mek kecik tu. Macam tak percaya. Teringat bila dia tak bergerak satu hari suntuk. Even dihospital doktor gegar pun takde respond. Mujur masih nampak denyutan jantung. Doktor tak cakap ok atau tak ok cuma doktor kata "look normal".

Induce! Sakit bersalin yang dipaksa menggunakan ubat. Ya...itu yang doktor advise. Diskus dengan encik somi and okla, setuju untuk keselamatan baby. Kuasa Allah...kita tak tau apa rancangan yang disediakan. Sebelum diberi ubat induce, pemeriksaan dibuat sekali lagi. Alhamdulillah... Bukaan dah 4cm so tak payah la nak paksa paksa sakit untuk beranak.

Sekarang dah 8 bulan yang osem. Sekarang juga dah bole duduk dengan baik tanpa sokongan. Sesekali la tergolek debuk. Dah bole berdiri dengan baik ...op kos la dengan berpegang pada sesuatu. Seperti contoh kaki mama, kerusi (>y<)

Cahaya dah bole merangkak dengan laju giler. Mainan yang tinggi pun dia usaha nak capai. Sebut perktaan macam macam .. "Tata" "mama" "dada" ...dia je la tau apa kah maksudnya... Dan ligat dan lasak. Nak tukar pampers or pakai baju ya ampun...bergolek sakan kami...memang dia rela "one tone" hihihi. Bila kita kata "no"..."tak bole"...dia nampak faham tapi tetap buat. Heee...normal la. Baby. Even yang dah tua bangka pun kalau kata "no" tetap buat kan.. Kan..?

Alhamdulillah. 8 bulan yang meriah. Apa lagi nak kata. Syukur dimudahkan untuk mengandung dan bersalin.








Nah..tu dia mek kecik tu. Cahaya....penuh ceria. Sepanjang pregnant tak makan vitamin lain, 100% shaklee. Vitalea, B complex, Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan Energizing Soy Protin. Alhamdulillah. HB maintain. Isu kencing manis tak ada tau sedangkan sya ada history melahirkan anak 4.1kg secara normal. Berat over 80kilo.

Takde masalah alahan, ruam susu macam abang baby. Suke giler! Yelah...nanti jenuh nak ke klinik bagai.

Ibu ibu tak percaya tak apa. Bole buat carian sendiri dan makan untuk rasai dan alami kesan nya.

Kalau pening dan susah nak cari atau tak tahu macam mana, bole je pm saya. Jangan segan silu. Sharing is caring.

Salam ceria,
Aishah
~ happy mama ~
Rakan Shaklee Anda
0172505401
www.facebook.com/isyahsabela

posted from Bloggeroid