Sunday 22 December 2013

Omega Guard Shaklee

24  KEBAIKAN OMEGA 3 DI DALAM OMEGA GUARD SHAKLEE untuk dikongsi
 dengan korang semua:
1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout 

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
》Mencegah insomnia
》Mengurangkan tekanan emosi
》Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
》Membantu memperbaiki masalah autism
》Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
》Mengurangkan masalah schizophrenia
》Masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak 

Omega ni best untuk whole family dari golongan kanak-kanak sehinggalah golongan tua. 
Lelaki atau perempuan. Utk kanak kanak. kita  match kan dengan meal shakes shaklee dan ia sangat membantu sistem imun. Boost selera makan. Help masalah alergik..asthma dan banyak lagi.

Untuk pertanyaan atau belian, bole call atau PM nombo yang diberi ye. 

salam Mesra,
aishah
0172505401





Tuesday 17 December 2013

Istimewanya Produk Shaklee

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

sumber: http://www.shaklee.com.my/bm/difference.asp


Pengedar Sah Shaklee
ID 888805
0172505401

Friday 13 December 2013

Omega Guard Shaklee - Minyak Ikan Yang Selamat

Biasa dengar kan DHA....
Selalu iklan susu, disebut sebut DHA ni....

Meh kita story sikit...

DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90 peratus daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu!

Semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibu. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantug kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.
Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pralahir yang mereka ambil.



Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu (susu ibu), dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi.


Kajian menunjukkan pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap perkembangan bayi, dari segi:
~ Penyelarasan mata dengan tangan
~ Kemahiran gerakan bermotor
~ Jangka tumpuan yang lebih panjang
~ Markah IQ yang lebih tinggi

Nota Cinta...::
Pastikan diet yang sihat dan seimbang semasa mengandung dan semasa menyusu adalah amat penting bagi kedua-dua ibu dan bayi. Selain daripada mengambil dos-dos DHA harian, ibu mengandung dan menyusu seharusnya juga mengambil suplemen pra lahir yang mengandungi lebih tinggi kalsium, zat besi dan asid folik untuk menampung keperluan yang sedang meningkat pada saat-saat penting ini, maka dengan itu memberikan bayi anda asas yang baik untuk memulakan hidupnya kelak.


OMEGA GUARD SHAKLEE & Kandungannya



Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

lebih DHA & EPA dari brand lain

sangat membantu anak anak

peranan DHA & EPA untuk otak

omega guard shaklee

antara kebaikkan nya
Selamat untuk ibu hamil dan bayi serta sangat membantu ibu ibu menyusu kerna ia mampu membakar lemak :))


Salam ceria,


0172505401
pengedar sah shaklee

Friday 6 December 2013

Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting ; Terutamanya Semasa Mengandung?

• Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3  yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
• Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya. 

-------------------
Sedikit info yang sya dapat masa duk google ttg khasiat minyak ikan. Uols please make sure minyak ikan yg uols beli adalah MINYAK IKAN...bukan LEMAK IKAN...
Omega guard shaklee mengandungi 90% minyak ikan lebih dari jenama lain. Cuba check kat sini info lain dan kurus dengan omega guard shaklee

Berminat untuk tahu lebih lagi???
Boleh call saya atau hubungi saya di facebook :)

Sekian ♥
Isyah
Pengedar sah shaklee (id 888805)
www.facebook.com/isyahsabela
Hp: 0172505401

Sunday 6 October 2013

Perlu Dielak Semasa Hamil

Ketika hamil ada banyak perkara yang bakal mama perlu lupakan seketika. Semuanya demi memastikan janin yang dikandung membesar sihat dan sempurna dalam rahim ibu. 

* Lipstik - Jika anda suka memakai lipstik, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam lipstik jika tertelan boleh membahayakan janin. 

* Krim pemutih - Lupakan seketika krim pemutih. Kandungan bahan kimia dalam krim pemutih boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin. 

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah hamil? Jangan risau, ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon ketika hamil. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Atasi masalah jerawat setelah melahirkan bayi nanti. 

* Pewarna rambut – Anda gemar  bertukar warna rambut? Oh, seeloknya berhenti melakukannya sebaik hamil, terutama pada trimester pertama kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan. 

* Kasut bertumit – Lupakan seketika gaya bertumit tinggi anda. Pertambahan usia kehamilan membuatkan berat badan semakin bertambah. Jadi ia mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

-----------
Masa hamil memang banyak benda agak terbatas untuk seorang wanita itu buat. Tapi bole dilakukan seperti bersenam tapi jangan la yang lasak lasak....
Makanan perlu dijaga... penampilan.. kelakuan serta tutur kata juga kena jaga sebaiknya...

Hamil itu mengujakan
Saat melahirkan mendebarkan
Menyusukan penuh dugaan dan cabaran..
Kita enjoy dengan kesabaran!

Nota chinta: jom kita amalkan kehidupan sihat.. mari kita upgrade dengan suplemen shaklee

Salam sayang,
Isyah
Pengedar sah shaklee
Id 888805
Fb: www.facebook.com/isyahsabela
Hp: 0172505401

10 Pintu Rezeki

Selamat hari ahad semua :)
Kita mulakan hari kita dengan bersyukurbpada allah kerana kita dberi sehari lagi untuk bernafas didunia pinjaman allah. Bersyukur masih berpeluang untuk melihat wajah wajah riang orang orang yang kita sayang...

Saya meng-google pagi2 ni..terjumpa perkongsian yang best ni tntang pintu rezeki.

-----------

1. MEMPERBANYAK ISTIGHFAR.Allah swt berfirman: “Maka Aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Robb mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, membanystak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Qs. Nuh: 10-12)

Al-Qurtubi berkata, “Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahwa istighfar merupakan salah satu cara diturunkan rezeki dan hujan.Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memperbanyak istighfar (memohon ampun pada Allah), nescaya Allah menggantikan setiap kesempitan menjadi jalan keluar, setiap kesedihan menjadi kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” ( Abu Daud)

2. BERTAKWA KEPADA ALLAH
Allah berfirman: “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (Qs. Ath-Thalaq: 2-3).Ibnu Katsir berkata, “Maknanya, barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan Nya dan meninggalkan apa yang dilarang Nya, nescaya Allah akan memberinya jalan keluar, serta rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya.”

3. BERTAWAKAL KEPADA ALLAHNabi Muhammad saw bersabda, “Sungguh, seandainya kalian betawakkal kepada Allah  dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung, mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar, dan pulang  di petang hari dalam keadaan kenyang.” (Ahmad dan Tirmizi)

4. RAJIN BERIBADAH
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam!, beribadahlah sepenuhnya kepada Ku, nescaya Aku penuhi (hatimu) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu. Jika kalian tidak lakukan yang sedemikian, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak aku penuhi keperluanmu (kepada manusia).” ( Tirmizi, Ahmad, dan Ibnu Majah).

5. HAJI DAN UMRAH
Firman Allah swt, “Lakukanlah haji dan umrah, kerana sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagaimana api dapat menghilangkan karat besi, emas, dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur kecuali syurga.” (Ahmad, Tirmizi, dan An-Nasa`i).

6. MENJAGA SILATURAHIM
Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaknya ia menyambung (tali) silaturahim.” (Bukhari).

7. BANYAK BERSEDEKAH
Allah berfirman, “Katakanlah: ‘Sesungguhnya Robb ku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki Nya di antara hamba-hamba Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki Nya)’, dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Qs. Saba`: 39).Rasulullah saw bersabda dalam hadis Qudsi, “Wahai anak Adam, bersedekahlah, nescaya Aku memberi rezeki kepadamu.” (Abu Daud).

8. MEMBANTU PENUNTUT ILMU
Disebutkan sebuah kisah, “Dahulu ada dua orang saudara pada masa Rasulullah saw. Salah seorang daripadanya mendatangi nabi dan (saudaranya) yang lain bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu pada nabi, maka Baginda saw bersabda, “Mudah-mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia.” (Tirmizi, Hakim).

9. MEMBANTU ORANG LEMAH
Rasulullah saw bersabda, “Bantulah orang-orang lemah, kerana kalian diberi rezeki dan ditolong lantaran orang-orang lemah di antara kalian.” (Muslim dan An-Nasa`i).

10. BERHIJRAH
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (Qs. An-Nisa`: 100).Moga kita sama-sama mengambil manfaat dan diberikan kemudahan oleh Allah untuk melakukannya dengan istiqamah.

Sumber: http://notesanom.wordpress.com/2012/09/12/10-pintu-rezeki/

------------------

Semoga kita dapat ilmu dari perkongsian ni dan jom kita sama sama praktiskan k ♡♥♡

Nota chenta: jom bershaklee jom.. badan sihat.. hati riang  ..

Salam sayang,
Isyah
Pengedar sah shaklee
Id 888805
Fb: www.facebook.com/isyahsabela
Hp: 0172505401

Tuesday 24 September 2013

Updating The Blog

(",)
Selamat malam...
2013 sangat pantas berlalu....
Pejam celik skrg dah masuk hujung september...
Perjalanan sya dalam Shaklee jugak alhamdulillah.
Dengan sokongan suami, mak, adik beradik serta kawan kawan.... buat sya sangat terharu. Terutama kepada upline sya... nazura! Dia seorg yg tegas garang tapi ikhlas dalam membantu.
Walau apa org kata ttg MLM... ternyata Shaklee satu MLM yang berbeza...

Sungguh sya tidak terbeban sepanjang  berada dal dunia shaklee.  Ramai yang kata mereka (rakan rakan yg sudah berjaya ) hanya berkata manis tapi hakikatnya mereka di luar sana tidak tahu bagaimana keadaan mereka.

Alhamdulillah...
Sya akan terus membantu kepada mereka yg memerlukan...

Untuk sebarang pertanyaan tentang Shaklee sama ada untuk pembelian atau apa saja.. jangan segan silu utk bertanya sya...

Salam sayang,
Aishah
Fb : www.facebook.com/isyahsabela
Hp: 0172505401

Monday 9 September 2013

Penyusuan Susu Ibu

Berniat mahu menyusukan anak sehingga 2 tahun? Alhamdulillah and syabas. U have made a good choice...

Sedikit perkongsian mengenai penyusuan secara ekslusif......

Sepertimana yang kita tahu, Penyusuan ibu secara ekslusif adalah jangan berikan bayi yang baru lahir (enam bulan ke bawah) sebarang makanan tambahan seperti air kosong, susu formula atau lain lain selain susu ibu. Pastikan anda menyusukan bayi secara kerap dan tanpa had. Ini adalah penting bagi memastikan penghasilan susu yang optimum. Jangan la kita, perkenalkan bayi yang baru lahir dengan puting tiruan sebelum bayi berusia sebulan bagi mengelakkan bayi kita keliru puting. 

Memberikan susu badan berselang seli dengan susu formula [bagi bayi berusia enam bulan ke bawah] sememangnya akan mengundang masalah kekurangan susu badan. Ini kerana, anda sudah memberi bayi anda pilihan. Penyusuan dari botol dan menyusu dari ibu, sangatlah berbeza dari segi aliran susu serta cara hisapan. 

Bila penyusuan melalui botol diperkenalkan dari awal kelahiran, maka tidak hairan la sekiranya bayi anda menolak untuk menyusu secara terus dari ibu.

Sedikit tips untuk uols yang gigih dalam penyusuan badan...

  • 1. cuba beberapa posisi sehingga dapat posisi yang selesa bagi bayi dan ibu. Sebagai contoh posisi cross cradle atau football hold. 
  • apabila bayi dah selesa, lekapkan bayi ke breast selama lebih kurang 10 minit. Kalau baby meragam, menangis dan menolak, kurangkan masa lekapan. Jangan sesekali memaksa sebab itu hanya akan mebuat bayi menolak terus.
  • semasa bayi menyusu, cuba buat breast compression atau mengurut payu dara sewaktu bayi menyusu supaya aliran susu lebih laju. 
  • jika bayi tidak mahu langsung menyusu badan ataupun menyusu secara efektif, iaitu menghisap dua atau tiga kali dan seterusnya berhenti, maka jalan yang terbaik adalah dengan mengepam susu bagi merangsang aliran susu bagi memastikan penghasilan susu badan sentiasa ada
  • sekiranya masih bermasalah, segera dapatkan bantuan dari pakar laktasi .... bole try Malaysian breastfeeding peer counselor

Skiranya korang sedang mencari makanan tambahan bagi membantu penyusuan badan, bole juga hubungi saya di facebook atau pun terus ke talian saya.

Penyusuan ibu memerlukan keyakinan dan kesabaran yang tinggi.. saya pasti anda bole... kerana saya sudah! 

salam sayang,

Pengedar Sah Shaklee - ID 888805
Hp : 0172505401
FB : www.facebook.com/isyahsabela

Friday 6 September 2013

Kenapa Saya Pilih Shaklee

Salam semua..
Apa khabar? Hope semua sihat and happy...
Me and my family semua sihat... and i am happy to share with all of you that i am pregnant again :))  yeayyy... Ahli bertambah, suka nyeee

Ok.. saya ni nak berkongsi sedikit kenapa saya pilih shaklee? kenapa tak lain??  Terus terang saya katakan... saya takde fikir panjang semasa buat keputusan nak join shaklee... Masa tu saya cuma fikir " aku nk resign and nk buat sesuatu kat rumah...." maknya TAK NAK SAJE SAJE JADI SURI RUMAH.. tak salah dan tak rugi jadi suri rumah. Ramai je kawan kawan saya yang belajar tinggi dan bekerjaya stay at home :p Bersyukur suami pun menyokong... Oh so heaven....

Kenapa saya pilih shaklee.....????
Shaklee ni MLM... semua tau MLM tu apa.. dan saya tau bila kita sebut MLM, first thing yang kluar di fikiran adalah sistem piramid... sesuatu yang x lama dan merugikan... Tapi Shaklee BUKAN MLM yang begitu.... Dengan Shaklee jelas dan nyata saya tak perlu nak buat loan beribu ribu seperti sesetengah MLM lain. Yuran keahlian murah.. cuma RM75.

Sepanjang saya join Shaklee... saya tak pernah disuruh dan dipaksa oleh "mommy" saya [panggilan manis utk upline] untuk buat stok dan tak pernah sekali dikerah untuk mencari orang bawah [downline].. Seronok rasanya.. Langsung tidak terbeban.. dan sedikit pun tidak rasa dibebani.... mommy cakap "bila kita dah bersedia, allah akan datangkan anak anak tu kepada kamu".... itu lahh... betul kata mommy... kalau kita tak bersedia, mcm mana kita nak ajar dan guide downline kita dengan baik???

Sepanjang bersama Shaklee... bonus shaklee tak pernah tetap :))
Memang tak pernah tetap even sekali pun... setiap bulan MENINGKAT... wow gila! hee... Tak percaya takpe.. itulah hakikatnya...
Bonus pertama saya rm23 je .... skrg alhamdulillah dah 4 angka.... dan tak sabar nak join 5 angka....

Sistem shaklee adil... kalau tidak masakan ada ustaz ustazah, ada cikgu, ada doktor, enginerr, arkitek, peguam dan macam macam lagi golongan dalam Shaklee...

Sistem shaklee bukan upline kerah tenaga downline dan upline goyang kaki! Oh tidak sama sekali!!! Dalam Shaklee.. "kau buat, kau dapat...kau tak buat, habuk pun tarak".... itula utk tak kira upline or downline...

Mommy saya jauh di Johor... tapi dengan sms/wassup/facebook saya rasa dekat dengan dia. Dia banyak tunjuk ajar bebel dan mcm macam perkongsian lagi. Dia seorang peguam, skrg suri rumah dan juga sedang hamil.... dalam Shaklee, saya dapat kenal dan jumpa ramai kawan baru yang sangat positif. Saling bantu membantu.. berkongsi!

ohoho... cukup dulu sedikit perkongsian kenapa saya pilih shaklee... Ada banyak lagi yang akan dikongsi bersama...

Shaklee sentiasa berkesan!!

Salam sayang,
isyah
pengedar sah shaklee malaysia
id 888805
0172505401
www.facebookom/isyahsabela

Wednesday 3 July 2013

Kolagen shaklee - Menegang & Memberi Seri

Alhamdulillah...
Pejam Celik, tak lama je lagi masuk bulan Puasa. Masa ni ramai yang berkira nak diet untuk kuruskan badan, nak cantikkan muka, nak gebukan kulit. 
Apa yang korang buat untuk semua tu? Ye...cut makan kan? Jangan... makan la sedikit. Atau ambik suplemen yang natural, organik dan beri kesan yang baik.  Bukan beri kesan dalam masa seminggu dua.. itu racun uolss...

Ok.. ni i nak share tentang kolagen! Nak raya, nak cantik...sure pakat2 kan mana nak cari produk yg beri kesan yang kaw kaw serta menyihatkan sendi sendi dan badan. Pilihan saya, serbuk kolagen shaklee

kolagen best

Collage Powder Shaklee terbukti berkesan untuk:

a] Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
b] Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
c] Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
d] Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
e] Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
f] Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
g] Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
h] Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
i] Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

kebaikkan yang menarik kan? rugi sangat kalau tak cuba

mudah saja nak cantik dan sihat dalam masa yang sama. Kita yang tentukan sebab kita yang kawal diri kita. Pilih yang baik berkualiti dan beri kesan yang mabeles. Tidak ada sapa rugi kalau pilihan kita yang terbaik!... Muka cantik.. badan cantik.. sihat... haiiii laaa.. lapang dada! Cantik kan lagi dengan kelakuan yang baik dan iman yang tebal! Terbaekkkk ^_^


Untuk order kolagen shaklee ni mudah saja, korang bole call/sms saya atau PM saya di facebook. Sekiranya nak beli sendiri di branch shaklee, bole la ke branch shaklee yang berdekatan dengan u all ok!  
sayang sayang selalu :))
Pengedar Sah Shaklee - ID 888805
Hp : 0172505401
FB : www.facebook.com/isyahsabela
Page : www.facebook.com/dietwithlove

Thursday 30 May 2013

VIVIX SHAKLEE - Tonik Anti Penuaan

Salam semua!
Hari ni saya nak bercerita tentang VIVIX.
Apa itu VIVIX? Secara ringkasnya, VIVIX ni ialah satu jenis cecair yang berwarna kemerahan. VIVIX merupakan satu suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia. Kenapa saya kata terbaik di dunia? Sebabnya simple, VIVIX MAMPU MENYERAP MASUK KE DALAM DNA KITA. Haaaa..... mana nak dapat macam tu! Hanya VIVIX SHAKLEE. Sudah bertahun tahun penyelidikan tentang VIVIX ni dijalankan, dibangunkan oleh Syarikat No 1 suplemen makanan di Amerika. 

Vivix ni ada 1001 khasiat yang sangat baik untuk tubuh badan kita. Kita bulan mahu melawan takdir, tapi kita nak hiudp yang sihat dan ceria kan. jadi tak salah kalau kita berusaha untuk menaik taraf tahap kesihatan diri kita dan keluarga tersayang. Betul tak?
hanya sesudu teh vivix sekali sehari

Dalam pembuatan VIVIX..kesemua bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi dan hanya yang semula jadi. ...

1..:: Anggur Muscadine

sizenya lebih besar dari size biasa -  size bola golf

Anggur ini adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom berbanding anggur biasa 19 kromosom. Kelebihan kromosom itulah yang memberi dan menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan. Anggur ini bersifat anti oksidan yang SANGAT TINGGI .  40 kali lebih tinggi khasiat dari anggur biasa, maka tidak hairan harganya sangat mahal. Dan anggur jenis ini lebih berkesan melawan radikal bebas. 

2..:: Polygonum Cuspidatum - juga dikenali sebagai KNOTWEED JAPAN  


ini la rupa knotweed jepun tu

Polygonum Cuspidatum ni banyak di jumpai di Amerika Utara dan Eropah.  Polygonum Cuspidatum ni banyak digunakan dalam perubatan tradisional cina.  Ianya memberi banyak manfaat dalam suplemen anti penuaan. 

Japanese knotweed ataupun POLYGONUM CUSPIDATUM adalah RESERVERATOL l atau penjelasan manjanya adalah AGEN ANTI PENUAAN YANG UNGGUL DAN TERBAIK dari sumber alam semulajadi yang unik. 

3..:: ELDERBERI EROPAH 


kecik kecik je kan berries ni.. geram je :)

ELDERBERRY ni terbukti berkesan dalam mengubati masalah flu dan jangkitan virus dan bakeria seperti influenza B. Selain itu, ia juga mampu mengukuhkan sistem imun badan kita kerana ia menggandungi flavonoids. Buah beri ini bukan hanya mempunyai antioksidan yang kuat, malah kaya dengan vitamin A, B dan C. Ia turut mengandungi asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. 

Selain dari kesan nya kepada masalah selesema, jangkitan kuman dan virus, ekstrak dari elderberi ini juga terbukti memberi kesan yang baik kepada masalah batuk, diabetics, penyakit kardiovaskular, jantung, strok. Buah ini juga dapat merendahkan tahap kolestrol serta mampu mengurangkan stress, membantu masalah penglihatan dan masalah penghadaman. 

4..:: LOBAK UNGU @ PURPLE CARROT


ungu menawan :)
LOBAK UNGU ... sumber terbaik Vitamin A. Dalam lobak ungu ada anthocyanins yang bertanggungjawab memberi warnna yang menyala seperi merah dan ungu dalam buah buahan dan sayur sayuran.

Elderberi dan Lobak Ungu pula mengandungi POLIFENOL yang memberi antioksida yang kuat, antibiotik semulajadi dan anti-flamasi yang tinggi. 


bahan aktif dan semulajadi dalam vivix

Apa manfaat Vivix untuk tubuh badan kita? Well, kalau nak cerita satu persatu, rasanya tak muat satu page. Tapi secara ringkasnya, VIVIX BEST!  

Antara MANFAAT VIVIX secara UMUMNYA.......
1..: Menggalakan rangsangan PENUAAN YANG SIHAT
2..: Membantu dalam menghalang KANSER
3..: Mengurangkan risiko PENYAKIT JANTUNG
4..: Mengurangkan komplikasi dalam pesakit DIABETES
5..: Menyokong kesihatan SENDI
6..: Mengurangkan insiden bagi penyakit ALZHIEMER
7..: Membantu dalam pengurangan BERAT BADAN
8..: Meningkatkan SISTEM IMUN
9..: MEningkatkan kesihatan MATA
10.: Menyokong KESIHATAN MENYELURUH



IVIX ni mempunyai 60X lebih tinggi KESAN ANTI FLAMASI berbanding ASPIRIN. Seee..... Kalau dah makan vivix ni, insya'Allah...tak pandang lain dah. Awet muda... sihat... bertenaga... Mana nak jumpa suplemen yang mampu membaiki DNA ni....... saya ulang cakap.. HANYA DI SHAKLEE...

Inilah sedikit tentang VIVIX. Berbaloi sangat untuk mereka yang kita sayang. Mungkin ibu bapa kita, pasangan kita....... Insya'Allah, saya akan berkongsi , testimoni dan pengalaman sebenar beberapa kenalan yang dah merasai khasiat dan mendapat kesan yang baik dari VIVIX ni.. 

sayang sayang selalu :))
Pengedar Sah Shaklee 
ID 888805
Hp : 0172505401


Monday 27 May 2013

Ostematrix Shaklee

Saya panggil Ostematrix Shaklee tu Kalsium. Lebih dari sekadar Kalsium. :))


hilang kepadatan tulang dari usia 30-an

klass kan :)

120 biji sebotol/rm?? :)

TESTIMONI/PENGALAMAN MEREKA DAN OSTEMATRIX 

testi I

testi II

testi III

testi IV
testi V


Ada banyak lagi kesan-kesan khasiat OSTEMATRIX ni... 

suami & ostematrix
Banyak kepentingan kalsium yang kita tak sedar..... atau biasanya SEDAR tapi ambik mudah!
Berminat untuk mencuba Ostematrix ataupun suplemen shaklee, mudah saje! 
Bole singgah dimana-mana cawangan Shaklee yang berdekatan.  SHAKLEE tak ada stokis tapi  cuma ada branch/cawangan di beberapa buah negeri sahaja seperti KL, Penang, JB, Kelantan, Perak, Kota Kinablu dan Selangor adalah HQ... sebab itu SHAKLEE ISTIMEWA. Kalau ada jumpa, itu kira ILLEGAL dah ! 

Well, if rasa kurang rajin nak walk in, bole je call/sms saya untuk pembelian atau sebarang pertanyaan. Menariknya pembelian dari saya, u all layak :-

## dapat free konsulatsi berterusan selepas pembelian
## free gift
## free postage untuk pembelian minimum rm250 ke atas
## akan dijemput ke group khas untuk pengguna shaklee


Jadi, pilihan di tangan anda :))
Pengedar Sah Shaklee - ID 888805
Hp : 0172505401
FB : www.facebook.com/isyahsabela
Page : www.facebook.com/dietwithlove


Kepentingan Kalsium

Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.


* Menguatkan Tulang 
– Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.


* Mencegah Obesiti
 - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.


* Melindungi Otot Jantung 
-Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

* Mengelakkan Kanser Kolon 
- Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.


* Mencegah Blues Pra-haid 
-Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid seperti pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.


* Mencegah Batu Karang 
– Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain-lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.


* Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat 
- Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

* Kawalan Tekanan Darah 
-Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenalisebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi (DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.

* Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat
- Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

* Membantu Pengangkutan Nutrien
 - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel. Kalsium adalah mineral yang paling penting, dan kita cenderung mengabaikan ia. Kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. Kalsium adalah elemen penting dalam diet mana-mana manusia yang sihat.
 ===================================
Ini dia secara ringkas tentang kepentingan kalsium. Nampak remeh, tapi  sebenarnya KALSIUM ni sangat penting. Sebab semakin usia kita meningkat, semakin turun kepadatan tulang kita. 
Sudi ke nak rongak sebelum masa? Sakit badan bagai nenek nenek tua? Dan macam macam lagi akibat kekurangan kalsium...

Ye betul, minum susu dan makan makan makanan yang mengandungi kalsium. Tapi, kalau tak minum susu, tak makan sayur dan memilih sangat apa yang nak dimakan, dapat ke KALSIUM yang cukup untuk badan?? NO NO NO kan... 
Jadi, mari kita amalkan OSTEMATRIX untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi untuk tubuh badan. Tidak kira anda lelaki, mahpun perempuan, jangan sesekali diabaikan tentang kepentingan kalsium!

Sayangi Badan Kita ye kawan kawan :))
Pengedar Sah Shaklee - ID 888805
Hp : 0172505401
FB : www.facebook.com/isyahsabela
Page : www.facebook.com/dietwithlove

Thursday 16 May 2013

Air Oh Air

Air Kosong! Saya suke!
Anak sya jugak suke!
kalian pulak? :))
Kita biasa dengar MINUM AIR, MINUM AIR, MINUM AIR...
Tapi berapa ramai yang KURANG MINUM AIR dan YAKIN SANGAT DAH CUKUP MINUM AIR tapi hakikatnya TAK CUKUP? Ramaiiii...
Berapa ramai yang lepak kedai mamak, order air bergelas gelas?? Ramai kan? tahniah ye! Minum air manis banyak.. air batu lagi tu! Kan best kalau lepak tu togok air kosong lebih.......
Sebenarnya, kadar keperluan air dalam badan juga bergantung kepada berat seseorang. Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi, sekiranya berat badan adalah 70kg, maka badan sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter sehari. Ini bermakna kita harus minum sebanyak 2 botol air mineral yang besar! Tapi... kadang kala... kena minum 3 liter - 4 liter jugak... lebih lebih kalau cuaca panas terik!
 
 Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air selepas makan. Kebiasaanya, purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan dan ini bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Tentu sekali keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya kita hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau sky juice. 

Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Dan air juga lah yang banyak membantu dalam proses penghadaman yang mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.
 
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.
 
Namun, harus diingat..banyakkan minum air suam dan bukannya minuman yang manis!

Sayangi Badan Kita ye kawan kawan :))
Pengedar Sah Shaklee - ID 888805
Hp : 0172505401
FB : www.facebook.com/isyahsabela
Page : www.facebook.com/dietwithlove