Monday, 5 October 2015

ANTARA SEBAB SUSU IBU KURANG

Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan KURANGNYA STIMULASI dan juga sebab lain seperti;

√ ibu tidak menyusu kan bayi dengan kerap dan mengikut kehendak bayi
√ Bayi tidak melekap dengan betul dan tidak dapat menyusu dengan 
betul dan baik.
√ Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal 
√ ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal
√ Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja
√ ibu kurang yakin dengan kebolehannya dan kemampuan untuk menyusukan bayi
√ Ibu mengalami tekanan emosi.
√ ibu terlalu letih dan tidak bertenaga


Sekarang zaman IT..kalau ibu ibu bole google and search baju baby..kenapa tidak google and search info berkaitan penyusuan susu ibu.

Segalanya dihujung jari.

Mahu menyusukan anak sehingga 2 tahun..kuatkan semangat, banyakkan bertanya, kawal emosi, jadi katak pekak, pembacaan, niat yang baik pasti dimudahkan.

Salam Mesra, 
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 
Contact : 0172505401

BETULKE MENYUSUKAN BAYI BOLEH KURUS?

Sebelum memikirkan tentang badan yang boleh kurus dengan menyusukan bayi, penting untuk diketahui bahawa apabila menyusu, badan ibu memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu.


Sebanyak 300 hingga 500 kalori diperlukan oleh tubuh badan si ibu yang menyusu bayi.

Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada.

Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu ibu. 


Macam mudahkan? Nah..jika ibu fikir sangat mudah, maka ibu salah. Pemakanan juga mengambil peranan yang sangat penting. Bayangkan ya... Ibu yang menyusukan bayi memang akan mudah lapar. Dan apabila lapar, ibu cenderung untuk makan dan tidak dinafikan ramai ibu yang makan makanan berat untuk atasi rasa lapar itu.

Lalu, bagaimana mahu kurus jika ditengah malam selepas menyusu makan nasi dengan telur kicap? Huhuhu

Apa yang ibu bole buat, gantikan niat untuk makan nasi itu dengan biskut oat, yogurt atau susu atau buah buahan berserat.



Dan jangan lupa, sertakan senaman ringkas atau buatlah pergerakkan yang membuatkan seluruh anggota kita bergerak. 

Salam Mesra, 
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
   

Friday, 2 October 2015

ATASI SUP MASIN

Siapa kat sini suka makan sup? Haa..best kan sup. Reneh reneh je kan. Tapi pernah tak termasin? Aku selalu. Opss! Kadang terlebih agak gitu. 

Hari ni nak share 1 tips mudah je nak kurangkan rasa masin. Masukkan kentang masa hujung saat memasak. Insya'allah rasa masin akan kurang.

Cubalah. Kalau tak ada kentang, alamak tak dapek den nak menolong. Makan makanan yang masin masin tak elok, boleh menyebabkan darah tinggi. 

Tapi tak apa, boleh top up vitamin dalam makanan harian kita, contoh macam Omega Guard

Ok. Cuba tau!


Salam Mesra, 
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 

CLEARANCE SALE SHAKLEE OKTOBER 2015

Selamat pagi. Selamat bekerja untuk semua. Tak kira di opis atau dari rumah. Suri rumah juga kerja tau, bagai tiada henti lagi.


Bulan ni Shaklee baik hati. Dibuatnya CLEARANCE SALE untuk vitamin E. Perh! Best sangat. Semua tau Vitamin E ni mampu buat kulit lebih remaja sebab ia tinggi dengan antioksidan. Syok nye. Tak payah cucuk sana, injek sini nak bagi awet muda. Betul tak?

Ada Selenium dan Ekstrak Biji Anggur
Di bulan Oktober ni, jika kita beli 2 botol Vitamin E ini jumlahnya selepas tolak 50% adalah lebih kurang rm157. 

Kalau nak murah lagi boleh PM atau text 0172505401 untuk belian hebat jimat.

Salam Mesra,
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda
 

Thursday, 1 October 2015

MASA

Sangat pantas masa berlalu. Banyak masa disia siakan. Banyak tenaga dihabiskan. Untuk menjalani satu benda yang dinamakan kehidupan.

Aidiladha sudah berlalu. Aku bersyukur dapat menyambutnya bersama suami dan anak anak tersayang. Dan alhamdulillah, akikah Cahaya juga sudah selesai. Tiada majlis besaran hanya sekadar menjamu jiran tetangga dengan masakan sederhana.

Banyak perkara berlaku. Ya, semuanya ada hikmah dan sememangnya ia adalah ketentuan Allah.

Insya'allah, segala yang aku dan suami lakukan adalah kerana Allah dan untuk memberi manfaat kepada orang lain.


Salam Mesra,
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda