Friday, 4 September 2015

KEK PISANG KUKUS SIMPLE


Sedap kan tengok gambar ni

Hari ni sempat sangat buat kek pisang sebagai sarapan. Huh..tak agak agak kan sarapan aku. Kek Pisang gitu! Di cedok dari blog Joys Of Ummi. Kek pisang ni sangat mudah. Bahan bahan nye simple dan cara masak adalah dengan mengukus sahaja.

Pagi pagi dah ayak tepung. Siap rayyan tanya nak buat kek rainbow ke? Aduhai..ingat janji la tu. Next kek ye baby! Aku guna tepung kek faiza. Kat rumah ni ada beberapa jenis tepung tau.

Tepung Kek Faiza

Ok. Ini bahan bahan-nya dan caranya

Kek Pisang Kukus

Bahan-Bahan
Pisang dilenyek (aku guna pisang emas)
Tepung gandum 2 1/2 cawan
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate
Telur 1 biji
Minyak sayur @ minyak masak 1 cawan (aku guna mazola oil)
Gula halus 1 cawan

Cara cara buat pula;

Ayak tepung, baking powder & bicarbonate. Letak tepi. Lenyek pisang. Ikut suka nk hancur mana.

Gula & telur mix sampai kembang. Guna blender pun boleh. Dh kembang, masuk kan pisang dan minyak. Mix bagi sekata. Last sekali masuk kan tepung sikit sikit then gaul sebati.

Oh ya.. jangan lupa panaskan kukusan siap siap tau. Mudah kan kerja.

Masak kukus selama 45 minit atau rasa dh masak.



Selamat mencuba♥

Salam mesra,
Aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda

MAKAN B COMPLEX KERANA ANAK

Sekarang ni ramai yang share gambar kanak kanak pelarian yang terdampar itu. Sungguh menyedihkan. Sungguh!

Untuk share semula kepada semua ku tak tergamak! Bukan tak ada rasa sedih simpati atau hati ku kering..TIDAK SAMA SEKALI. Cuma ia akan mengganggu emosi ku sebagai ibu.

Saat ini, Cahaya tidur jadi jadinya Rayyan teman berlawan sembang. Lebih kepada ala ala tarzan sebenarnya sembang kami. Sebab banyak sungguh aksi lasak yang dipamerkan. Sehingga kering tekak ni.

Memang sesuai b complex ditelan ketika ini. Meredakan saraf yang tegang dek aksinya. Tapi itulah anak, dalam dia buat kita rasa nak melompat pandai pulak tu pujuk.

Oh la anak!



Lepas makan vitamin best ni, moh la kita main cikgu cikgu pulak.

Salam Mesra,
Aishah
Breastfeeding-Holic
Rakan Nutrisi Anda

Thursday, 3 September 2015

ASID AMINO PENTING



Protin yang lengkap adalah zat protin yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang mana tidak boleh terhasil dengan sendirinya. Ia mesti diambil dari makanan.

Didalam ENERGIZING SOY PROTEIN ada 22 asid amino dan satu satunya produk di pasaran yang lengkap dengan 9 asid amino yang penting itu.



Untuk dapatkan Energizing Soy Protein ini, boleh PM saya atau direct ke talian 017.2505401. Konsultasi percuma ye!

Salam Mesra,
Aishah
Breastfeeding-Holic

Wednesday, 2 September 2015

PROMOSI SEPTEMBER 2015



Pejam celik dah September 2015. Kejap sangat feelingnya. Bulan ni Shaklee murah hati lagi seperti selalu buat Promosi produk ohsem!! Kenapa aku kata produk ohsem? Sebabnya promosi Energizing Soy Protin. Haa..kan senyum kan! Senyum sebab tau banyak khasit ESP ni. Sedap lagi menyihatkan! Sapa tak nak benda baik kan..



Macam biasalah kan..Shaklee kalau buat promosi memang kaw kaw!
Bulan ni beli 6 tong ESP korang dapat 7 tong. See..how generousnye Shaklee. Selain tu jika beli yang promosi ni, korang akan dapat :

a) jadi ahli secara PERCUMA!!
b) VITALEA berharga rm94 sebotol PERCUMA 
c) CASH rebate pada bulan Oktober
d) 20% JIMAT dari harga pasaran
e) PENJIMATAN hampir rm200


Selain dari beli 6 dapat 7 ni juga korang juga bole beli KOMBO dengan extra 5% diskaun! Wow!!! Berganda ganda jimat!


Macam mana nak beli yang promosi ni?
 Cepat PM aku atau direct text 0172505401 atau email aishah.ali81@gmail.com

Jangan ketinggalan okeh!

Energizing Soy Protin

Salam Mesra,
Aishah
Rakan Nutrisi Anda
Breastfeeding-holic

SARAPAN PISANG RAJA

Alhamdulillah. Sedap pisang raja ni kan. Semalam beli la 2 sisir dalam rm2 pakcik tu bagi. Kedai di jalan ke Puncak Alam sana. Lalu jalan belakang Saujana Utama. Memula plan nak buat Banana Cake tapi sebab Cahaya ni bagai magnet melekat je dengan aku so kita batalkan plan cake and kita buat lain.



Buahnya kecil kecil tapi rasa sedap. Kalau blender dengan ESP atau buat shake dengan Cinch Shake atau Meal Shakes mau terangkat minum.

Aku buat jemput jemput pisang. Tak ada copy mana mana resepi. Main belasah punya resepi.

★ Bahan bahan
Pisang Raja
Gula sedikit
Tepung Gandum ( aku guna tepung cap bunga Rose)
Garam secuit rasa
Minyak untuk goreng (aku guna Alif)
Esen vanila sikit
Baking powder

★ Caranya

1. Lenyekkan pisang (ikut berapa banyak nak)
2. Masukkan 2 sudu makan gula & sedikit esen vanila
3. Digaul seketika dan masukkan tepung gandum serta baking powder. Gaul sekata. Letakkan garam secubit. Sekatakan lagi
4. Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana.

Jangan terlebih tepung. Nanti keras pulak.

Selamat mencuba.

Salam Mesra,
Aishah
Rakan Nutrisi Anda
Breastfeeding-holic