Wednesday, 1 April 2015

MENYUSU DI PUBLIC



Jika dulu ibu menyusu anak dengan susu ibu masih lagi dibelenggu perasaan malu untuk menyusukan anak di khalayak. Selalunya ibu kelam kabut mencari lokasi paling selamat ketika si kecil menangis mahu menyusu. Akibatnya ibu dan bayi menjadi tidak selesa kerana terpaksa 'mencuri-curi' menyusukan anak di khalayak.

Namun kini situasi tersebut semakin berkurangan ekoran kebanyakan ibu menyusu sudah semakin berkeyakinan dan bangga untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun di tempat awam. Apa pun ibu masih tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak walaupun sedang menyusukan bayi. Dengan pelbagai kemudahan aksesori menyusu yang dicipta khusus untuk ibu tugas menyusukan anak di khalayak menjadi semakin mudah tanpa masalah.

Bagi ibu baharu yang masih kekok, jadikan TIPS berikut sebagai pembakar semangat untuk korang terus menyusukan susu anak di mana-mana pada bila-bila masa.

1. Yakin diri
Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik kepada bayi.

2. Fokus
Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3. Lokasi
Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk menyusu. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4. Pakaian khusus
Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi.

5. Bantuan
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak.

Ok mommies! 
Jadikan penyusuan susu ibu ni satu journey yang menyeronokkan sebab kebagusan dia sangat sangat bnyak. Salah satunya hubungan antara ibu dan anak akan jadi lebih rapat.



With ♥
Aishah
Breastfeeding-holic/Rakan Shaklee Anda

Friday, 27 March 2015

MENJARAKKAN KEHAMILAN DENGAN PENYUSUAN



Kebanyakan pasangan suami isteri cenderung untuk menjarakkan kelahiran anak-anak mereka antara anak pertama dengan anak kedua dan seterusnya supaya tidak terlalu rapat. Jika anda dan suami berhati-hati sekalipun dengan kaedah perancangan sem ula jadi, kadang kala ia tetap tidak berhasil dan anda akhirnya mengandung walaupun anak yang sedia ada masih terlalu kecil.

Cara semula jadi yang lebih berkesan dalam soal perancangan anak adalah kedah menyusukan anak secara eksklusif sejak dia lahir lagi. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah ini tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bukti yang nyata tanpa ragu-ragu.

Menurut kajian yang dilakukan terhadap ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, masa ovulasinya akan menjadi jauh lebih lambat daripada ketika ibu yang tidak menyusukan bayinya secara eksklusif. Dengan melambatkan masa ovulasi, kemungkinan untuk ibu hamil adalah terlalu kecil. Oleh itu jika anda tidak mahu kehamilan yang terlalu cepat selepas kelahiran anak, amalkan cara ini ya.

Kaedah ini lebih efektif dan semula jadi berbanding kaedah perancangan moden yang menggunakan ubat-ubatan dan suntikan yang pasti mengandungi bahan kimia yang dibimbangi boleh berkumpul dalam badan dan berisiko kepada wanita yang mengambilnya.


Salam Mesra,
aishah
Breastfeeding-holic
0172505401

Wednesday, 25 March 2015

MULTIVITAMIN



Multivitamin penting untuk tubuh badan kita,

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

》Menjaga kesihatan jantung.
》Meningkatkan tahap tenaga
》Meningkatkan sistem imun tubuh
》Menguatkan tulang
》Kesihatan mata dan penglihatan
》Menjaga kualiti kulit sihat

Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah;

◆ Wanita hamil dan menyusu anak
◆ Pengamal diet yoyo
◆ Perokok
◆ Pengamal vegetarian
◆ Peminium alkohol yang kerap
◆ Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
◆ Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
◆ Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.

Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.



P/s : info adalah dari Pa&Ma 2013

Sharing with♥
Aishah
Rakan Nutrisi Anda
Breastfeeding-holic
" Kepakaran saya adalah membantu ibu menyusu kekal bertenaga disamping baby mendapat nutrisi yang cukup melalui susu ibu yang berkualiti "

Saturday, 21 March 2015

TANDERM NURSING



Apakah Tandem Nursing?

Tandem Nursing adalah salah satu kaedah atau teknik untuk membanyakkan susu ibu. Ia dilakukan secara sebelah payudara bayi menyusu dan sebelah lagi mengepam. Teknik ini juga boleh diaplikasikan jika bersalin kembar.

Pada peringkat permulaan memang rasa agak kekok, yelah sebelah bayi dan sebelah lagi breastpump. Sudah tentu si bayi akan mengacau breastpump dan berasa pelik tetapi seperti biasa Practice Make Perfect! Memula memang agak janggal sedikit tetapi lama-lama nanti akan menjadi kebiasaan.

Tetapi jika bayi anda sentiasa mengacau dan rasa tidak selesa, mama boleh pam sebelah lagi payudara apabila bayi habis menyusu. Bayi sudah kenyang pasti tidak akan merengek lagi. Untuk menangani masalah breastpum yang bising (electric/ battery breastpump), mama boleh balut motor breastpump dengan plastic bubble supaya dapat kurangkan bunyi yang bising itu. Bunyi breastpum selalunya akan menarik perhatian bayi.

◆◆ Antara kebaikan tandem nursing ialah ◆◆

1. Memperbanyakkan air susu ibu

2. Menyusu secara tandem akan mengurangkan rasa cemburu adik-beradik jika mama baru sahaja lepas melahirkan. Anak yang tua akan sayang dengan adiknya dan tiada istilah cemburu kerana masing-masing berkongsi bonding dengan ibu mereka.

3. Tandem nursing akan mengurang rasa bengkak payudara akibat susu banyak.

4. Anak-anak akan rapat dan saling menyayangi.

5. Tidak perlu risau samada susu cukup atau tidak untuk si kecil kerana asas penyusuan adalah 'demand and supply'.

Selagi bayi menyusu selagi itu susu akan banyak.


◆◆ Tips tandem nursing ◆◆

Makan lebih banyak makanan yang berkhasiat dan tidak perlu berdiet kerana setiap kali menyusukan secara tandem nursing akan melibatkan pembakaran sehingga 1000 carbo. Pengambilan makanan tambahan juga sangat membantu.

Selamat memberi yang terbaik untuk si manja anda!

with ♥
Aishah
Breastfeeding-holic

Wednesday, 18 March 2015

APA ITU KOLIK?




KOLIK

Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia 3 bulan.

Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, ia akan membuatkan bayi menangis kerana tidak selesa.

Tangisan kerana Kolik berbeza daripada tangisan yang normal dan ia lebih kuat dan bernada tinggi. Tangisan bayi kolik kedengaran seolah olah dia dalam kesakitan.

Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisannya mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.

Sharing is caring

With ♥
aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda