Saturday, 3 January 2015

Fakta Tentang Najis Bayi

Dalam tempoh 24 jam selepas melahirkan, bayi akan membuanh kotoran pertama berwarna hitam kehijauan atau lebih dikenali sebagai mekonium. Mekonium adalah cairan ketuban yang tertelan semasa bayi dalam rahim ibu.



Mekonium berada di usus bayi semenjak 3 bulam sebelum dilahirkan. Sebenarnya kotoran pertama ini akan keluar dengan cepat dari perut bayi setelah disusukan. Ini kerana susu ibu yang pertama kali keluar akan merangsang sistem pencernaan bayi. Setelah itu najis bayi akan berubah tahap.



Fakta yang ibu-ayah mesti tahu:

1. Beberapa hari setelah lahir, najis bayi berwarna hijau atau kuning. Ia adalah peralihan antara kotoran pertama denhan najis setelah minum susu ibu.

2. Jika bayi minum susu ibu secara teratur, kotorannya berwarna kuning cerah, baunya agak masam dan bentuknya seperti butiran beras. Pada minggu-minggu pertama, bayi serinh membuang air besar setelah kenyang menyusu. Ini adalah kerana susu ibu lebih mudah dicerna lalu mudah dikeluarkan.

3. Bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar maksimum 10 kali sehari. Ibu ayah jangan keliru dengan mengganggapnya sebagai cirit birit ya.

4. Najis bayi yang minum susu formula berwarna kuning pucat atau kecoklstan. Baunya lebih tajam. Bentuknya juga lebih padat berbanding bayi yang minum susu ibu.

5. Apabila bayi sudah mula makan, sekali lagi najis mereka akan berubah.



Sharing with ❤
Aishah
Rakan Penyusuan Anda
0172505401

Friday, 2 January 2015

Tahun 2015 ; Tahun Baru

Selamat menerima kehadiran 2015 untuk semua. Apa yang lepas, biarkan berlalu.

Yang baru dihadapi dengan tabah dan penuh kesabaran.

Dugaan yang bakal datang ditempuh dengan hati terbuka.

Semoga untuk 365 hari yang mendatang kita belajar menjadi ikhlas, istiqamah dan disiplin dengan apa jua yang kita mahu usahakan.

Impian saya untuk membantu lebih ramai orang untuk lebih menjaga kesihatan diri terutama para ibu yang berniat untuk menyusukan putera & puteri selama mungkin.

Azam baru? Cukupnla dengan azam yang dulu dulu yang tidak pernah tercapai.

Be a good person with a good heart! Yakin Allah itu ada dan beriman kepadaNya. Insya'allah...cukup.




Salam ceria,
Aishah
Rakan Penyusuan Anda
0172505401
www.facebook.com/thebreastfeedstory

Wednesday, 10 December 2014

KHASIAT KURMA UNTUK SI MANJA

Kurma oh Kurma!

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Saintis Mesir, kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C dan E.

Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolestrol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan Gula dalam kurma ialah sebanyak 50-70 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan.

Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

Oleh itu, mengambil sebiji kurma setiap hari adalah cukup memberikan tenaga kepada kanak kanak yang sedang membesar.

Stok Semasa

P/s: kurma ni bagus juga dimakan oleh ibu menyusu, hamil dan berpantang.

❤ salam ceria ❤
Aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda

Tuesday, 9 December 2014

Petua Di Dapur

Petua di dapur.

1. HILANGKAN LUMPUR PADA KERANG

Process membuang lumpur yang melekat pada kerang menjadi mudah dengan cara memasukkan kerang ke dalam besen berisi air dan kemudian ramas kerang yang direndam itu dengan menggunakan surat khabar. Ramas dalam masa 5 hingga 10 minit dan bilas. Pasti lumpur yg ada di kerang hilang..


2. MENGHALAU LALAT DI DAPUR

Ambil dua batang lilin (lebih pun boleh) dan nyalakan apinya. Selepas itu letakkannya di meja makan atau tempat meletak hidangan. Hasilnya lalat tidak akan menghurung makanan.

Nota: hati hati sewaktu menyalakan lilin ya!


3. TAJAMKAN MATA PISAU PENGISAR

Untuk menajamkan kembali mata pisau pengisar, hanya perlu kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Hasilnya mata pisau pengisar akan kembali tajam. Lakukan selalu untuk hasil yang memuaskan.


4. ELAK SEMUT PADA BEKAS GULA

Untuk menggelakkan semut daripada masuk ke dalam bekas gula, sapukan keliling bekas gula tersebut dengan minyak masak. Insya'allah semut tidak akan masuk lagi ke dalam bekas trsebut.


5. HILANGKAN BAU PETAI

Bau petai memang kuat. Untuk menghilangkan baunya yang kuat, rendam petai ke dalam air basuhan beras sebelum dimasak atau dimakan sebagai ulam. Rendam la selama 30 minit. Insya'allah!




Selamat mencuba!

Aishah
Rakan Shaklee Anda
0172505401

Saturday, 6 December 2014

FAKTA PENYUSUAN YANG MESTI TAHU

Jika anda bakal bergelar ibu buat pertama kali, pastikan anda mengetahui beberapa fakta berikut sebagai persediaan untuk memberikan makanan awal terbaik kepada si manja. Proses penyusuan bukan perkara semula jadi yang berlaku dengan sendiri. Ibu perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan info supaya memudahkan tugas menyusukan bayi kelak.

Mungkin ada ibu yang sudah sedia maklum tentang beberapa fakta penting berikut berkaitan dengan penyusuan. Tetapi tidak mustahil ada juga ibu yang sudah melahirkan beberapa orang anak masih tidak tahu mengenai fakta tersebut.

Apakah kolostrum?

Mungkin ada ibu beranggapan susu pekat berwarna kekuningan itu adalah susu basi dan mesti dibuang. Hakikatnya ia adalah cecair penting yang dikenali sebagai kolostrum dan dihasilkan sebaik ibu melahirkan bayi. Kolostrum wajib diberikan kepada anak kerana ia mempunyai khasiat yang dapat melindungi si kecil daripada jangkitan kuman dan sistem imun badannya. Kolostrum tidak terdapat dalam susu formula. Oleh itu sebaiknya terus susukan bayi sebaik dia dilahirkan bagi memastikan si kecil dapat khasiat kolostrum.

Bila badan mengeluarkan susu?

Selepas tiga hingga empat hari melahirkan bayi dan menghasilkan kolostrum, payu dara ibu akan terasa lebih lembut namun tegang kerana perubahan kolostrum menjadi susu. Ketika proses perubahan ini, susu ibu akan kelihatan seperti susu skim. Selepas tempoh 10 hari hingga dua minggu, susu yang dihasilkan akan menjadi lebih matang lagi. Dalam proses ini, kuantiti susu yang dihasilkan akan meningkat mengikut kekerapan bayi menghisap. Semakin banyak susu diberikan kepada bayi, maka semakin banyak susu dikeluarkan oleh payu dara ibu.

Bila hendak mula menyusu?

Tentu ada kalangan ibu-ibu baharu tertanya-tanya bila boleh mula menyusukan bayi. Sebaiknya, cuba susukan bayi anda sejam setelah melahirkannya. Jangan bimbang, kerana bayi secara semula jadi akan tahu bagaimana hendak menyusu susu ibunya walaupun ia baharu pertama kali. Mengapa satu jam selepas melahirkan? Ini kerana setelah satu jam, bayi biasanya akan menghabiskan masanya selama 24 jam untuk tidur.

Apakah posisi terbaik semasa menyusu?

Ia juga menjadi dilema dalam kalangan ibu ketika menyusukan bayi. Proses ini mengambil masa yang lama tetapi cukup bagi ibu mengetahui posisi asas yang disarankan ketika menyusukan bayi. Sebaiknya pastikan bayi memasukkan seluruh mulutnya dan menghisap seluruh aerola ibu dan bukan sekadar menghisap puting payu dara sahaja. Apabila bayi tertidur semasa menyusu, bangunkan bayi anda supaya dia tidak tersedak.

Bagaimana jika melahirkan secara pembedahan caesarean?

Bagi ibu yang melahirkan bayi secara caesarean, proses penyusuan mengambil masa lebih lama bahkan ada kes yang kadang kala membuatkan ibu langsung tidak dapat menghasilkan susu. Untuk menangani masalah ini, pastikan anda menyusukan bayi setiap dua atau tiga jam sekali supaya pengeluaran susu ibu cepat terhasil. Sebaiknya berbincang dengan doktor sebelum proses kelahiran bagaimana anda boleh menyusukan terus bayi dengan susu ibu sebaik dia dilahirkan.

Untuk membiasakan anda dan bayi dalam proses penyusuan, susukan bayi setiap dua hingga tiga jam walaupun di tengah malam. Jika di hospital, mintalah bayi untuk berada sebilik dengan anda setiap masa. Kejutkan bayi untuk bangun menyusu apabila sudah tiba masa untuk menyusu. Cipta suasana agar bayi terbiasa dengan payu dara anda dan masa menyusu.

Happy breastfeeding and enjoy the moment mommies.

Sumber: pa&ma

Salam Ceria,
Aishah
Breastfeeding-holic
0172505401