Friday, 19 September 2014
Saturday, 6 September 2014
Untuk Ibu Ibu Yang Hamil
Selamat Hari Kemerdekaan Buat Semua.
Well.. it is not too late to wish :)
Siapa pregnant? :) Tahniah you... Selepas berkahwin, seorang isteri akan lebih bahagia bila dapat tau diri hamil. Betul tak? Betulkan saya kalau silap.
Ok.. tak mau la cerita banyak... Entry hari ni nak share beberapa tips untuk Ibu Ibu hamil di luar sana..
- bila sampai masa tidur, tidurlah dibahagian sebelah kiri badan untuk mengelakkan sekatan vena kava. Vena Kava ni urat yang mengawal peredaran darah daripada bahagian bawah badan ke jantung.
- elakkan berdiri dengan lama.
- untuk Ibu Ibu yang bekerja, masa rehat tu bole la baring sekejap.. atau sampai dirumah rehat kan badan dulu
- masa tidur, naikkan kaki sedikit. Alas 2-3 biji bantal bantal letak bawah betis
- pakai kasut yang sesuai dan selesa untuk bekerja atau jalan jalan
- baju seluar jangan ketat. Pakaian biar selesa, longgar dan menyerap peluh.
- minum air secukupnya ; ambil buah buahan berserat dan sayuran hijau
Salam mesra,
rakan shaklee anda
0172505401
www.facebook.com/isyahsabela
Friday, 8 August 2014
BUAH BUAHAN YANG BAIK UNTUK KANAK-KANAK
Sebut pasal buah... rayyan memang sangat suka kan buah-buahan. Buah Durian je la kot dia tak berapa nak lalu telan hahaha.
Ok.. bukan hanya kita yang dewasa ni perlu makan buah buahan, malah kanak kanak pun kena makan buah. Bergantung la pada umur, selera makan dan tahap keaktifan diorang.
Kita buat yang mudah untuk kanak kanak ni...
1. pilih buah yang warna warni
2. pilih yang anak anak kita suka
3. kita tunjuk bakat masa hidangkan buah pada anak kita.. buat la bentuk rusa ke, gajah ke..mesti kanak kanak ni teruja nak sentuh dan makan
4. setiap waktu makan dengan keluarga, MESTIKAN ada buah buahan
5. buat smoothies bagi kepada anak anak
6. buat bekalan anak anak ke sekolah
7. siap siapkan yang dah berpotong dalam peti ais, so bila anak anak buka, mereka tertarik
Ada banyak buah buahan yang baik untuk kanak kanak ni. Antaranya ........
EPAL
- epal kaya dengan serat dan bersifat anti oksidan
- epal mampu mencegah demensia atau dementia
- membantu mengawal kenaikkan berat badan
- menurunkan kolestrol
- menentang kanser
"an apple a day keep the doctor away"
OREN
- kebanyakkan kanak kanak sukakan buah oren ( so is rayyan)
- kaya dengan vitamin sihat
- mengandungi vitamin C yang penting dalam penyerapan zat besi
- kulit buah oren kaya dengan Vitamin A
- mampu meningkatkan sistem imun
- dapat melawan jangkitan seperti demam dan selesema
PISANG
- buah pisang ni juga antara yang POPULAR di kalangan kanak kanak.. termasuk la rayyan
- pisang merupakan sumber tenaga segera
- kandungan mineral dalam buah pisang membantu tidur yang baik
- mampu mengawal tekanan darah
- meningkatkan daya fokus
- menjaga kesihatan jantung
- kurangkan risiko kanser
- melegakan sembelit dan cirit birit juge
BETIK
- sejenis buah yang kaya dengan serat dan protin
- kaya dengan vitamin C
- berkesan merawat buasir ( i makan set buasir shaklee)
- betik terkenal dengan buah yang melawaskan
ANGGUR
- anggur hijau atau hitam masing-masing istimewa
- anggur KAYA anti oksidan
- anggur mengandungi potassium, vitamin C dan pectin
- dapat mengurangkan risiko kanser, strok, antipenuaan
- menentang penyakit gusi
Tetiba rasa nak makan buah hehehe... Kanak kanak biasanya akan berulang kali mencuba buah buahan yang diberi sebelum diorang betul betul menikmatinya. Fakta ni.
Well.. ibu ibu jangan la stress kalau anak tak nak makan buah buahan. Jangan dipaksa. Perlahan lahan. Bersabar dan kena la rajin psiko anak dengan kebaikkan buah buahan yang dihidang untuk mereka.
[sumber: pa&ma]
salam ceria,
isyah
rakan shaklee anda
0172505401
Wednesday, 6 August 2014
SUSU IBU - PENUH MAGIS
Susu ibu adalah sejenis cecair yang tiada bandingan dengan jenis cecair lain.
Susu ibu sangat unik. Ia berubah mengikut masa, suhu dan keperluan nutrisi si manja. Sebaik selepas bersalin, payudara ibu akan menghasilkan kolostrum atau juga biasa diberi jolokan "cecair emas" oleh sesetengah ibu.
Kolostrum ini mengandungi antibodi-antibodi yang bole melawan penyakit, karbohidrat, protin dan mineral penting termasuklah Vitamin B, E, zinc dan beta karotena. Cecair emas ini mengandungi kandungan lemak yang rendah dan ini membolehkan si manja menghadam dengan mudah. Memberi susu awal, iaitu kolostrum ini juga dapat menyegerakan rembesan mekonium iaitu najis pertama bayi. Sekaligus boleh mengurangkan bilirubin yang berlebihan dan merendahkan kadar sakit kuning si manja.
Selepas tiga empat hari, kolostrum ini akan digantikan dengan susu peralihan yang mana lebih cerah warnanya dan lebih cair. Ini adalah untuk mengelak si manja dari mengalami dehidrasi. Dan biasanya antara seminggu ke atas, si ibu akan menghasilkan susu badan yang lebih matang. Dan kira kira sebulan kemudian struktur susu ibu ini akan berubah dari segi kandungan kalori, karbohidrat. Manakala, kandungan lemak akan meningkat serta paras protin akan menirus. Dan apabila, si manja sudah mula diperkenalkan dengan makanan pejal, paras protien dalam susu ibu sekali lagi akan menurun.
Tahu tak ibu ibu?
Sebenarnya susu ibu berubah dalam satu penyusuan. Maksudnya, di minit awal penyusuan susu awal terhasil, di mana susu awal ini mengandungi cecair yang lebih. Susu akhir pula lebih pekat dengan kandungan lemak dimanakan ia memberikan kalori kalori yang diperlukan bagi tumbesaran serta perkembangan otak si manja.
Menyusu dengan kerap pada minggu minggu awal kelahiran si manja dapat menjana keperluan susu ibu yang secukupnya bagi si manja.
Jadi, ibu ibu.... usah dinafikan naluri keibuan ibu ibu, penyusuan susu ibu merupakan satu moment yang sangat indah. Lakukan nya dengan minda yang lapang dan positif.
Salam mesra,
Rakan Shaklee Anda
0172505401
Tuesday, 5 August 2014
Syawal 1435H
Salam Semua..
Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua. Andai ada tulisan saya yang menyentap rasa dan hati.
Macam mana raya kalian? Saya sekeluarga semua serba sederhana. Dengan tragedi MH17, dengan keadaan saudara saudara kita di Gazzah dan mereka yang kurang berkemampuan di luar sana.
Okla.. dah mula nak puasa enam ni. Jangan lupa pada suplemen Shaklee korang. Insya'allah, membantu menambah baik kesihatan.
Andai ada yang nak order produk shaklee, nak mencuba mahupun bertanya, jangan segan silu untuk hubungi saya. Free konsultasi. Kita sembang sembang.
Salam Aidilfitri,

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua. Andai ada tulisan saya yang menyentap rasa dan hati.
Macam mana raya kalian? Saya sekeluarga semua serba sederhana. Dengan tragedi MH17, dengan keadaan saudara saudara kita di Gazzah dan mereka yang kurang berkemampuan di luar sana.
Okla.. dah mula nak puasa enam ni. Jangan lupa pada suplemen Shaklee korang. Insya'allah, membantu menambah baik kesihatan.
Andai ada yang nak order produk shaklee, nak mencuba mahupun bertanya, jangan segan silu untuk hubungi saya. Free konsultasi. Kita sembang sembang.
Salam Aidilfitri,
pengedar sah shaklee
ID 888805
HP : 0172505401
FB : i-shah ali rayyan
Subscribe to:
Posts (Atom)

















