KAWAN MAYA

Monday, 9 September 2013

Penyusuan Susu Ibu

Berniat mahu menyusukan anak sehingga 2 tahun? Alhamdulillah and syabas. U have made a good choice...

Sedikit perkongsian mengenai penyusuan secara ekslusif......

Sepertimana yang kita tahu, Penyusuan ibu secara ekslusif adalah jangan berikan bayi yang baru lahir (enam bulan ke bawah) sebarang makanan tambahan seperti air kosong, susu formula atau lain lain selain susu ibu. Pastikan anda menyusukan bayi secara kerap dan tanpa had. Ini adalah penting bagi memastikan penghasilan susu yang optimum. Jangan la kita, perkenalkan bayi yang baru lahir dengan puting tiruan sebelum bayi berusia sebulan bagi mengelakkan bayi kita keliru puting. 

Memberikan susu badan berselang seli dengan susu formula [bagi bayi berusia enam bulan ke bawah] sememangnya akan mengundang masalah kekurangan susu badan. Ini kerana, anda sudah memberi bayi anda pilihan. Penyusuan dari botol dan menyusu dari ibu, sangatlah berbeza dari segi aliran susu serta cara hisapan. 

Bila penyusuan melalui botol diperkenalkan dari awal kelahiran, maka tidak hairan la sekiranya bayi anda menolak untuk menyusu secara terus dari ibu.

Sedikit tips untuk uols yang gigih dalam penyusuan badan...

  • 1. cuba beberapa posisi sehingga dapat posisi yang selesa bagi bayi dan ibu. Sebagai contoh posisi cross cradle atau football hold. 
  • apabila bayi dah selesa, lekapkan bayi ke breast selama lebih kurang 10 minit. Kalau baby meragam, menangis dan menolak, kurangkan masa lekapan. Jangan sesekali memaksa sebab itu hanya akan mebuat bayi menolak terus.
  • semasa bayi menyusu, cuba buat breast compression atau mengurut payu dara sewaktu bayi menyusu supaya aliran susu lebih laju. 
  • jika bayi tidak mahu langsung menyusu badan ataupun menyusu secara efektif, iaitu menghisap dua atau tiga kali dan seterusnya berhenti, maka jalan yang terbaik adalah dengan mengepam susu bagi merangsang aliran susu bagi memastikan penghasilan susu badan sentiasa ada
  • sekiranya masih bermasalah, segera dapatkan bantuan dari pakar laktasi .... bole try Malaysian breastfeeding peer counselor

Skiranya korang sedang mencari makanan tambahan bagi membantu penyusuan badan, bole juga hubungi saya di facebook atau pun terus ke talian saya.

Penyusuan ibu memerlukan keyakinan dan kesabaran yang tinggi.. saya pasti anda bole... kerana saya sudah! 

salam sayang,

Pengedar Sah Shaklee - ID 888805
Hp : 0172505401
FB : www.facebook.com/isyahsabela