KAWAN MAYA

Friday, 26 April 2013

Senaman Buat Ibu Baru

Selamat Malam Semua...
Sihat? Saya harap semua sihat ye....
20 bulan yang lepas saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 4.1kg.. Alhamdulillah, normal dan semua nya ok. Entry malam ni bukan nak cerita tentang kelahiran, tetapi cerita tentang senaman bagi ibu yang baru melahirkan...... nampak mcm tak munasabah kan? :)
Sebenarnya ada senaman yang bole dilakukan ...

Bagi kaum wanita yang baru sahaja bergelar ibu, bukan satu perkara mudah untuk dapatkan kembali bentuk badan seperti sebelum melahirkan. Setuju atau tidak?? :))

Berat badan yang berlebihan, bole mengurangkan nafsu seks seseorang. Dan, untuk bersenam bole la buat senaman semasa baby sedang tidur. Tapi, oleh sebab jadual tidur baby yang tak tetap akan buatkan jadual senaman jadi tidak teratur jugak.. jadi SABAR :))

credit: pakcik google.com
Oraitt,,,
Nak senam, tak semestinya kena beli peralatan mahal. Hanya buat beberapa senaman mudah seperti di bawah :-

1.  PERNAFASAN PERUT
>> Baring atas katil atau lantai [alasla apa apa..sakit pulak tulang belakang nanti ]. Tarik nafas dan kembangkan abdomen. Kemudian, seboleh-bolehnya kempiskan abdomen [sampai tak mampu nak kempiskan lagi] . Dalam masa yang sama, gerakkan pelvis ke hadapan. Pelvis ni bahagian di bawah tulang rusuk. Lakukan selama 15 kali sehari. Jika boleh, secara perlahan-perlahan lakukan sebanyak 20 hingga 25 kali.

posisi nye begini tau :))

2.  REGANGAN BAHAGIAN BELAKANG
>> Melutut di atas lantai [kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah lutut di atas lantai]. Pastikan belakang anda lurus. Naikkan spina anda ke arah siling dan lembutkan bahagian kepala dan leher anda. Ini akan memberikan regangan dengan sepenuhnya. Lakukan sebanyak 4 hingga 6 kali seminggu.

spina ke atas
3.  WALL SIT
>> Sandar di dinding dan duduk dalam posisi separuh mencangkung - peha haruslah lurus ke hadapan. Tahan selama 10-15 saat. Perlahan-lahan tambahkan masa tersebut menjadi 30 saat. Jika bole, angkat dan luruskan kaki anda ke hadapan [sebelah kaki lagi masih berada di dalam posisi sebelumnya]. Tukar kaki selepas kiraan lima

wall sit
[ credit: majalah mamibaby]

Well...
Mudahkan? Tak perlu prop  pun.....

Dalam pantang, jaga pemakanan. Amalkan senaman yang mudah ni. Memang nampak payah, tapi kalau tak cuba, kita tak tau. Kalau nak tukar jamu kepada suplemen, pun bole. Cuba baca kat sini set bersalin shaklee kalau nak cuba okay :))

Selamat mencuba :p

** pengedar sah shaklee **
** ID 888805 **
** 0172505401 **
www.facebook.com/isyahsabela
www.facebook.com/dietwithlove