Monday 29 October 2012

Doa Dimurah Kan Rezeki

Mari Kita Berdoa bersama....

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"

Ada orang bertanya... Kenapa masuk SHAKLEE? Terus terang, jawapan aku adalah "ntah"........ tapi lepas duk fikir semula... aku nak usaha sesuatu..nak capai sesuatu.. aku ada impian mcm orang lain... jadi aku kena set satu hala untuk aku capai impian aku.. aku nak ada kereta sendiri.. tak mau la share dengan husband..nak ada rumah yang bukak pintu nampak gate, nampak jalan instead of nampak lift mcm sekarang..tapi itulah kalau setakat sebut, setakat mimpi kosong, well ZERO la ending nya...

so...aku tanam azam...aku kena buang rasa ragu2 aku..rasa takut aku..rasa malu tak bertempat aku ni...

Ya allah, ku mohon ya allah... 
sesungguhnya engkau maha berkuasa lagi maha mengetahui apa2 saja yang akan terjadi dalam laluan perjalanan hidup ku... 
terima la taubat ku..
murahkanlah rezeki ku dan suami ku..
limpahkan la rahmatmu ya allah kepada kami...
sesungguhnya ya allah, hanya padamu tempat kami mengadu!

Amin ya rabballalamin...



Saturday 27 October 2012

Vitamin C Shaklee

Yummylicious...... (betul ke ni heee) 
Itu la kata kata yang bole digambarkan untuk Vitamin C shaklee ni. Kenapa sya kata macam tu? sebabnya.... vitamin C shaklee ni takde ada perasa tiruan (top up rasa oren nak kasi rasa gituuu ) ~ takde pewarna tambahan AKA additional color ~ takde bahan pengawet jugak .... Vitamin C shaklee ni SEMULAJADI...


Vitamin C Shaklee lengkap dgn bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik).


Vitamin C adalah salah satu vitamin yang paling terkenal, Seperti yang kita tahu, vitamin C bermanfaat sebagai antioksidan yang universal dan kos effektif. Vitamin C juga menggalakkan kulit yang cantik dari dalam dan luaran, membantu meningkatkan sistem imun, dan membantu mencegah beberapa jenis kanser.

Dengan pengambilan Vitamin C Shaklee secara konsisten, ia mampu merawat pen
yakit resdung yang kronik tanpa perlu membuat rawatan resdung! 

PERCAYA ATAU TIDAK...CUBA SENDIRI UNTUK MENGETAHUI NYA..

Antara Tanda Kita Kekurangan Vitami C;

a) Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah (sikit sikit nak ngamuk.. padahal belum time bendera merah gitu) 
b) Kulit kelihatan kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar (cepat belek kulit sekarang....!!)
c) Wajah nampak tua dari usia (kompem harus makan Vitamin C ni nak bagi kurang kedut hikhikhik)
d) Mudah demam / antibodi tak kuat  
e) gusi asyik berdarah ........ dan banyak lagi!


Faedah dan Kebaikkan mengambil Vitamin C ~ antaranya;

a) Mudah demam / antibodi tak kuat
b) Memperbaiki Simptom Pendarahan
c) Mencantikkan Kulit 
d) Memperbaiki Insomnia
e) Memerangi kanser
f) Mengecutkan jerawat
g) mengecilkan liang pori serta muka lebih tegang dan melembutkan kulit

Sebenarnya banyak lagi kehebatan vitamin C ni... korang kena cuba, baru korang bole rasa dan alami apa yang sya kata Yummylicious tadi :)

satu lagi tentang Vitamin C ni.. bole dibuat jadi masker... ini sya petik dari blog master shaklee iaitu kak cery http://www.mamafaiz.com/2012/10/kelebihan-masker-vitamin-c-shaklee-yg.html

Tapi, hanya dengan Vitamin C shaklee ye ...  lepas ni cuba tau!
Berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh call /whatsApp saya di 017-2505401 atau email shalee1506@gmail.com
PM facebook pun bole.. http://www.facebook.com/isyahsabela


** tak cuba tak tau.. dah cuba tak menyesal ... kena yakin,,disiplin, dan usaha **
XoXo



Monday 22 October 2012

Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)


...HOT PRODUK...
itu la yang Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)... ianya juga merupakan makanan utama dalam program Shaklee. Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein. Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Fungsi Energizing Soy Protein
  • membina dan perbaiki sel-sel tisu badan enzim dan hormon
  • kehamilan, penyusuan, stress, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti
  • rambut, kuku dan kulit adalah daripada protein, protein berkualiti membantu memperbaiki kesihatan dan meningkatkan pertumbuhan yang baik
  • protein adalah kunci asas imun melawan jangkitan
  • memberi tenaga
  • membantu mencantikkan, menegangkan, menganjalkan kulit
  • membantu memekatkan dan perbanyakkan susu

ESP bole diambil oleh mereka yang di bawah;
  • Ibu menyusu
  • Ibu hamil
  • Ibu dalam pantang
  • Mereka yang menghadapi kulit kusam, kering
  • Mereka yang ingin membina otot (body builder)
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan - perbaiki sel, enzim, horm
  • Mereka yang ada gastrik
  • Mereka yang ingin menurunkan berat badan
  • Student/pekerja - sebagai pemberi tenaga (energy booster)
cara2 bancuh ESP

Basically satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu gelas besar air suam dicampur susu...well, mesti korang kata "tak kan bole bancuh dengan susu je..boring nye"...
jeng jeng jeng.. ESP ni bole dicampur dengan benda lain juga....yela, asyik yang sama je memang boring... so, bole dibancuh dengan........................
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + susu tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena   
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)
Soft Reminder!!
Jangan bancuh dengan air panas kerana ia boleh merosakkan zat yang ada di dalam ESP

So, if berminat nak tau, nak cuba, nak apa saje....feel free to contact me for order and free consultation :)

Aishah
your  independent shaklee distributor
shaklee ID 888805
sms/whatsApp ~ 017-2505401
www.facebook.com/isyahsabela

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



Saturday 20 October 2012

Untuk Pertama Kali

Salam Semua...
Alhamdulillah... selepas berfikir secara masak masak, akhirnya saya nekad untuk mencuba menjadi ahli SHAKLEE. Insya'allah dengan izinNya, restu suami, keyakinan saya....mudah mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar. 

Ye betul..kecut perut saya bila baca cerita ramai orang yang berjaya dengan shaklee....semoga saya dapat bertahan....

saya pernah mencuba produk Shaklee...dan hasilnya alhamdulillah... sebab itu saya berani mencuba. Orang kata, tak cuba tak tau.. 

So, you alls,,,,berminat nak tau lebih..bole je email sya shalee1506@gmail.com or facebook, www.facebook.com/isyahsabela untuk tahu lebih lanjut tentang produk produk shaklee, insya'Allah saya boleh :)


Panau Oh Panau

Korang ada panau... 
Ni haaa... meh la cuba petua melayu ni.....
Tak cuba mana nak tau kan....

Sila cuba salah satu ye ...

## Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah   
     ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan 
     selalu.

## Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang 
      berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

malas la nak tulis heee...korang nak cuba bole la jengah http://101petua.blogspot.com 

selamat mencuba!