Sangat pantas masa berlalu. Banyak masa disia siakan. Banyak tenaga dihabiskan. Untuk menjalani satu benda yang dinamakan kehidupan.
Aidiladha sudah berlalu. Aku bersyukur dapat menyambutnya bersama suami dan anak anak tersayang. Dan alhamdulillah, akikah Cahaya juga sudah selesai. Tiada majlis besaran hanya sekadar menjamu jiran tetangga dengan masakan sederhana.
Banyak perkara berlaku. Ya, semuanya ada hikmah dan sememangnya ia adalah ketentuan Allah.
Insya'allah, segala yang aku dan suami lakukan adalah kerana Allah dan untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Salam Mesra,
Breastfeeding-Holic cum
Rakan Nutrisi Anda
No comments:
Post a Comment