Pages

Thursday 16 May 2013

Air Oh Air

Air Kosong! Saya suke!
Anak sya jugak suke!
kalian pulak? :))
Kita biasa dengar MINUM AIR, MINUM AIR, MINUM AIR...
Tapi berapa ramai yang KURANG MINUM AIR dan YAKIN SANGAT DAH CUKUP MINUM AIR tapi hakikatnya TAK CUKUP? Ramaiiii...
Berapa ramai yang lepak kedai mamak, order air bergelas gelas?? Ramai kan? tahniah ye! Minum air manis banyak.. air batu lagi tu! Kan best kalau lepak tu togok air kosong lebih.......
Sebenarnya, kadar keperluan air dalam badan juga bergantung kepada berat seseorang. Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi, sekiranya berat badan adalah 70kg, maka badan sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter sehari. Ini bermakna kita harus minum sebanyak 2 botol air mineral yang besar! Tapi... kadang kala... kena minum 3 liter - 4 liter jugak... lebih lebih kalau cuaca panas terik!
 
 Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air selepas makan. Kebiasaanya, purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan dan ini bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Tentu sekali keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya kita hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau sky juice. 

Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Dan air juga lah yang banyak membantu dalam proses penghadaman yang mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.
 
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.
 
Namun, harus diingat..banyakkan minum air suam dan bukannya minuman yang manis!

Sayangi Badan Kita ye kawan kawan :))
Pengedar Sah Shaklee - ID 888805
Hp : 0172505401
FB : www.facebook.com/isyahsabela
Page : www.facebook.com/dietwithlove


No comments:

Post a Comment