KAWAN MAYA

Monday, 5 October 2015

BETULKE MENYUSUKAN BAYI BOLEH KURUS?

Sebelum memikirkan tentang badan yang boleh kurus dengan menyusukan bayi, penting untuk diketahui bahawa apabila menyusu, badan ibu memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu.


Sebanyak 300 hingga 500 kalori diperlukan oleh tubuh badan si ibu yang menyusu bayi.

Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada.

Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu ibu. 


Macam mudahkan? Nah..jika ibu fikir sangat mudah, maka ibu salah. Pemakanan juga mengambil peranan yang sangat penting. Bayangkan ya... Ibu yang menyusukan bayi memang akan mudah lapar. Dan apabila lapar, ibu cenderung untuk makan dan tidak dinafikan ramai ibu yang makan makanan berat untuk atasi rasa lapar itu.

Lalu, bagaimana mahu kurus jika ditengah malam selepas menyusu makan nasi dengan telur kicap? Huhuhu

Apa yang ibu bole buat, gantikan niat untuk makan nasi itu dengan biskut oat, yogurt atau susu atau buah buahan berserat.



Dan jangan lupa, sertakan senaman ringkas atau buatlah pergerakkan yang membuatkan seluruh anggota kita bergerak. 

Salam Mesra, 
Breastfeeding-Holic cum Rakan Nutrisi Anda