KAWAN MAYA

Wednesday, 2 September 2015

SARAPAN PISANG RAJA

Alhamdulillah. Sedap pisang raja ni kan. Semalam beli la 2 sisir dalam rm2 pakcik tu bagi. Kedai di jalan ke Puncak Alam sana. Lalu jalan belakang Saujana Utama. Memula plan nak buat Banana Cake tapi sebab Cahaya ni bagai magnet melekat je dengan aku so kita batalkan plan cake and kita buat lain.



Buahnya kecil kecil tapi rasa sedap. Kalau blender dengan ESP atau buat shake dengan Cinch Shake atau Meal Shakes mau terangkat minum.

Aku buat jemput jemput pisang. Tak ada copy mana mana resepi. Main belasah punya resepi.

★ Bahan bahan
Pisang Raja
Gula sedikit
Tepung Gandum ( aku guna tepung cap bunga Rose)
Garam secuit rasa
Minyak untuk goreng (aku guna Alif)
Esen vanila sikit
Baking powder

★ Caranya

1. Lenyekkan pisang (ikut berapa banyak nak)
2. Masukkan 2 sudu makan gula & sedikit esen vanila
3. Digaul seketika dan masukkan tepung gandum serta baking powder. Gaul sekata. Letakkan garam secubit. Sekatakan lagi
4. Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana.

Jangan terlebih tepung. Nanti keras pulak.

Selamat mencuba.

Salam Mesra,
Aishah
Rakan Nutrisi Anda
Breastfeeding-holic