Monday 31 August 2015

BUKAN REZEKI

Happy hati sebab dapat beli nasi dagang. Walaupun lauknya dah tak ada tapi dapat nasi nye pun dah rasa best. Beli depan taman je. Rm2.50 untuk nasi sahaja.. ok ek?

Masa bukak bekas nasi perasan nasi tu ada bau tapi aku ingat maybe herba dan rempah yang digunakan. So tak pelah. Beli bayar balik.

Sampai kat rumah tak terus makan. Kasi setel anak anak dan aku kasi setel rumah sampah yang baru lepas dipungut. Horror! Seminggu sekali kutip...pitam woo!!

Lps sejam lebih..aku dah siap2 kemas, rasa nak la makan. Cehhhh... bukan rezeki aku la. Nasi dagang tu too sticky. Rasa pun dah tak berapa best. Aku call ma tanya nasi dage melekit ko? Ma jawab tak... so sah nasi aku beli tu x bole makan dah.



Not my rezeki! Maybe aku kena belajar masak nasi dage dengan ma.

Salam mesra,
Aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda

UNTUK SIAPA OMEGA GUARD?

Di N3 sebelum sebelum ni..aku ada kongsi tentang kebaikkan omega guard ni. Dan kali ni nak kongsi tentang siapa yang perlu Omega Guard ni pulak.

Tak yah cerita banyak... Siapa yang memerlukan Omega Guard?

(1) Ibu Hamil

° Membantu perkembangan sel otak bayi semasa dalam kandungan
° Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
° Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
° Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu Menyusu

° Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
° Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-Kanak

° Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
° Yang sering demam, selsema, batuk, asthma, eczema
° Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami berat berlebihan

(5) Mereka yang mengalami masalah kesihatan

° Batuk berkahak, selesema yang berterusan
° Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
° Sakit strok
° Masalah sendi
° Masalah jantung
° Gout



Jadi, kalau ada dalam golongan yang aku kongsikan ni, jangan takut nak mencuba Omega Guard. Kita usaha untuk upgrade kesihatan kita sebaiknya. Allah yang menentukan.

Jika ada yang berminat nak mencuba dan nak bertanya, boleh hubungi 017.250 5401

Salam Mesra,
Aishah
Rakan Nutrisi Anda
Breastfeeding-holic

HARI MERDEKA 2015



Selamat pagi. Semoga hari ni semua orang sihat sihat aje. Dah masak sarapan? Kalau belum.. bolela pilih nak yang sihat dan segera atau yang home made macam nasi lemak.

Aku and anak anak feeling sarapan di taman permainan hari ini. Plan dari malam tadi dengan anak bujang. Hakikatnya Cahaya masih tidur.

Heaven sangat hihihi

Hari ni 310815. Selamat menyambut hari merdeka. Dengan tema Sehati Sejiwa moh la kita bersehati sejiwa dengan orang orang yang kita sayang.



Salam Merdeka,
Aishah
Rakan Nutrisi Anda
Breastfeeding-holic
0172505401

Sunday 30 August 2015

SET ASAS PENYUSUAN

Wanita yang menyusukan bayi memerlukan sekurang kurangnya 2 kali lebih protin daripada wanita yang tidak. Oleh kerana protin adalah komponen penting dalam susu ibu maka, mendapatkan zat protin yang mencukupi dikatakan mampu menggalakkan susu badan si ibu. Ibu ibu yang menyusu digalakkan untuk memilih kudapan ataupun makanan yang dapat memenuhi keperluan protin sepanjang process penyusuan bayi.

Pernah dengar Energizing Soy Protin atau ESP? Aku pasti ramai dengar. Ramai dah cuba kan? Aku sendiri dulu cuba cuba lalu jatuh cinta. Membantu aku menyusukan Rayyan Rizq sampai aku melahirkan Cahaya Sarah. Maknanya aku minum ESP ni dari zaman anak bujang aku bayi lagi. Sekarang dia dah 4 tahun dan adik dan 18bulan.

Nak diskaun PM aku

Dah cuba Alfalfa? Lagi la aku rekemen. Kalau ada resdung, alergik, gout, boleh cuba tau.

Ni yang 330bj
Dalam N3 ni aku nak kongsi lagi kelebihan Set Asas Menyusu Shaklee. Dalam set ni ada ESP dan Alfalfa sebab tu aku katakan set asas.

Antara manfaat Energizing Soy Protin;
◆ menggalakkan pertumbuhan sel baru
◆ memudarkan parut
◆ mengantikan sel kulit mati
◆ memberi tenaga & mengurangkan rasa letih
◆ memberi rasa kenyang
◆ baik utk mengawal kolestrol
◆ dapat mengelakkan sel kanser dari merebak
◆ kaya dengal kalsium yang baik untuk ketumpatan tulang

Kelebihan Alfalfa:
◆ Sistem penghadaman lebih baik
◆ bagus utk kencing kotor
◆ mendetox badan
◆ mengurangkan masalah keputihan
◆ bertindak seperti kacip fatimah
◆ penggalak susu badan
◆ membantu masalah alahan/ekzema/alergik
◆ membantu masalah resdung
◆ menggalak susu badan

Comelnye je kan

Berbaloi! Oleh sebab manfaat nye lebih dari membantu ibu ibu menyusu jadi aku suka sangat nak rekemen pada kawan kawan yang menyusukan anak.

So kalau rasa nak cuba, atau nak tanya apa apa je berkaitan vitamin boleh whatsapp di 017.250 5401

Salam Mesra,
aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda



Friday 28 August 2015

BERTENAGA SEPANJANG HARI



Adakala kita rasa letih walaupun kita dah tidur dengan cukup. Sudah berehat sebaiknya. Pernah tak kita terfikir yang mungkin kita ni kekurangan vitamin b. Vitamin B merupakan satu vitamin yang diperlukan badan kita. Ini kerana ia mampu memberi tenaga untuk kita melakukan aktiviti harian.

Amalkan dengan konsisten insya'allah dapat rasa kesan dia. Kalau hari ini makan, esok lusa tak makan dan kemudian seminggu baru makan semula, adoiii..jangan marah kalau tak ada 
apa efek.

Kalau Tuan Puan nak mencuba Vitamin B Shaklee, boleh hubungi saya bila bila masa yang kalian suka.

Salam Mesra,
Aishah
017 250 5401
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda

Good Morning

Annyeong haseyo! Dah tau apa nak buat hari ni? Well.. bak kata mentor mentor saya, RANCANG APA YANG KITA NAK BUAT.

So..jumaat hari ni. Jangan lupa baca surah Al.Kahfi. Update FB, Update IG, update blog. Eh..jangan la lupa uruskan hal rumah tangga kalian. Karang haru biru.

Sarapan? Cuba sesuatu yang kaya dengan Coklat. Seperti Cinch Coklat. Dicampurkan dengan Energizing Soy Protien. MasyaAllah, sedapnya!

Healthtip dari Shaklee
xoxo,
Aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda
0172505401 

KHASIAT ASAM GELUGOR

Siapa yang kalau masak gulai kuning kena bubuh asam keping? Sayeeee... hihihi.
Aku lah! 
Ngikut style mother in law beb. Campak  segala bahan. Setel. 

Ok..ni bukan nak cakap pasal asam geleugor tapi nak cakap tentang khasiat asam gelugor. Ada banyak , tapi share sikit la dulu ek

KHASIAT ASAM GELUGOR;

1. Air rebusan asam gelubor dikatakan bole merawat reumatismme dan masalah dalam perut serta mengurangkan tekanan darah tinggi.

2. Air rebusannya juga dikatakan dapat mengurangkan kesakitan dalam telinga. Hanya perlu dititis ke dalam telinga.

3. Buah asam gelegor dikatakan juga mampu mengurangkan sakit gusi. Ambik beberapa keping asam gelugor, basuh hingga lembut kemudian selit dicelah gusi. Tunggu lebih kurang 10 minit lalu dibilasdengan air suam.

4. Kata orang dulu, air asam gelugor boleh membantu mengecutkan rahim dan boleh membantu menurunkan berat badan. BOLE CUBA NOKS!


Apa lagi, selamat mencuba!

xoxo,
aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda

Thursday 27 August 2015

KEPERLUAN ZINC KEPADA BADAN KITA

ZINC adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan tak kira sama ada lelaki ataupun perempuan. Keperluannya adalah untuk tubuh badan yang sihat. Bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan zinc, adalah perlu untuk mereka mendapatkan makanan tambahan ini. 

Makanan tambahan Shaklee ni dari zinc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrisi semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh badan kita.  

Zinc shaklee
zinc shaklee
Antara khasiat ZINC kepada badan kita:

1. Membantu mengeringkan luka dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak memakannya.
2. Meningkatkan sistem imun badan. Iaitu dengan membantu pengeluaran kalenjar thymus yang menentang kanser dan infeksi penyakit.
3. Diperlukan untuk kesuburan seorang wanita.
4. Melindungi kesihatan prostat.
5. Membantu pengeluaran insulin, fungsi insulin dan seterusnya mengurangkan masalah diabetis.
6. Juga membantu pembentukkan kolagen dan protin.

Oleh kerana itu, ZINC ni amat perlu. Nampak remeh tapi ramai tak sedar keperluannya. Wanita hamil perlukan zinc untuk kesihatan dan tumbesaran janin yang sihat. Zinc juga diperlukan bagi membantu masalah tekanan darah rendah bagi sesetengah orang. Dan zinc adalah salah satu makanan tambahan yang baik untuk menguatkan akar rambut.


Ada banyak makanan yang mengandungi Zinc ni. Jangan memilih, makan je dengan baik. Tak suka bayam, bole makan bijiran. Tak suka bijirin, bole makan kekacang. Pilih la nak makan yang mana. Berpada pada sudah naa...


Nampak tak kepentingannya? 

Eh.. ada kawan kawan yang preggy tak? Boleh check kat sini  apa yang best untuk mak mak preggy makan ok. Atau bole share dengan mereaka yang preggy. 

Semoga beri manfaat kepada semua.

xoxo,
aishah
Rakan Nutrisi Anda

Wednesday 26 August 2015

KESAN 10 SAAT PELUKAN



Ubat paling mudah dan mujarab dala mengeratkan hubungan kekeluargaan adalah PELUKAN. 
.Untuk meredakan anak yang sedang mengamuk pun kita boleh redakan dengan memeluk. 

Kata Ustazah Noor Laila Aniza, 
"Pelukan adalah perlakuan Rasulullah s.a.w. yang menzahirkan rasa kasih terhadap 
isteri, anak anak dan para sahabat".

 Untuk kaum suami, kena ambik tahu hal pelukan ni. Seorang isteri suka dengan kata pujian, kata manis dari suami, sentuhan dan pelukan. Dengan pelukan rasa marah pasangan bole menjadi reda dan kalau ditambah dengan kata kata yang lembut susunanya, terus hilang marah. 

Kata Perunding Keibubapaan, Encik Zaid Mohamad,
"Pelukan secara konsisten adalah 3 kali sehari - bangun dari tidur, bersiap keluar dari rumah atau nak pergi kerja atau nak hantar anak ke sekolah dan sebelum tidur. Suami yang peluk isteri selalu dikatakan punya hayat 2 tahun lebih lama. Manakala kajian mendapati anak anak yang selalu dipeluk dengan kasih sayang lebih yakin dan punya daya ingatan yang lebih baik. 

Pelukan juga adalah tanda penghargaan segera. Contoh, bila pasangan bagi hadiah ke, anak tunjuk perkembangan yang baik, kita hadiahkan diaorang pelukan. 

Bagi seorang bayi, bila ibu memeluknya dia terus akan lena tidur. Elok menangis jadi diam. Resah jadi tenang. 


 Ini aku akui... bila aku bagi hug kat mr syuben, dia nampak tenang lebih dari biasa. Kalau aku peluk Cahaya dan Rayan pulak mereka jadi aduhhhh manja terlebih dan jelas sangat happy. Seronok kan? 
10 saat je sehari. 3 kali! Free lagi..

budak cantik

budak bijak

  Oh lupa... ni nak peluk, peluk mereka yang sah dan keluarga je ye. Korang jangan macam mana :)

 xoxo,
isyah
Rakan Nutrisi Anda
~ i heart shaklee ~

Tuesday 25 August 2015

KELAS ASAS BLOG DI FTC [PART 2]


Macam tak percaya berjaya menghabiskan sehari kat Faizworld. Anak anak amboi sakan bermain, berlari sana sini, bergaduh berebut mainan. Dan ini la kot aku terperasan Mr Syuben maintain sabar dan join aktiviti aku yang berkait Shaklee. TQ nooo :)

Ok. Apa nak cite? Penangan Cinch Tea agaknya, waima kepenatan merempuh jem balik Sungai Buloh, aku bole masak dgn laju dan 4 lauk ok. Sempat siap sipi sipi nak maghrib. Mandi solat makan.

Kebiasaanya, kalau kemana mana sehingga petang, sure aku doze off.. Zzzzzzz huhuhu. Best! Korang kena tengok sejug besar Cinch Tea dibancuh. See, secara tak langsung aku buat review. 

Kisah di Kelas Asas Blog di FTC, Faizworld Training Centre siang tadi.Tak abis lagi ke? Tak abis beb. Rasa otak kanan dan otak kiri ni macam tak nak rehat.



Aku lama dah kenal blog/blogspot. Dulu lps spm ada tulis blog. Tapi biasala. Muda belia dan tak konsisten. Nak tahu mcm mana rasa nak menulis dalam blog ni tercetus? Semenjak join Shaklee. Sebelum join, blog aku ni dah lama wujud tapi tulis biasa biasa je. 

Dulu tak tau macam mana nak bagi cun. Tau nak new post, tukar templat tu jela. Tapi selepas join kelas asas ni, baru tau macam mana nak bagi cantik tersusun!

Baru hari ni tau shorten url. Label, Pages, Listing, lepas save image mesti rename, keyword....semuanya ada tujuan.

Agak terpinga pinga dan sedikit kelabu pada awal pembelajaran siang tadi. Tapi Alhamdulillah, aku kerah otak kanan dan kiri untuk menangkap sehabis baik. Dapat ilmu tepi juga, webmaster tools lagi.Tq my dear sideline Mija & Cheetah. Adik beradik Shaklee. Depa tak kedekut ilmu, aku je takut nak dekat gesel gesel dengan mereka. Hahaha..

Pinjam Gambar Mija sekeping
Insya'allah entry blog aku akan lebih tersusun. Dan sekarang ni pun blog ni sedang dalam process renovation. Touch up sana sini. Susun kemas kemas.

Kita buat sedikit demi sedikit ok dan mungkin iphone 6 plus diperlukan. Ohh...tiba tiba! :)

Jumpa kita di entry seterusnya ok! Stay tune semua

xoxo, 
Aishah Rakan Nutrisi Anda
0172505401

KELAS ASAS BLOG DI FAIZWORLD TRAINING CENTRE 250815 [PART 1]

Jeng jeng... selepas merempuh jem sampai jugak aku kat Faizworld Training Centre. Sampai sampai je mak aii,,segan! Orang dah ramai...rasa aku yang last . Hihihi. Mr Syuben pegi sarapan dengan Mr Hero. Ms Heroin dengan aku dalam kelas. Kriuk kriuk.. lapar wooo. Tapi apa kan daya, kelas mesti didahulukan.

Gambar ambik dari blog kak cery


Apa ada dalam kelas ni? Asas blog la! Aku bole la dah set up blog dan edit sikit sikit tapi nak make up lawa lawa kena berguru kok.


xoxo,
Aishah
Rakan Nutrisi Anda
COD : Kepong, SUngai Buloh, Jalan Ipoh
Konsultasi: 0172505401

Monday 24 August 2015

NAK SARAPAN APA?



Morning semua? Sarapan apa hari ni? Anak mintak nasi lemak tapi aku haishh, nasi lemak ke? Aahahaha.. malas sebenarnya tp aku tau aku masak sedap. Dulu rajin buat  sandwich simple..sekarang lagi rajin buat yang heavy.

Apa apa kita fikir dulu la kan..

xoxo,
Aishah
Rakan Nutrisi Anda
0172505401

Saturday 22 August 2015

MULTIVITAMIN aka VITALEA SHAKLEE


Multivitamin pertama didunia di cipta oleh Dr C Forrest Shaklee. Dulu dalam bentuk cecair tetapi sekarang dah moden jadi dibentukkan dalam kapsul warna hijau. Coated dengan klorofil.



2 biji sehari dah cukup untuk memenuhi ruang kosong dalam badan yang kurang kasih sayang tu. Eh bukan! Kekurangan nutrisi. Bila kurang nutrisi, badan cepat letih lalu cepat nampak tua.

Nak cuba? Cuba.. jangan takut!

xoxo,
Aishah
Rakan Nutrisi Anda
0172505401

MAKANAN KETIKA HAMIL



Pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan bagi memastikan ibu dan kandungan sihat dan selamat. Ibu perlulah mendapatkan diet yang seimbang, kaya dengan protien dan perlu mengambil makanan yang kaya asid folik.

Pada masa yang sama ibu hamil juga perlu mengambil makanan tambahan yang mempunyai vitamin dan susu yang baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

BERIKUT ADALAH MAKANAN TAMBAHAN YANG DIMAKSUDKAN:-

1. Asid Folik

Ia adalah satu vitamin tambahan yang amat penting. Asid Folik merupakan sejenis vitamin B yang larut air dan digalakkan untuk mengambilnya seawal 3 bulan sebelum hamil atau merancang untuk hamil dan dimakan sehingga 12 minggu kehamilan bagi mencegah masalah spina bifida iaitu kelemahan tiub saraf yang biasa berlaku dimana bahagian bawah saraf tunjang gagal mengecut.

2. Kalsium Dan Vitamin D

Kalsium penting untuk fungsi sistem peredaran, otot dan saraf. Selain itu, ia membantu membina tulang dan gigi yang kuat semasa pembesaran janin. Dan dos yang disyorkan adalah sekurang kurangnya 1000mg kalsium semasa hamil.
Vitamin D pula penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium. Sumber kalsium sangat mudah didapati sepeeti daripada produk tenusu, sayuran berkaitan seperti brokoli.

3. Zat Besi

Ianya merupakan unsur penting dalam pembentukan haemoglobin dan peredaran oksiden. Simpanan zat besi boleh menurun semasa hamil kerana dikongsi dengan janin. Jadi, adalah perlu memantau paras zat besi supaya sentiasa mencukupi bagi mengelakkan anemia selain memastikan bayi juga mendapat khasiat yang sama. Kekurangan zat besi berkait rapat dengan bayi yang kekurangan berat dan juga meningkatkan risiko pendarahan semasa bersalin.

4. Karbohidrat

Ia menyerap melalui uri sebagai glukosa dan penting untuk meningkatkan tenaga.

5. Lemak

Asid lemak menyerap melalui uri untuk memberi tenaga kepada badan. Asid lemak merupakan komponen struktur bagi semua tisu dan dianggap pembina semua jenis sel.

6. Protein

Protein dibawa melalui uri sebagai asid amino dan merupakan komponen kepada struktur dan fungsi utama semua sel dalam badan. Ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

7. Vitamin A

Vitamin A ini penting untuk perkembangan mata, tulang, kuliy dan paru paru bayi. Bagaimana pun, pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan kecacatan kepada janin. Sebaiknya elakkan penggunaan produk yang mengandungi vitamin A yang tinggi.

8. Vitamin C

Ia meningkatkan penyerapan zat besi dalam usus untuk memperkuatkan daya ketahanan badan. Jadi, ibu hamil perlu mengambil vitamin C setiap hari. Ia sangat mudah didapati seperti dalam kebanyakkan buah buahan.

9. Magnesium

Selain ia penting dalam pembentukkan gigi dan tulang, magnesium juga penting untuk sistem enzim dan pengucupan otot.



So para ibu hamil, makanan tambahan ini nampak mac remeh tapi pengambilannya setiap hari dalam dos yang sesuai semasa hamil adalah untuk membantu ibu mendapat nutrisi yang cukup.



xoxo,
Aìshàh
Rakan Nutrisi Anda
0172505401

Wednesday 19 August 2015

PRECIOUS MOMENT

Pagi pagi ni rasa tak tau nak masak sarapan apa. Ke patut ajak husband ke kedai? Ke beli tapau? Anak anak aku ni pemakan. Makannnn je keje mereka. Hihihi. Mee, nasi, pasta, bubur, desert, macam macam la. Tapi sejak besar ni si abang dh mula choosy.

Tapi lagi... dia tetap suka OMEGA GUARD dan MEALSHAKE. Keperluan yang diperlukan. Ni aku dan asben dah mula survey sekolah. Allahu...pening kepala juga rupanya nak menilih sekolah ni. Yang terbaik buat mu rayyan.



Apa abang buat, adik akan follow dengan jayanya. Moga rayyan akan memberi contoh yang baik baik untuk adik. Well...as a mama, aku tau anak aku. ♥♥♥

Dengan diorang maaa berjalan sangat pantas. Sangat sangat pantas. Awal pagi kami akan bergaduh manja, dia akan merajuk dan macam macam la drama dia. Argh...rindu pulak zaman dia baby gebu. Sekarang adik dah pandai bercakap maka lagi riuh suasana dapur aku.

Hari ni ada meeting dgn ticer CIC...see how ek?



xoxo,
mama-san
Trusted Shaklee Distributor
0172505401

Tuesday 18 August 2015

KEHIDUPAN SAYA SEORANG MAMA


this is cute kan? Yela.. because of the kids my hair are falling toooo. Hormon berubah!

Enjoy life everyone.

xoxo,
aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda