Tuesday 20 January 2015

PANDUAN MEMILIH PAM SUSU

Salam semua. Apa khabar? Sebagai seorang ibu yang dah beranak dua, saya masih lagi menyimpan angan angan untuk beli Pam susu jenama Medela, yang FS tu :)
Tapi, oleh sebab saya lebih banyak menyusu secara terus, jadi beli yang manual jenama Unimom Mezzo pun sudah mencukupi buat saya.

Ok. Elektrik atau Manual atau Jenama? 3 perkara ni yang selalu ada dalam fikiran ibu ibu terutama ibu baru. Saya pun dulu pernah juga keliru nak pilih yang mana. Dan jangan terkejut sebab saya pernah mencuba dari jenama Pureen hinggalah Medela juga.

Nahh...ini saya kongsikan 7 panduan untuk ibu memilih Pam Susu.

1. BAJET
√ Berbelanja mengikut kemampuan! Pam yanh mahal tidak menjamin ibu akan mendapat stok susu yang banyak. Yang pasti, beli pam ikut keperluan. Pam manual menggunakan bateri adalah pilihan yang baik jika sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik dan jika ada bajet yang cukup bole lah ibu mendapatkan pam susu yang menggunakan bateri dan elektrik.


2. MUDAH DIGUNAKAN
√ Ibu akan kerap mengepam sehari. Dan biasanya 3 jam sekali. Jadi pilihlan pam susu yang tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang dan dibuka. Tidak lupa juga yang dicuci dan disimpan tanpa mengira masa.


3. BERAT & SIZE
√ Pilih pam yang ringan dan kecil bagi memudahkan ibu membawanya ke tempat kerja ataupun semasa bekerja diluar pejabat.

4. BUNYI
√ Pam susu yang berkualiti tinggi tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Jadi, ini memudahkan ibu mengepam berdekatan dengan bayi semasa bayi tidur, di meeting room, di surau tempat kerja ibu atau didalam kereta tanpa disedari sesiapa. (⌒▽⌒)



5. KETAHANAN
√ Check ketahanan pam susu yang ibu rancang nak beli. Ini supaya ibu dapat menggunakannya untuk jangka masa panjang. Jadi tak perlu lah ibu keluar bajet dan buat pembaziran untuk beli pam susu yang baru setiap kali melahirkan anak. Melainkan pam susu yang sedia ada itu sudah rosak atau sudah lama.

6. ARAS KELAJUAN
√ Plih pam susu yang mempunyai pilihan penukaran aras seperti, perlahan, sederhana dan laju. Lalu, jika ibu terasa sakit dengan kelajuan sederhana atau merasa kurang umpphh di kelajuan perlahan, tahap kelajuanya bole diaraskan ibu ikut kesukaan ibu.

7. PAM SERENTAK
√ Jika ibu seorang wanita yang sibuk dengan kerjaya, sebaiknya pilihla pam susu yang dapat mengepam susu secara serentak. Ini dapat membantu ibu mengepam susu dengan lebih banyak dan menjimatkan masa.



Pilihan ditangan ibu. Jangan pilih pam susu ikut apa orang kata atau pilih pam kerana cantik.

Happy Breastfeeding mommies ❤

Nota:: Sedia membantu ibu ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Salam mesra,
Aishah
0172505401

No comments:

Post a Comment