KAWAN MAYA

Tuesday, 20 January 2015

PANDUAN MEMILIH PAM SUSU

Salam semua. Apa khabar? Sebagai seorang ibu yang dah beranak dua, saya masih lagi menyimpan angan angan untuk beli Pam susu jenama Medela, yang FS tu :)
Tapi, oleh sebab saya lebih banyak menyusu secara terus, jadi beli yang manual jenama Unimom Mezzo pun sudah mencukupi buat saya.

Ok. Elektrik atau Manual atau Jenama? 3 perkara ni yang selalu ada dalam fikiran ibu ibu terutama ibu baru. Saya pun dulu pernah juga keliru nak pilih yang mana. Dan jangan terkejut sebab saya pernah mencuba dari jenama Pureen hinggalah Medela juga.

Nahh...ini saya kongsikan 7 panduan untuk ibu memilih Pam Susu.

1. BAJET
√ Berbelanja mengikut kemampuan! Pam yanh mahal tidak menjamin ibu akan mendapat stok susu yang banyak. Yang pasti, beli pam ikut keperluan. Pam manual menggunakan bateri adalah pilihan yang baik jika sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik dan jika ada bajet yang cukup bole lah ibu mendapatkan pam susu yang menggunakan bateri dan elektrik.


2. MUDAH DIGUNAKAN
√ Ibu akan kerap mengepam sehari. Dan biasanya 3 jam sekali. Jadi pilihlan pam susu yang tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang dan dibuka. Tidak lupa juga yang dicuci dan disimpan tanpa mengira masa.


3. BERAT & SIZE
√ Pilih pam yang ringan dan kecil bagi memudahkan ibu membawanya ke tempat kerja ataupun semasa bekerja diluar pejabat.

4. BUNYI
√ Pam susu yang berkualiti tinggi tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Jadi, ini memudahkan ibu mengepam berdekatan dengan bayi semasa bayi tidur, di meeting room, di surau tempat kerja ibu atau didalam kereta tanpa disedari sesiapa. (⌒▽⌒)



5. KETAHANAN
√ Check ketahanan pam susu yang ibu rancang nak beli. Ini supaya ibu dapat menggunakannya untuk jangka masa panjang. Jadi tak perlu lah ibu keluar bajet dan buat pembaziran untuk beli pam susu yang baru setiap kali melahirkan anak. Melainkan pam susu yang sedia ada itu sudah rosak atau sudah lama.

6. ARAS KELAJUAN
√ Plih pam susu yang mempunyai pilihan penukaran aras seperti, perlahan, sederhana dan laju. Lalu, jika ibu terasa sakit dengan kelajuan sederhana atau merasa kurang umpphh di kelajuan perlahan, tahap kelajuanya bole diaraskan ibu ikut kesukaan ibu.

7. PAM SERENTAK
√ Jika ibu seorang wanita yang sibuk dengan kerjaya, sebaiknya pilihla pam susu yang dapat mengepam susu secara serentak. Ini dapat membantu ibu mengepam susu dengan lebih banyak dan menjimatkan masa.



Pilihan ditangan ibu. Jangan pilih pam susu ikut apa orang kata atau pilih pam kerana cantik.

Happy Breastfeeding mommies ❤

Nota:: Sedia membantu ibu ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Salam mesra,
Aishah
0172505401

Wednesday, 7 January 2015

Sistem Badan Manusia Ada Jadual??

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

1. Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am
~ Paru-paru ~
Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, 
yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh 
merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
~ Usus Besar ~
Mereka yang banguntidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. 
Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah 
kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
~ Perut ~
Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
~ Limpa ~
Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

2. Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
~Jantung ~
Hanya air sahaja yangdiambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

3. Petang

1:00 pm – 3:00 pm
~Usus kecil~
Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit.
Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
~Pundi Kencing~
Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
~Buah Pinggang~
Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

4. Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
~Dinding Jantung~
Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak
pagi. Oleh itu sebaiknya waktu iniseseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
~Hempedu~
Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja
 dihari esoknya.

5. Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
~Hati~
Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

Nampak macam biasa je, tapi yang biasa itulah biasanya memberi kesan yang mendalam kepada kita.

Moga perkongsian ringkas ini dapat membantu kalian semua. Sama sama kita menjaga dan menambah baik taraf kesihatan kita dan keluarga tercinta.

With ❤
Aishah
0172505401
Rakan Shaklee Anda

Saturday, 3 January 2015

Fakta Tentang Najis Bayi

Dalam tempoh 24 jam selepas melahirkan, bayi akan membuanh kotoran pertama berwarna hitam kehijauan atau lebih dikenali sebagai mekonium. Mekonium adalah cairan ketuban yang tertelan semasa bayi dalam rahim ibu.



Mekonium berada di usus bayi semenjak 3 bulam sebelum dilahirkan. Sebenarnya kotoran pertama ini akan keluar dengan cepat dari perut bayi setelah disusukan. Ini kerana susu ibu yang pertama kali keluar akan merangsang sistem pencernaan bayi. Setelah itu najis bayi akan berubah tahap.



Fakta yang ibu-ayah mesti tahu:

1. Beberapa hari setelah lahir, najis bayi berwarna hijau atau kuning. Ia adalah peralihan antara kotoran pertama denhan najis setelah minum susu ibu.

2. Jika bayi minum susu ibu secara teratur, kotorannya berwarna kuning cerah, baunya agak masam dan bentuknya seperti butiran beras. Pada minggu-minggu pertama, bayi serinh membuang air besar setelah kenyang menyusu. Ini adalah kerana susu ibu lebih mudah dicerna lalu mudah dikeluarkan.

3. Bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar maksimum 10 kali sehari. Ibu ayah jangan keliru dengan mengganggapnya sebagai cirit birit ya.

4. Najis bayi yang minum susu formula berwarna kuning pucat atau kecoklstan. Baunya lebih tajam. Bentuknya juga lebih padat berbanding bayi yang minum susu ibu.

5. Apabila bayi sudah mula makan, sekali lagi najis mereka akan berubah.



Sharing with ❤
Aishah
Rakan Penyusuan Anda
0172505401

Friday, 2 January 2015

Tahun 2015 ; Tahun Baru

Selamat menerima kehadiran 2015 untuk semua. Apa yang lepas, biarkan berlalu.

Yang baru dihadapi dengan tabah dan penuh kesabaran.

Dugaan yang bakal datang ditempuh dengan hati terbuka.

Semoga untuk 365 hari yang mendatang kita belajar menjadi ikhlas, istiqamah dan disiplin dengan apa jua yang kita mahu usahakan.

Impian saya untuk membantu lebih ramai orang untuk lebih menjaga kesihatan diri terutama para ibu yang berniat untuk menyusukan putera & puteri selama mungkin.

Azam baru? Cukupnla dengan azam yang dulu dulu yang tidak pernah tercapai.

Be a good person with a good heart! Yakin Allah itu ada dan beriman kepadaNya. Insya'allah...cukup.




Salam ceria,
Aishah
Rakan Penyusuan Anda
0172505401
www.facebook.com/thebreastfeedstory