KAWAN MAYA

Wednesday, 29 October 2014

Kepentingan Sarapan Pagi

Masih ramai lagi di antara kita yang tak suka bersarapan pagi. Dengan pelbagai alasan seperti tak sempat, takut gemuk, tak ada selera, tak tahu nak makan apa dan lain lain lagi. Hakikatnya sarapan pagi itu adalah penting kepada semua golongan. Tak kira tua mahupun muda..lelaki dan wanita.

Tahu tak dengan besarapan pagi kita sebenarnya akan dapat lebih fokus? Ya! Bila perut sudah diisi, maka kita akan dapat melakukan tugas dengan lebih baik tanpa memikirkan keadaan perut yang berkerongcong minta diisi. Jika sebagai seorang pelajar pula, semestinya lah apa yang diajar cikgu dapat dihadam oleh minda sebaiknya.

Berapa ramai antara kita yang sekarang dan jadi Mak & Ayah? Ada anak kecil yang bersekolah atau dihantar ke taska? Kalau rasa terkejar kejar nak hantar anak anak, siapkan bekalan sarapan. Mungkin bole makan dalam perjalanan ke sekolah atau taska. Jadi tak la anak anak kita ni lemah lemau atau jadi over aktif sebab tak nak fokus pada perut yang lapar.


Bila kita bangun pagi, tahap gula dalam badan akan sedikit rendah. Jadi kita perlukan sarapan untuk membaiki paras gula dalam badan. Ambil sarapan yang kaya dengan serat, kalsium dan tinggi protin. Selain dari untuk rasa lebih bertenaga dan fokus, sarapan pagi juga dapat mengelakkan risiko perut masuk angin atau gastrik.

Tidak mengambil sarapan pagi bukanlah jalan pintas untuk langsing. Malah kita akan cenderung untuk terlebih makan diwaktu tengah hari. Atas alasan "terlalu lapar" jadi tanpa sedar kita akan makan mungkin dengan laju, terlebih sukatan tanpa menghiraukan "perasaan" perut yang terkejut.

Tidak perlu nasi lemak, lontong, mee hoon, roti canai dan teh tarik untuk sarapan. Memadai dengan segelas minuman susu, roti, telur dan mungkin bijiran seperti oat. Atau mungkin bole mengambil minuman protin seperti MEALSHAKE SHAKLEE, ENERGIZING SOY PROTIN SHAKLEE yang ternyata baik dan penuh dengan nutrisi yang diperlukan tubuh badan kita.



Kita adalah apa yang kita makan. Pilih sarapan yang ringkas dan cepat jika rasa tak cukup masa, nak cepat. Kalau rasa tak ada selera, makan buah buahan seperti pisang, epal. Tak suka susu pulak bole gantikan dengan milo, coklat. Sekarang ni ad macam macam jenis produk yang membantu kita untuk bersarapan dengan baik. Pilh je la yang mana suka.

Kesimpulannya, sarapan pagi ini nampak remeh tapi hakikatnya memainkan peranan yang penting dalam permulaan hari semua orang. Bukan sekadar untuk menambahkan tenaga tetapi juga dapat menimbulkan "mood" yang baik, menghasilkan sikap yang positif, mental yang baik dan juga membantu untuk seseorang yang menjaga penampilan badan.

Tak percaya tak apa, istiqamah je dalam mengambil sarapan.



Saya pilih ENERGIZING SOY PROTIN SHAKLEE kerana ia sumber kalsium yang baik, kaya dengan serat dan tinggi protin dan dapat membantu perjalanan harian saya dengan anak yang masih menyusu dan yang sedang membesar. Dan ianya sangat membantu dan beri banyak kesan yang baik.

Salam 1436H
Aishah
Rakan Shaklee Anda
0172505401
www.facebook.com/isyahsabela

posted from Bloggeroid