KAWAN MAYA

Wednesday, 29 October 2014

Kepentingan Sarapan Pagi

Masih ramai lagi di antara kita yang tak suka bersarapan pagi. Dengan pelbagai alasan seperti tak sempat, takut gemuk, tak ada selera, tak tahu nak makan apa dan lain lain lagi. Hakikatnya sarapan pagi itu adalah penting kepada semua golongan. Tak kira tua mahupun muda..lelaki dan wanita.

Tahu tak dengan besarapan pagi kita sebenarnya akan dapat lebih fokus? Ya! Bila perut sudah diisi, maka kita akan dapat melakukan tugas dengan lebih baik tanpa memikirkan keadaan perut yang berkerongcong minta diisi. Jika sebagai seorang pelajar pula, semestinya lah apa yang diajar cikgu dapat dihadam oleh minda sebaiknya.

Berapa ramai antara kita yang sekarang dan jadi Mak & Ayah? Ada anak kecil yang bersekolah atau dihantar ke taska? Kalau rasa terkejar kejar nak hantar anak anak, siapkan bekalan sarapan. Mungkin bole makan dalam perjalanan ke sekolah atau taska. Jadi tak la anak anak kita ni lemah lemau atau jadi over aktif sebab tak nak fokus pada perut yang lapar.


Bila kita bangun pagi, tahap gula dalam badan akan sedikit rendah. Jadi kita perlukan sarapan untuk membaiki paras gula dalam badan. Ambil sarapan yang kaya dengan serat, kalsium dan tinggi protin. Selain dari untuk rasa lebih bertenaga dan fokus, sarapan pagi juga dapat mengelakkan risiko perut masuk angin atau gastrik.

Tidak mengambil sarapan pagi bukanlah jalan pintas untuk langsing. Malah kita akan cenderung untuk terlebih makan diwaktu tengah hari. Atas alasan "terlalu lapar" jadi tanpa sedar kita akan makan mungkin dengan laju, terlebih sukatan tanpa menghiraukan "perasaan" perut yang terkejut.

Tidak perlu nasi lemak, lontong, mee hoon, roti canai dan teh tarik untuk sarapan. Memadai dengan segelas minuman susu, roti, telur dan mungkin bijiran seperti oat. Atau mungkin bole mengambil minuman protin seperti MEALSHAKE SHAKLEE, ENERGIZING SOY PROTIN SHAKLEE yang ternyata baik dan penuh dengan nutrisi yang diperlukan tubuh badan kita.



Kita adalah apa yang kita makan. Pilih sarapan yang ringkas dan cepat jika rasa tak cukup masa, nak cepat. Kalau rasa tak ada selera, makan buah buahan seperti pisang, epal. Tak suka susu pulak bole gantikan dengan milo, coklat. Sekarang ni ad macam macam jenis produk yang membantu kita untuk bersarapan dengan baik. Pilh je la yang mana suka.

Kesimpulannya, sarapan pagi ini nampak remeh tapi hakikatnya memainkan peranan yang penting dalam permulaan hari semua orang. Bukan sekadar untuk menambahkan tenaga tetapi juga dapat menimbulkan "mood" yang baik, menghasilkan sikap yang positif, mental yang baik dan juga membantu untuk seseorang yang menjaga penampilan badan.

Tak percaya tak apa, istiqamah je dalam mengambil sarapan.



Saya pilih ENERGIZING SOY PROTIN SHAKLEE kerana ia sumber kalsium yang baik, kaya dengan serat dan tinggi protin dan dapat membantu perjalanan harian saya dengan anak yang masih menyusu dan yang sedang membesar. Dan ianya sangat membantu dan beri banyak kesan yang baik.

Salam 1436H
Aishah
Rakan Shaklee Anda
0172505401
www.facebook.com/isyahsabela

posted from Bloggeroid

Friday, 17 October 2014

ESP - Shaklee Effect #2

Tak pernah rasa pun nak cuba ESP. Tapi masalah gastrik teruk asben gara gara dalam.tekak bengkak dan bernanah buat sya beli. Kesian kat asben. Lapar x makan. Minum pun payah. Moody je. Bayangkan la kalau tekak dh bernanah bengkak. Makan bubur tak lalu dah. Cakap pun x bole lelama. Ubat tahan sakit pun macam tak berapa nak tahan. Lama kami kat hospital..hampir 3 minggu.. On off jumpa anak.. Dh la masa tu dia masih menyusu dan campur.


Lps operasi buang nanah, asben ngadu lapar. misi bg susu. Asben ngadu perut pedih. Fuhh..perut dh masuk angin beb...bagi susu memang meraung la. Sya mintak mak shaklee sya belikan ESP. Rasanya dengan vit c masa tu.

Dapat je esp tu trus sya bawak ke hospital. Naik wad trus bancuh. Rasa sya bancuhan pertama 2 sudu ESP. Abis segelas...nampak lg asben duk tahan pedih perut. Yelah..mana on the spot dapat cover.Tak lama lps tu dia mintak lagi...bancuh lagi 2 sudu. And br la nmpk mood dia baik sekejap. Esknya dia mintak lagi. ESP tu jadi minuman wajib sepanjang kat hospital. Masa tu ilmu psl ESP ni tak berapa nak banyak..tak google pun yg protin ni rupanya bantu baiki luka juge. Cari utk gastrik je..

Tak sedau luka operasi dia nampak eloknye baik...kawasan yg kena tebuk elok bercantum..bila folo up kat pakar pun dia pun x banyak komen la.
Eh lupa nak cakap..mil ada dtg bWak sup ikan haruan tp asben x bole nk makan, perut sebu lagi. Dapat ESP tu memang best la..cover perut dari masuk angin. Cuma kena minum cepat jgn dh masuk angin.

Dan beberapa hari sblm raya haji 2012 dia discaj. Kat rumah masih minum ESP lagi sbb tak berapa nak selera makan lagi. Sya ada juga cuba esp..masa tu tak berapa nak geng dengan ESP ni. (∩_∩)

Dan sekarang kalau tengok balik kawasan yang kena tebuk bawak leher dia tu hanya nampak satu garisan halus.... Orang tak sedar pun pernah ada parut kat situ suatu masa dulu.

Maintain hensem trus... Dan alhamdulillah, ESP sekarang dah jadi feveret sya. Sebab esp pernah bantu sya untuk dptkan size M ...dn bila dh berjaya size M pregnant lagi :)
Menyusukan rayyan tanpa masalah..alergik rayyan sngt terkawal masa menyusu.

Sblm beranak tahun 2014, sya minum esp sblm ditolak ke LR. Sebab ESP ni sumber tenaga utk jangka yang lama jadi masa tunggu turn nak pindah ke wad sya bole duk mengemas beg kain baju. Dah naik wad sya bole angkut brg n baby untuk pindah katil dengan sendiri....

Dalam pantang seram nak minum ESP...minum lps seminggu. Sebabnya nanti cepat sangat bengkak susu. Marmet je kejenya. Kdg x tau nak makan apa..minum ESP pekat. Hahaha. Delima ketika pantang kononya. Tapi berbaloi minum pekat. Terasa kenyang perut.

Balik kampung sambung pantang..ESP wajib la kan. Sedapnya tu sampai kak ngah dan kawan dia jatuh hati dengan ESP ni.

Apa lagi nak dikata....tak cuba tak tau..dah cuba jatuh cintaaa teruss..!


ヾ(@^▽^@)ノ ESP memang best.




posted from Bloggeroid

SHAKLEE EFFECT #1

Fenomena ENERGIZING SOY PROTEIN  memang berbaloi minum protin shaklee ni. 
Dah la tak diubah genetiknya masa process penanaman soya tu.

Nah satu efek yang menggembirakan hati kawan kesayangan saya. 
Ehehehe..sebut BFF karang mat salleh sangat.

Consume Shaklee dah lama. Istiqamah makannya. 
Dan energizing soy protin ni adalah salah satu kesukaan beliau.


esp
sms kami sharing cerita shaklee
Sungguh...kalau kita istiqamah, kesan nya insya'allah menyeluruh.

Suka? Ahaks..ok tunggu saya kongsi lagi dengan shaklee effect shaklee ya

Moga perkongsian saya beri manfaat ya. Dan kalau ada yang berminat untuk cuba energizing soy protin ni, jangan ragu ragu untuk hubungi saya.

Well...kita sembang sembang dulu

(^v^)

xoxo,
aishah
Breastfeeding-holic
Rakan Nutrisi Anda

posted from Bloggeroid

Thursday, 9 October 2014

Bersangka Baik Selalu

Hari ni group wassup ramai yang kongsi ttg perkongsian Ustaz Ebit Liew. Sangat menyentuh naluri saya.

Bohong kalau saya tak terasa sebab saya kadang kadang suka menyangka yang bukan bukan.

Moga apa yang sya kongsi jadi panduan bersama.

---------------------------

Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, sekarang memang degil dan tak boleh buat apa-apa dah..umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.

Saya dah tak nampak jalan nak buat apa, katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya saya amat bertuah dan beruntung..tapi saya memang rasa mustahil..

Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat.

Ish ustaz ni takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer..

Jawab saya puan tukar sangkaan dan doa puan..insyaAllah dia akan jadi orang hebat...Allah baik,Maha Penyayang, dia suka sangkaan yang baik....

InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat. Macam tu yer ustaz?

Yer puan tukar sangkaan dan doa pada mereka. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman. Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya tapi sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.

Dengan sangkaan dan harapan yang baik barulah kita semakin rajin menasihat dengan lembut. Bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak. Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.

Selepas beberapa minggu dia ceritakan anaknya bertambah baik. Jawab saya alhamdulillah. Puan tadi kata, betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah...sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak...

Saya ingat mak saya selalu cakap pada saya. Mak tak risau kalau ebit jaga agama walaupun siang malam kena hina. Mesti Allah jaga. Dunia ni Allah punya.

Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..

Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..

Jika anak asyik bercakap tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..

Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...

Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..

Anak kuat menangis insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..

Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.

Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..

Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..

Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.

Anak berpura-pura dan banyak musihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...

Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..

Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...

Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.

Ya Allah jadikanlah anak kami daieMu dan berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.Ya Allah terimalah kami semua
-----------------


Terima kasih ustaz ebit liew.



posted from Bloggeroid

KEISTIMEWAAN ESP SHAKLEE

Semua orang dah tau apa itu ESP. Yeah... Energizing Soy Protin. Sumber protin yang berasaskan soya dan sedap ok.

ESP ni istimewa. Sebab dibuat dari kacang soya yang tidak diubah genetiknya masa process penanaman. Tidak dibasuh atau rendam dengan alkohol. Hanya guna air semata mata.

Siapa yang perlu ESP Shaklee ni? Lelaki dan Perempuan BOLEH minum ESP ni.

1) Ibu yang sedang hamil
2) Ibu yang sedang menyusukan anak
3) yang NAK mengurangkan berat badan
4) yang sentiasa NAK kulit yang cantik
5) yang baru lepas menjalani pembedahan
6) yang NAK kesihatan optimum
7) yang ada masalah kesuburan
8) mereka menginginkan taraf kesihatan yang lebih baik
9) pesakit kencing manis
10) mereka yang alami berat berkurangan
11) mereka yang alami tekanan darah rendah




Keistimewaan ESP Shaklee yang MESTI TAHU.

√Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
√Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
√Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
√Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
√Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
√Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm).
√Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
√Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
√Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
√ sumber kalsium dan zat besi yang baik




Nanti sya cite pulak kesan yang bole dapat dengan minum ESP Shaklee ni.

Salam ceria,

posted from Bloggeroid

Friday, 3 October 2014

Rumah Baru

Alhamdulillah... Bermula Oktober 2014 ni kami sekeluarga dah pun duduk di rumah baru. Masih lagi rumah sewa. Rumah sewa ni kalau jual lebih kurang rm700k nilainya.

Kawasan baru, taman baru. Rumah dibina oleh Glomac. Okla..luas besar cuma rumah sewa.

Bilakah agaknya kami nak beli rumah? 2015 rancangan kami. Tapi bukan di Selangor dan bukan di Kuala Lumpur.

Ok uols... Stay tune!



posted from Bloggeroid

Promosi Energizing Soy Protin

Soya... Sebut soya saya akan terfikir kicap. Terbayang tempe dan ternampak Energizing Soy Protin. Jenama Shaklee yang menjadi produk yang sentiasa laku laris.

Oktober 2014. Pelbagai tragedi terjadi kepada sesetengah rakan kita..saudara mara kita...ahli keluarga kita dan mungkin kepada diri kita. Energizing Soy Protin menggegarkan Oktober 2014,

Sya menyahut cabaran Energizing Soy Protin (>y<)



Beli 6 tong Energizing Soy Protin dapat 7 tong. Mana nak dapat macam tu kan? Shaklee je bagi peluang hebat macam tu.

Ok. Ingat ye semua... TRAGEDI ENERGIZING SOY PROTIN .

Salam sayang,
Aishah
0172505401
Pengedar Sah Shaklee

posted from Bloggeroid