Thursday 22 May 2014

Perkara Yang Perlu Dielak Semasa DIET

Salam!
Diet... apa yang korang terfikir bila sebut pasal Diet? ...... yaaaa, nak kurus! Itu la yang sinonim dengan Diet.

Setiap antara kita ni bentuk badan berbeza beza. Ada kurus..ada gemok. Ok..yang gemok ni cenderung ke arah OBESITI dan golongan ini la yang biasanya nak diet untuk kurus. Dan dalam process nak diet tu, pasti banyak benda yang merungsingkan.

Saya nak kongsi sikit tips mudah yang saya ambil dan olah dari segi ayat dari majalah Harmoni, keluaran Januari 2013.

1. BUDAYA MAKAN LEWAT MALAM
》 makan lewat malam bole ganggu diet dan menikmati makanan membuatkan pratus untuk gemuk adalah tinggi. Ini sebab waktu malam kalori tak dapat bakar lemak sebab malam kita kurang buat aktiviti. So, sangatlah baik kalau nak malan..makan sekurang kurangnya 4 jam sebelum tido supaya usus kita bole bekerja dengan baik.

2. ELAK MAKAN DI LUAR
》 cuba sebaiknya masak sendiri. Yang bekerja bawak bekal. Well.. nampak macam tak klass bawak bekal, tapi makananan kat luar tu confirm kaya dengan Msg, bahan perasa yang tak elok untuk kesihatan. Kalau kata tak sempat nak masak, well.... pilih la apa yang hendak dimakan dengan bijak.

3. MAKANAN SEGERA (FAST FOOD)
》 restoran makanan segera sekarang macam cendawan tumbuh lepas hujan. Merata bole jumpa. Makanan segera memang jimat masa tapi makanan segera ni tinggi kalori & jarang yang bernutrisi. Bole la kalau nak makan... sebulan sekali dua ok la!

4. MAKANAN SEGERA & MINUMAN SEGERA
》 makanan segera macam mee maggie, bubur segera... tinggi kandungan bahan lerasa & garam. Memang la jimat masa masak makanan segera ni tapi di zaman serba moden ni, kalau semua masak makanan segera, maka ramailah yang TAK SIHAT. Dan bagi minuman segera pulak dari dulu dulu lagi dah orang tau ianya tak elok untuk kesihatan kerana kandunhan gula yang tinggi. Kesan nya adalah dalam jangka masa panjang. So, sebaiknya jangan makan dan elakkan.

Oleh itu.... mana yang patut kita elak, kita elakkan. Jangan makan ikut hati dan tekak.... makan ketika lapar & berhenti sebelum kenyang.

Amalkan bersenam sekurang kurangnya 30minit sehari. Lakukan aktiviti yang sihat bersama kawan kawan, keluarga & orang orang tersayang.

Nak kurus ni simple je tipsnya....kena disiplin dan mesti ada keinginan yang bersungguh. Dan ramai je yang separuh jalan.

Oraitt... guruh berbunyi sudah tu....

♡ isyah ♡
Rakan Shaklee Anda
0172505401
www.facebook.com/isyahsabela

Nota: saya adalah pengguna dan penjual Shaklee. Untuk sebarang pertanyaan jangan segan silu untuk hubungi saya.

No comments:

Post a Comment