KAWAN MAYA

Sunday, 12 May 2013

Rahsia Jaga Kecantikan Mata

Selamat Malam Semua.
Selamat Hari Pekerja :))
Selamat Menyambut bulan Rejab! Kejap je masa bergerak... 

30 hari dalam April dah berlalu. So fast masa bergerak. Diam tak diam, kurang dari 100 hari nak berjumpa dengan Ramadhan.  Ada masa lagi untuk kita jaga kesihatan mata.  Yela, nak mata yang terang, sihat nak beribadah kan :)

MATA ~ bersyukur kita dilahirkan dengan MATA. Panca indera yang memberi kita penglihatan. Dijadikan Allah untuk kita dengan faedah yang sangat banyak untuk di dunia mahu pun di akhirat.  Mata untuk melihat hal hal yang baik dan berfaedah :))
Apa berlaku bila mata tidak sihat? Seperti saya, saya berkaca mata. Walaupun tidak tinggi "power" tapi saya alah dengan silau. Tanpa kaca mata, saya tidak dapat memandu dengan baik siang mahu pun malam. 

bahagian mata / credit to google.com

Entry kali ni, nak berkongsi rahsia menjaga kecantikkan mata yang saya petik dan olah dari majalah keluarga/jun2010.
=====================================
Untuk pengetahuan semua, bukan sahaja tubuh badan kita yang tahu letih, mata pun tahu letih. Mata yang letih ni senang je, pedih, rasa berat, sembap dan banyak lagi.... Kalau kita ada client atau perjumpaan atau meeting, semestinya kita nak kelihatan sihat, segak dan bergaya bukan. Tak guna kalau kita berpakaian cantik tapi mata dan tubuh badan kita lesu dan letih.  Bagi mengelakkan hal sebegini, kita perlu mengambil tindakan awal dengan amalan pengambilan makanan yang kaya dengan gizi dan nutrisi agar mata kia tidak rosak.

KHASIAT TELUR
~ ramai yang elak makan telur dengan alasan risaukan kadar kolsterol yang tinggi.  Dalam masa yang sama, telur sebenarnya mempunyai peranan besar dalam kesihatan mata kerana kuning telur kaya dengan lutein dan zeaxanthin. [ apa itu lutein, zeaxanthin?? ] Masalah kolestrol bole diketepikan jika telur diambil sebanyak dua hari berturut-turut secara teratur. 


kuning telur / yummmmm :)

PERBANYAKKAN ANTIOKSIDAN
~ bahagian mata turut terdedah kepada kanser, jadi bagi mengelakkannya, anda digalakkan memperbanyakkan antioksidan. Ia sangat baik dan efektif bagi menghalang wujudnya kanser. Untuk itu, perbanyakkan pengambilan kekacang, sayuran hijau gelap, brokoli dan buah kiwi.

anti oksidan

PILIH MAKANAN YANG TERBAIK
~ makanan yang masuk ke dalam tubuh kita turut mempengaruh kesihatan mata. Untuk pengetahuan semua, pengambilan ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakn mata berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung. Terdapat banyak makanan yang baik untuk mata jadi kenalpasti terlebih dahulu kandungan nya sebelum menyuap ke dalam mulut. 

:)

ELAKKAN MENGGOSOK MATA
~ kebanyakkan wanita mengenakan solekan ketika ke pejabat mahu pun tatkala keluar rumah untuk bersiar-siar. Ketika membersihkan wajah, mereka gemar melakukannya secara semborono asalkan wajah bebas daripada solekan. Namun bagi menjaga mata, anda dinasihatkan tidak menggosok mata. Sebaiknya gunakan jari telunjuk dan lakukan urutan secara perlahan-lahan mengikut putaran jam. 

ELAKKAN GOSOK MATA
MINUM BERPADA-PADA
~ Tidak dinafikan, pengambilan minuman yang banyak bagus untuk tubuh. Namun, elakkan nya saat mahu tidur. Ini kerana meminum terlalu banyak air itu mampu menyebabkan mata menjadi sembap dan bengkak. Sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah menekapkan mata dengan timun agar keesokkannya anda akan bangun dengan mata yang lebih segar.

motifnya ini hehehe

DAPATKAN TIDUR YANG SECUKUPNYA :)


tidur yang cukup 
====================================================

Tak susah pun kan nak jaga mata? 
Suplemen untuk mata pun ada.... Carotomax namanya. Nama macam pelik tapi ia adalah salah satu antioksidan untuk elak kan kanser. Vitamin A. 
Sebab itu orang selalu cakap "makan carrot untuk mata yang sihat" ...

CAROTOMAX shaklee ni lebih selamat dari vitamin A biasa. Sebabnya Carotomax shaklee mengandungi 6 jenis karotnea yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan banyak lagi. 

Nak saya cerita lebih tentang Carotomax  ni...kalau kawan kawan berminat nak tau lebih lanjut, bole hubungi saya... bila bila masa. Insya'Allah, saya sedia untuk menjawab. 


shaklee independent distributor
fb : www.facebook.com/isyahsabela
page : www.facebook.com/dietwithlove
hp: 017-2505401